Bab 51

622 66 3
                                    

Majlis persandingan diadakan pada malam nya. Kenapa pilih malam? Entah lah.. Hanya keluarga mereka aje yang tahu. Majlis persandingan mereka diadakan di Forbidden Galaxy Hotel. Sengaja keluarga mereka memilih lokasi yang menarik untuk diadakan majlis persandingan nya. Konsep moden menjadi pilihan mereka.

"Hoiii.. Taehyung!" Jerit seseorang. Suara yang memanggil nya membuat kan Taehyung berpaling ke belakang. Ada tangan yang melambai ke arah nya membuat kan Taehyung meminta diri. Laju sahaja kaki nya melangkah ke arah mereka.

"Weyh, lama gila tak jumpa. Baru nampak muka! Lawa betul korang ni." Tegur Taehyung pada kumpulan itu. Gaya menegur nya itu langsung tidak menampak kan yang dia ialah pengantin pada malam ini. Seperti dia sedang menegur orang di pasar raya aje. Si Taehyung ni tak kisah lah di mana dia berada, memang keluar lah sebenar nya dia.

Jungkook, Namjoon dan Seokjin gelak.

"Sorry, bro. Aku ada meeting tentang kes pembentangan kat mahkamah tadi. Betul - betul tak dapat nak join masa akad nikah tadi." Namjoon yang memakai baju batik biru itu berkata.

"Sama. Urgent. Memang tak boleh nak datang tadi." Jungkook turut berdolak dalik.

"Yalah - yalah. Anak orang kaya lah kata kan. Mesti lah hari - hari busy. Kan kan?" Taehyung sempat menyindir Jungkook.

"Woi, itu bapak aku lah sengal!" Jungkook turut gelak.

"Tadi aku tengok kau bercakap dengan Datuk Yusuf dan Datuk Zahrain. Bincang pasal apa?" Jimin yang dari tadi senyap membisu kini bersuara.

"Tak. Pasal ada satu syarikat ni. Syarikat US yang nak buat survey Star Entertainment. Tapi, ada masalah."

"Hoi, kawan! Ini hari bahagia kau la! Cuba lah kau jangan fikir kan kerja sangat. Mentang mentang lah CEO. Fikir kan isteri kau tu," kata Seokjin.

"Betul.. betul.. Memang luar jangkaan betul bila aku dapat akad nikah undangan kahwin kau. Dah lah bertunang tak ajak aku! Tak sangka aku Romeo ICS dah kahwin sekarang ni. Hebat betul kisah cinta isteri kau sampai Taehyung yang ego dan macho setinggi eiffel tower macam kat sebelah ni pun boleh tewas," Jungkook menyokong sebelum ketawa.

"Ingat kau sorang aje reti nak kahwin? Terkejut berok ke aku kahwin? Tapi, tak ada terkejut macam aku bila dapat tahu yang kau kahwin dengan Qistina. Tak sangka gila mamat hati beku mengalah kan peti ais boleh cair dengan Qistina. Dengan musuh tradisi sebelas keturunan pulak tu," Giliran Taehyung pula menyindir Jungkook.

"Kurang di ajar betul kau ni! Aku lain kes lah," Jungkook dah berapi. Sempat belakang Taehyung dihempuk dengan kasar.

"Hoi.. Banyak cantik! Apa gaya dera pengantin yang handsome ni? Keluar keris karang! Baru takut," Taehyung dah keluar gaya ingin menarik keris palsu yang berada di pinggang kiri nya.

Mereka semua gelak.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now