10

9 1 0
                                    

Buk!

"Tolong ibu... Jangan pukul ibu lagi" kedua dua belah tapak tangan disatukan bersama. Mencuba untuk merayu.

Bau darah mula memasuki salur pernafasan. Sisa kaca daripada botol arak dilihat. Masih lagi terdapat beberapa botol kaca di kawasan tersebut.

Tanpa lengah, dia mengambil botol tersebut. Dan wanita tua itu tahu merintih adalah cara yang terburuk untuk menghentikan anaknya.

Prang!

Perlahan lahan wanita tua itu mengesot ke belakang.

Degupan jantung yang berdegup laju tidak mampu diendahkan lagi.

"Maafkan ibu...."

"Shhhh"

.
.
.
.

"Mana pulak dah lelaki ni" tanya Aisha sambil melihat jam tangannya sekilas.

"Baa!"

Aisha mengherot bibir menyampah.

"Saya tak terkejut pun"

Zariel tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Satu cawan kopi panas dihulurkan kepada Aisha.

Kalini Aisha pula yang menggaru kepala.

Dia tak minum kopi la! Lagi lagi yang tak ada gula ni!

"Kenapa awak panggil saya?"

Aisha berdehem sebentar.

"Umur awak berapa eh?"

Zariel mengangkat kening.

"Hampir setahun kita kenal... awak tak tahu umur saya?"

Aisha menggeleng dengan selamba. Hidup ni ayah kata, kena jujur.

"Umur saya dah 26 tahun"

Aisha mengecilkan matanya sambil mendekati Zariel yang berada di hadapannya.

"Err Aisha?"

"Betul ke ni?" Tanya Aisha tanpa bergurau.

Serious ni serious.

"Iya... kenapa tak percaya?"

Aisha hanya mengangguk lalu melabuh punggung. Serentak itu, ipad dikeluarkan lalu Aisha mengambil gambar Zariel.

"Kenapa dengan awak ni?"

Aisha melihat Zariel dengan senyuman senget.

"Saja. Saya nak kenal awak. Dari DNA rambut awak sampailah bau jari kaki awak"

Dan di saat itu juga Aisha berdiri dan berlari dari ruangan itu.

"Sha!"

"Kejap Riel. Saya ada kerja. Shuh shuh balik dulu eh?!" Jerit Aisha yang bergegas keluar dari cafe tersebut.

Zariel tersenyum ringkas. Matanya terarah di skrin telefon Aisha yang berdering.

Haykarl is my dad 👴

*****

"Pak cik! kejap kejap" Aisha memegang lutut sebaik sahaja dia dapat mengejar lelaki tua yang berupa Ammar. Cuma yang ni versi kedut kedut. Mungkin ni kut muka Ammar tua tua nanti dan kemungkinan besar Ammar lagi buruk.

Okay tak baik. Back to our topic.

"Kau nak apa lagi?"

"Saya tak sempat pun untuk perkenalkan diri saya haritu. Nama saya-"

"Eh budak kau tak reti bahasa ke? Jangan buang masa aku!"

Aisha terdiam sendiri. Hesy ayah dia tak pernah pun jerkah dia macam ni tahu!

HIMWhere stories live. Discover now