Bab 10

1.1K 90 6
                                    

"Ahh, aku rasa nak kat makan luar lah. Hmm, apa kata aku ajak Lidya keluar? Boleh lah tu," kata Damia sendirian. Kemudian, dia mencapai telefon bimbit nya untuk menghantar mesej kepada sahabat nya.

Mesej dihantar. Beberapa saat kemudian, balas dari Lidya dibaca.

"Kau nak bawa aku pergi mana? Jangan jangan kau nak bawa aku pergi shopping malam malam ni," jawab Lidya.

"Oii sengal bila masa jugak lah aku nak pergi shopping mall malam malam macam ni. Aku masih waras lah. Bukan macam kau. Tak waras." Damia menjawab. Agak kasar juga bahasa minah ni.

"Wahh siapa ajar kau yang aku tak waras? Kalau macam tu, tak nak lah aku ikut kau pergi makan,"

"Eh eh, okay lah okay lah aku gurau jelah. Tu pun nak merajuk. So, deal? Aku jumpa kau kat dekat Cafeteria," Damia mengajak Lidya keluar untuk pergi makan. Lidya mengambil masa 5 saat untuk menjawab soalan Damia.

"Cafeteria mana? Banyak cafeteria kat dunia ni. Bukan satu je. Kau ni kan cuba lah fikir dulu sebelum kau cakap," jawab Lidya dengan tegas.

"Aishh kau ni! Macam lah tak tahu cafeteria mana. Cafeteria biasa. Yang kita selalu pergi. Ingat lagi tak? Baru je kita pergi semalam. Tak kan tak ingat lagi dah?" Amboi, cantik kau punya bahasa ye, Damia? Ingat aku ni nyanyok ke? Ke perli aku?

"Ye lah yelah. Aku gurau je lah. Okay lah. Pukul berapa? Kau dah ready ke?" tanya Lidya selepas mendengar jawapan dari Damia.

"Dah. Aku pakai pakaian casual je tak perlu nak berdiva sangat lah. Bukan nya kita nak pergi catwalk. Kalau catwalk pun, boleh tergolek golek jatuh aku dari pentas nanti. Kau jangan gelak pulak." Lidya ketawa.

"Hahahah lawak lah kau ni. Okay lah. Bye. Aku nak bersiap dulu,"

Damia mengeluh. Okay, so aku berangkat sekarang lah? Damia hanya mengena kan seluar jeans biru muda dan blouse lengan panjang warna hitam. Cantik! Damia melihat diri nya di cermin. Okay lah ni. Bukan nya aku nak pergi model lepas tu masuk surat khabar pun. Kalau ya pun, boleh lah juga. Hoho.

Damia mengambil langkah ke bawah. Kelihatan tiada orang di bawah. Damia senyap senyap keluar dari rumah. Selamat! Nasib baik tiada orang nampak aku. Nasib nasib!

Damia segera menghidupkan enjin kereta milik nya. Keluar dari rumah yang sangat bosan dan tidak tahu nak buat apa. Baik keluar.

Beberapa minit kemudian, Damia sampai di hadapan cafeteria yang ingin dituju. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Damia keluar dari kereta nya lalu mencari tempat duduk yang sesuai.

Lidya menelefon Damia.

"Beb, kau dekat mana?" Soal Lidya.

"Aku dah dalam cafe ni," jawab Damia.

"Okay okay aku nampak aku,"

Lidya menutup talian di antara mereka lalu mengambil langkah untuk keluar dari kereta dan menuju ke arah Damia yang sedang duduk termenung. Lidya menyergah Damia dari belakang.

"Ehh mak kau!" latah Damia.

"Hahahah," Lidya mula ketawa apabila mendengar latah yang keluar dari mulut Damia. Damia mencebik.

"Dah lah kau ni nak sergah sergah aku. Aku siram kau dengan kopi panas ni hang! Tak pasal pasal pakwe kau sanggup datang sini nak bawa kau dekat hospital. Nak?" Damia tidak berpuas hati dengan tindakan sahabatnya itu. Kurang asam punya kawan!

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now