2

23 4 1
                                    

Kalau tak nak pening baca scrolling mode 🏷

Aisha mengambil kotak susu di dalam peti lalu dituang ke dalam mug.

"Harini ayah balik" beritahu Hana, ibu saudaranya. Aisha hanya melorek senyum tipis.

"Sha ada masalah ke?"

"Tak ada lah. Penat sikit... kan dah nak exam"

"Sha, Mak Ngah bukan kenal Sha sehari dua. Kalau malu sangat nak bagitahu Mak Ngah... Ucu ada. Kamu rapat dengan Ucu kan?"

Aisha mengangguk menurut. Kalau dibahas lagi, sampai esok tak habis habis.

"Sha naik dulu"

.
.
.
.

"Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5 dan 6. Anda dikehendaki untuk pergi ke dewan"

Aisha segera bangun dan meninggalkan kelas. Dia tidak perlu menunggu Intan kerana sahabatnya tidak hadir.

Mungkin malu kerana hal kelmarin.

Usai sahaja mendengar ceramah daripada motivator, datanglah soalan maut.

Bukan sebarang soalan tetapi soalan Addmath pula tu!

"Boleh saya tahu kelas sains tulen?"

Dan kesemua pelajar termasuk Aisha mengangkat tangan.

"Beri wakil... sorang pelajar perempuan dan satu lagi lelaki"

Dewan yang kelam dengan suara seperti ribut kencang mula sunyi tanpa sebarang kehadiran suara.

Mahu tak terkeluar oksigen dari badan Aisha.

"Apa kaitan dia berceramah dengan tanya soalan addmath ni?" Tanya Aisha mahu membantah.

"Biarlah apa pun jadi.. Sha pergilah weh. Kau bijak addmath kan" Balqis di hadapan Aisha menarik tangan Aisha untuk bangun.

Aisha menggeleng. Kalau dibuat dia careless depan semua orang ni tak ke malu yang dia dapat?

"Ahh tak nak tak nak"

"Weh soalan senang je tu.. chapter 2 form 4 punya" tekan Balqis lagi.

Aisha menjeling.

"Yang kau duk paksa si Aisha ni kenapa? Pergilah buat sendiri ha" Damia membalas. Cuba menyelamatkan Aisha.

Balqis terdiam lalu menjeling.

"Kalau kena dekat orang lain mulalah dia nak bising. Kalau kena dekat dia haa senyap sampai tujuh keturunan"

"Itu la tu" balas Aisha.

"Haa yang bercakap tu? Buat ya?"

"Hah?"
"Hah?"

Aisha dan Damia berpaling sesama sendiri sambil meneguk liur.

"Sh-sha dia aim kau tu" tergagap gagap Damia berbisik.

"Tak... dia aim kau la" balas Aisha tenang.

'Mana ada si motivator tu tengok aku' Aisha cuba menenangkan diri dan mencuba sehabis mungkin untuk mengelak dari memandang motivator tersebut.

"Yang baju putih tu haa" dan mulut Aisha separa ternganga.

"Saya?"

Motivator itu mengangguk.

"Sha.. aku dah cakap kau tak dengar. Ya Allah terima kasih Ya Allah" Damia menadah tangan lalu mengaminkan doanya.

"Pergilah Sha. Fighting!"

HIMWhere stories live. Discover now