Bab 49

617 64 0
                                    

Bunyi ketukan pada pintu kayu serta loceng ditekan beberapa kali membuatkan Jimin yang sedang tergelak sakan menghadap television itu berhenti gelak. Siapa pulak dah nak datang malam malam rumah aku ni? Tengah syok layan Maharaja Lawak Mega ni ada pulak dah orang yang nak kacau?

Jimin bangun dari sofa coklat empuk nya lalu berlalu ke pintu kayu. Pintu itu dibuka dengan perlahan. Terpacak muka Taehyung di hadapan nya. Terkejut berok Jimin apabila melihat Taehyung yang tiba tiba datang ke rumah nya. Laaa.. Si sengal ni rupa rupa nya.

Kim Taehyung rupa rupa nya yang mengacau keadaan dalam rumah aku ni. Memang lah sengal tak bertempat kawan aku sorang ni. Isy isy. "Kau ni tak nak bagi aku masuk ke?" Satu suara memecah situasi sekarang.

Jimin yang tadi berdiri seperti batu kini mempelawa kawan nya itu masuk. "Weyh, tak de lah. Jemput masuk," pelawa Jimin sambil membuka pintu dengan luas. Membenar kan Taehyung menjejak kan kaki dalam rumah nya.

Taehyung hanya mengikut kata kata Jimin. Jimin mengekori belakang Taehyung sebaik sahaja dia merapat kan balik pintu rumah nya.

"Kau tengah buat apa tadi?" Soal Taehyung lalu menghempas kan punggung nya ke atas sofa coklat.

"Kau tak nampak ke apa aku tengah buat? Layan Maharaja Lawak Mega lah, bro. Pecah perut aku dengan kumpulan Jozan ni," Jimin tak habis ketawa.

"Kau ni, tak keluar ke? Makan maggi mee je?"

Jimin pandang Taehyung.

"Haah lah, kenapa pulak? Salah ke aku nak makan maggi?" Jimin soal Taehyung balik.

"Gaya hidup tak sihat lah kau ni," tegur Taehyung apabila melihat cawan Maggi perisa asam laksa yang terletak di atas meja.

Jimin senyum. "Laaa, kau ni. Macam tak lah tak tahu pulak Maggi ni favourite aku dulu masa kita belajar sesama. Rindu gila aku time kita belajar dulu,"

Taehyung turut gelak. Rindu nya zaman persekolahan. Betapa nakal nya mereka dulu. Dia dan Jimin sama sama lulusan International College, kolej swasta berasrama penuh menempat kan lulusan PMR yang cemerlang dan kebanyak kan nya daripada golongan yang berada. Biasa lah, swasta kan? Di situ juga lah Taehyung mengenali Jimin yang sebenar nya merupa kan anak pemilik kolej swasta itu. Banyak kenangan terindah di situ. Semua nya dipagari dengan makna persahabatan. Di situ lah dia kenal Jeon Jungkook, Kim Seokjin dan Kim Namjoon yang juga merupa kan sahabat mereka. Termasuk Jung Hoseok, mereka semua memang rapat dulu.

"Tiba tiba rasa rindu pulak zaman ICS. Anyway, boleh tak aku rasa sikit maggi kau?" Soal Taehyung. Belum sempat Jimin menjawab, Taehyung dah sambar maggi Jimin di atas meja.

"Weyh, tadi sedap aje kau nak bagi ceramah free kat aku kan?" Sindir Jimin. Taehyung tersengih. Gara gara bangkit hal isu zaman ICS, Taehyung teringat akan semua kenangan manis di sana. Makan Maggi semata mata nak berjaga untuk menghadap SPM. Kenangan yang sangat terindah.

"By the way, apa hajat kau nak datang sini? Jangan kau cakap kau salah drive kat sini sudah," Jimin menyoal Taehyung.

"Aku boring lah duduk kat rumah tu. Bukan boring, terlampau boring tahu tak? Tadi Lucy call aku, dia nak ajak aku pergi clubbing. Tapi aku reject dia. Malas," jawab Taehyung.

"Lain je mood kau hari ni? Kenapa tak pergi?" Jimin ingin tahu.

"Weyh, kau ni! Bawa - bawa lah insaf sikit. Esok aku dah nak jadi suami orang tahu tak?"

Jimin gelak.

"Bagus bagus. Kau masih sedar rupa nya,"

Yaa.. Taehyung sedar yang dia akan berkahwin esok. Esok.. Tiba tiba Taehyung tergelak sendiri. Kelakar betul lah. Sedar ke tak, dia pun tak tahu. Orang macam dia akan berkahwin esok. Dengan seseorang yang memang bukan pilihan hati nya sendiri. Jadi, tak rasa pelik lah jika dia tidak rasa gembira untuk bergelar jadi suami orang. Orang macam dia, tahu - tahu lah kan? Memang jauh lah kalau nak cakap dia suka.

"Besok.." Taehyung mengulang kan perkataan itu dengan perlahan.

"Jimin.." panggil Taehyung.

"Hmmm..?" Jimin yang tengah syok menyuap Maggi ke dalam mulut nya, sempat menyahut Taehyung.

"Kalau boleh kan, agak agak nya.. boleh tak aku nak cancel wedding tu? Masih sempat, kan?" Selamba badak Taehyung menyoal.

Soalan yang terlampau selamba itu membuat kan Jimin tercekik. Terbatuk batuk Jimin mencari air. Pedih yang teramat tekak nya apabila mendengar soalan Taehyung tadi. Kawan aku ni sihat ke tak?

"Kau ni jangan buat lawak boleh tak? Serious lah sikit. Jangan buat benda gila, weyh," Jimin meletak kan cawan Maggi di atas meja.

"Aku memang dah agak dah. Jawapan kau mesti macam tu. Anyway, mesti kau terkejut kan dengan soalan aku tadi? Aku gurau aje lah. Aku masih hundred percent waras tau tak?"

Jimin menarik nafas lega. Buat jantung aku hampir berhenti aje dengan soalan dia tu tadi. Isy, dia ni! Memang nak kena. Kepala Taehyung ni bukan nya boleh percaya sangat. Kalau itu keputusan nya, memang itu lah yang akan terjadi. Tidak ada siapa yang akan boleh mengubah. Keputusan dia pula yang selalu secara drastik dan mengejut. Memang gila Taehyung ni.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now