Bab 65

961 75 47
                                    

DAMIA memandang bunga di tangan nya. Sejambak bunga ros merah yang sangat cantik gubah nya. Mesti mahal.

"Wah, Damia! Cantik nya bunga tu. Red roses. Someone must be in love with you," Nadia memuji kecantikan bunga yang Damia dapat.

Damia terkejut dengan sergahan Nadia.

"Eh, kak Nadia! Terkejut Damia. Sejak bila pulak kak Nadia ada dekat sini?" Nadia ketawa.

"Haha. Sorry. Tadi kak Nadia lalu depan bilik Damia. Tengok Damia tengah duk pandang bunga tu macam tengok kasi tembus je. Tu lah kak Nadia tegur," Damia pula yang ketawa.

"Anyway, who's ur prince charming?" Aku mengerut kan kening kiri apabila mendengar soalan dari Kak Nadia.

"Prince charming? Siapa prince charming?"

"The one who's in love with you," jawab Kak Nadia.

"Hesy..Mengarut pulak dah Kak Nadia ni. Damia ni kan isteri orang," Damia ingat kan Nadia. Nadia ketawa lagi.

"I know, sayang. Maksud kak Nadia, mesti lah suami Damia yang handsome tu yang hantar,"

Damia berkerut kening nya lagi. Taehyung yang hantar? Haha.. Macam lawak je lah bunyi nya. Tak mungkin lah. Tapi siapa yang hantar? Apalah kau ni, Damia. Kad ada. Bukalah!

"Ada - ada aje lah, kak Nadia ni,"

"Tak percaya sudah. Kak Nadia masuk bilik dulu ye," Damia mengangguk perlahan sambil melambai tangan ke arah Nadia. Lambaian di balasan dengan senyuman.

Sebaik sahaja Nadia hilang dari pandangan, bunga ros itu dicium lagi. Hmmm.. Bunga ros. Kad kecil berbentuk hati diambil kemudian dibuka nya. Bulat mata nya seketika. Tak percaya sungguh!

Sorry about last night. Mia tahu kan abang jenis yang hilang kawalan? Again, Im so sorry. Will you be my date tonight?

Yours, Taetae.

Damia tergelak seketika. Apa kena dengan mamat tu? Abang? Terminum cecair pencuci tandas ke pagi tadi? Sampai boleh ajak dia keluar malam ni. Agak nya tersalah hantar lah ni. Tak mungkin dia nak bagi aku. Mana tahu makwe baru dia nama Mia jugak. Dan makwe baru dia tu panggil dia abang.

Tapi, entah kenapa Damia berasa teruja apabila mendapat bunga ros daripada Taehyung. Bangga sekejap. Andai betul bunga tu untuk dia, macam mana? Damia tersenyum sendiri. Macam orang bercinta pula main hantar - hantar bunga ni. Hati nya pun rasa berbunga - bunga.

Bunga - bunga yang Damia nampak tadi terus melayang entah ke mana apabila Big Bang membuat konsert secara free di dalam tas tangan nya. Adoi.. Siapa pulak yang call ni? Damia mencapai telefon bimbit nya. Sebaik membaca nama si pemanggil, Damia senyum.

Punat hijau ditekan. Nafas dihembus.

"Helo," Selamba suara Damia menegur si pemanggil.

"Helo," jawab Taehyung sepatah.

Senyap. Sepuluh saat berlalu.

"Hello.. Ada apa - apa tak nak cakap ni? Buang masa saya je. Kalau tak, saya letak," Damia mengugut.

"No.. No.." Cepat sahaja suara Taehyung menghalang Damia.

"Okay. Ada apa, Kim Taehyung?" Soal Damia.

"Abang.. Ehem.." Taehyung berdehem. Nak basah kan tekak. Nafas ditarik.

Taehyung menyumpah diri sendiri. Apa pasal terbisu dan terkelu ni? Nak minta maaf aje pun. Kalau bab nak minta maaf, terus aje rasa macam nak terputus lidah. Apa nak jadi lah dengan kau ni, Tae. Cepat cakap! Sebelum Damia letak.

"Abang nak minta maaf pasal semalam," Payah sekali Taehyung meluah kan nya.

"Benda dah lepas. Biar lah. Saya dah tak ingat dah," jujur Damia menjawab. Memang dia dah maaf kan Taehyung. Cuma dia malas nak melayan Taehyung.

"Anyway, yang awak ni tiba tiba membahasa kan diri awak abang ni kenapa? Awak pulak yang nak jadi suami mithali ke?" Soal Damia sinis.

Soalan Damia tidak dihirau kan.

"Did you receive the red roses?" Soal Taehyung.

"Bunga ros merah tu? Cantik. Thank you anyway." Damia menjawab Taehyung sambil tersenyum - senyum. Yelah sapa yang tak senyum kalau dapat bunga dari suami. Bunga kesukaan aku lagi tu. Tapi entah kenapa hati Damia berdebar apabila dapat tahu yang sebenarnya bunga itu dari Taehyung.

"Memang cantik. Abang beli kan khas untuk Mia,"

Damia mengerut kan kening. Pelik. Taehyung sangat pelik hari ni. Patut ke dia tanya yang dia ni betul betul terminum cecair pencuci tandas pagi tadi? Err.. Bukan ke beberapa hari ni memang Taehyung dah perangai lain macam?

"Kenapa awak call ni?" Damia cuba menukar topik.

"Dah baca kad dekat bunga tu?" Taehyung tak hirau kan pertanyaan Damia. Tapi sebalik nya dia pula yang bertanya.

"Dah,"

"So macam mana?" soal Taehyung.

"Macam mana apa?" Damia buat - buat tak faham. Sengaja nampak nya. Nak suruh Taehyung ungkap kan ayat itu dari mulut dia sendiri.

"Macam yang tertulis dalam kad tu. Will you be my date tonight?" Taehyung melamar Damia. Terasa dada berdebar. Tapi kenapa?

"Nak ajak saya pergi mana? Pergi kelab malam ke? Saya tak reti menari. Kuda kepang boleh lah," Sempat pulak si Damia ni menyindir Taehyung.

Taehyung menelan kata kata sinis Damia. Dia langsung tak ambil hati.

"No. Abang nak ajak Mia pergi makan malam. Boleh?" Taehyung mencuba lagi.

"Okay,"

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now