6

9 2 1
                                    

Bedak sejuk ditampalkan di muka.

"Macam mana ni... ucu tak nak datang ke?" Kata Aisha kepada diri sendiri.

Kring!

Butang hijau ditekan dan Aisha tahu Haura tidak akan datang. Rupa rupanya, Haura beria datang sini sebab Haura ingin bertemu dengan 'buah hati'.

Aisha mengguling bebola matanya.

"K faham. Bye"

Aisha melabuh punggung sebaik telefonnya dicampak ke atas katil.

Pelbagai perkara yang muncul di benaknya.

Kalau dia tak boleh hadap si Ammar tu macam mana? Bagaimana kalau rancangan dia berhenti di sini saja dan dia akan kecewa dengan diri sendiri?

Tok tok!

"Huh?"

"Keluar kejap. I've something to talk"

Aisha menggeleng namun itu bukan penolakan yang akan diterima Ammar. Diheret kasar lengan Aisha yang berlapik baju tidur.

"Kau siapa nak sentuh sentuh aku? Sepak kang" Aisha menarik kuat tangannya dan berjalan mendahului Ammar.

Benda boleh cakap baik baik kut.

"Nak apa?" Tanya Aisha sambil memeluk tubuh.

"Aku sepatutnya tanya kau macam tu"

Aisha mengerutkan dahi lalu berpaling menghadap Ammar.

"Aku?" Jarinya menunjuk ke arah dirinya.

Ammar hanya membalas dingin dengan kesunyian malam.

"Look, Intan yang jemput aku datang sini sebab your wedding. Oh where is she?"

Aisha menangkap Ammar berdecit halus selepas dia mengubah topik.

"Aku tahu kau datang sini dengan banyak rancangan. Jangan sesekali kau berani hancurkan perkahwinan aku ni"

Aisha tersenyum senget.

"You... datanglah sini" panggil Aisha.

Dan datanglah seorang pemuda sebaya dengan Ammar.

Tiada yang menarik tentangnya namun lelaki itu mempunyai aura.

Karisma mungkin?

"Yes my lady" sahut lelaki itu lalu menghulurkan ais batu campur. Dan Ammar tahu itu adalah kegemaran Aisha ketika waktu malam sebegini.

"Dia tanya I kenapa kita datang sini dan dia kata jangan rosakkan majlis dia"

Geli pula Ammar melihat lenggok manja Aisha dengan lelaki tersebut.

"Bro, siapa yang nak rosakkan majlis kau? Tak ada maknanya kalau Aisha nak robohkan khemah kau ke... dia nak letak pil ke atau dia nak bawa lari si Intan tu supaya perkahwinan ni batal. She's mentally healthy. And healthier than your future wife. By the way, I'm muzammil. Can call me Muzam"

Ammar hanya mengepal penumbuk.

.
.
.
.

"Sha ooo Sha" Puan Rogayah memegang dada. Kenapa dengan Aisha ni...

"Kenapa ni mommy?" Intan yang baru sahaja pulang dari salon rambut bertanya.

"Ni tengok kawan kamu ni haa. Ya Allah risau mommy"

Intan tergelak kecil.

Tok Tok!

"Woi bangunlah minah" tangannya mengetuk pintu sekuat mungkin.

HIMWhere stories live. Discover now