11

7 1 0
                                    

Menyirap! Memang dia menyirap!

"Hampir setengah hari aku cari data si Zariel ni, tapi kenapa nama orang lain yang keluar ni?" Tanya Aisha pelik.

Stor yang dipenuhi habuk dan debu terpaksa dia masuki.

"Macam mana Sha?" Terdengar suara Damia dari airpods.

"Tak jumpa apa apa pun"

"Dah tu kau baliklah dulu"

"Tak nak, aku- huh?" Aisha memalingkan kepalanya ke arah pintu.

Pak guard?!

"Alamak... alamak" getusnya perlahan. Fail pekerja yang masih tersisa di pahanya diambil lalu dibimbit di sisi.

"Weh kenapa Sha" terkejut pula Damia mendengar Aisha mula kalut sendirian di stor tersebut.

"Tak ada apa apa. Aku end call dulu. Bye"

Aisha menyorok di tepi meja.

"Mananya Man? Tak ada pun orang"

"Eh adalah! Lelaki tu pakai baju hitam"

Aisha mengangkat kening. Lama dia mencuba proses sesuatu akhirnya dia tersenyum sendiri.

She's missing a part of salient thing.

.
.
.
.

"Saya tak kira. Setiap minggu dalam sebulan. Awak mesti jumpa saya" arah Aisha sambil memeluk tubuh.

"Saya sibuk Aisha.." dalih Zariel berhati hati.

"Itu adalah perintah. Dan awak kena patuh"

Damia yang memerhati mereka berdua hanya diam. Mahu bengkak juga otaknya ligat berfikir apa rancangan yang dirancang Aisha.

"Ooooo awak tak nak eh? Okay it's fine. Don't make me-"

"Okay Ateera okay"

Aisha mengangguk senang namun, dia merasai sesuatu yang janggal di sudut hatinya apabila lelaki itu memanggilnya Ateera.

Like yeah. Zariel terdengar agak hot.

*****

Fail yang mencetak semua maklumat Zariel dibelek perlahan. Aisha bersandar di kerusi sambil meletakkan pen di dagu.

"Seminggu berlalu... kenapa Zariel makin mengelak dengan aku?"

Dan kenapa Zariel bersikap seperti seseorang yang dia kenali.

Baru saja dia ingin menggapai cawan teh, sebuah buku nota kecil jatuh mencium lantai.

Aisha buat tak endah. Kakinya menolak buku tersebut ke bawah meja. Ada banyak lagi kerja yang dia perlu buat selain daripada belajar dan mencari tahu tentang Zariel.

Tapi kan...

Kenapa ayah tak suruh je pekerja dia yang lain? Kenapa mesti Aisha?

Jawapannya...

Wallahua'lam.

Kring!

"Yow"

Aisha mengerutkan kening sebaik sahaja dia mendengar Damia di dalam talian.

"Sha buka tv sekarang. Aset RILYN'S dah habis kena seleweng"

Aisha berdiri pantas.

Remote tv yang berada di atas katilnya dicapai lalu ditekan.

"RILYN'S, SALAH SATU SYARIKAT YANG PERNAH MENCATAT 7 BILLION KEUNTUNGAN DALAM SEBULAN TELAH MENGEMUKAKAN BAHAWA HAMPIR 70% DARIPADA ASET BERSIH MILIK MEREKA TELAH DISELEWENG. DISYAKI BAHAWA PENYELEWENG DI SYARIKAT TERSEBUT MERUPAKAN PEKERJA YANG MENYAMAR UNTUK SYARIKAT SAINGAN MEREKA. POLIS MASIH MENYIASAT TENTANG PERKARA TERSEBUT"

HIMWhere stories live. Discover now