12

11 1 0
                                    

"Ini dokumen dia. Kenapa Cik Aish cari ni?"

Aisha tidak memberi balasan sebaliknya dia menghalau Muzam menggunakan isyarat tangan.

"Hey you! Jangan halau halau boyfriend ucu eh?" Haura mengecilkan matanya sambil memeluk tubuh.

Aisha melepaskan keluhan.

"Get out" arah Aisha kepada Muzam.

Haura menggeleng kepalanya, sejak ada penyamar di RILYN'S begitulah perangai Aisha.

"Ucu boleh diam macam ni je? And layan si Muzam tu?"

"Come on... Sha jangan stresskan diri Sha"

"How can I? Ucu, I promised them to give all of my hands but I hit the wall. How can I'm not stressing myself?!"

"Aisha..."

"Kalau ucu tak nak tolong sekalipun. Jauhi Muzam buat masa sekarang. You guys tak kenal lagi baik buruk masing masing" dan Aisha berlalu pergi. Pintu dihempas kuat agar Haura tahu dia betul betul sedang marah.

Mana taknya, dokumen yang Muzam beri kepadanya terlalu ketara palsunya.

Dia tak ada bodoh sangat untuk mempercayai Muzam terlalu cepat.

Ting!

Don't be her friend then

-ucu 🚩

Aisha meletakkan kembali telefonnya di dalam sling bag miliknya. Haura akan melanggari arahannya, dan begitu juga dia.

.
.
.
.

Pintu ditutup perlahan. Aisha menyandarkan badannya di dinding. Dia mula melepaskan tangisan.

Flashback

Akhirnya dia tiba di pusat jagaan Kota Indah tersebut. Sebaik sahaja Aisha menanggalkan kasut untuk memasuki ruang tersebut, badannya terjatuh akibat dirempuh seseorang.

"Alahai siapalah yang tergopoh gapah ni?"

"Sorry cik Aish" kata pekerjanya.

Aisha hanya mengangguk lalu membetulkan bajunya.

"Mana Maya?! Mana dia? Kenapa dia hilang!?"

Aisha mengerutkan dahi.

Pak cik Akmal?

"Maafkan saya. Boleh saya tahu apa hubungan tuan dengan Puan Maya?"

"Ahhh! Bagitahu aku cepat!? Mana Maya!" Kolar pekerja perempuan tersebut ditarik sehingga wanita itu tercekik.

"Tuan.. tuan tak boleh buat macam ni"

Kali ini, pekerja yang lain pula ditolak. Aisha mengetap bibir.

"Maafkan ayah saya. Ayah, jom balik eh?" Pujuk Aisha sambil tersenyum takut. Buat malu je kalau pak cik ni tolak dia.

Akmal berdehem.

"Hm"

'Alhamdulillah ya tuhan'

Beberapa minit kemudian,

"Saya. Saya nak tolong pak cik. Saya akan cari Maya Aqila dengan anak pak cik. Tapi pak cik kena bantu saya"

Akmal menggeleng.

"Kau nak gunakan aku kan? Kau ingat aku tak tahu kau siapa? Orang kaya bodoh macam kau ni, tahu 'anjingkan' orang je!" Jerkah Akmal.

"Kalau saya 'anjingkan' pak cik pun kenapa?!" Suara Aisha naik satu oktaf.

"Kau..."

Aisha cuba mengawal amarah.

"Dah hampir 10 tahun pak cik tak jumpa diorang, sekalipun pak cik perlu jijikkan diri untuk jadi anjing untuk orang kaya yang bodoh ni, at least biar mereka tahu pak cik pedulikan mereka"

"Kau tahu budak? Kau kurang ajar sangat"

"Saya takkan layan pak cik macam ni kalau pak cik hormat saya. Tolonglah, saya merayu sekali lagi. Pak cik tolong saya, saya akan bantu pak cik"

"Ammar Haikal. Dia anak aku. Maya Aqila......"

End of flashback

Aisha merapatkan wajahnya di lutut. Dia penat apabila semangatnya hilang. Dia benci perasaan ini.

Kenapa dia mula berasa kecewa dengan dirinya apabila dia meminta putus dengan Ammar.

"Kau betul Najmi, aku memang bodoh"

"Kenapa dia kata kau bodoh?"

Aisha memandang ke arah sofa.

Ammar Haikal.

Pantas saja Aisha berdiri lalu mengelap air matanya.

"Bila lagi kau ada dekat sini? Kenapa kau dalam rumah ni?"

Ammar mendekati Aisha lalu mengesat sisa air mata di pipi Aisha.

"Jangan bodohkan diri kau sama macam dulu"

Aisha tergamam.

"Ma-macam mana kau tahu?"

*****

🌬

HIMWhere stories live. Discover now