Bab 40

657 65 4
                                    

Diam di antara mereka. Terasa janggal gila bila Damia bersama Taehyung. Aduh, kenapa kau takut sangat ni, Damia? Dah dah, just chill. Okay, chill.

Taehyung mengerling sekilas ke arah Damia. Dia mengerutkan kening kiri nya. "Eh, kau asal?" Soal Taehyung tiba tiba kepada Damia.

Damia terkejut lalu mengusap dada nya. Isy, kalau ya pun kau nak cakap dengan aku bagi lah salam dulu ke, tepuk bahu aku dulu ke, isy ni main sukahati dia aje nak sergah aku. Nasib baik lah masih selamat jantung aku.

"Ha, kenapa?" Soal Damia balik kepada Taehyung.

"Aku tanya kau kenapa aku harus jawab?"

"Okay lah. Tak ade ape ape. Asal? Kau caring pasal aku eh?" Kata kata Damia seperti menyindir bakal suami nya itu. Damia tersenyum sinis ke arah Taehyung. Taehyung hanya berlagak selamba.

"Tak ade jugak lah aku nak caring pasal kau. Dah dah. Diam! Aku nak focus driving ni. Kau pulak yang nak kacau aku. Tahu lah aku ni handsome sangat. Isy!" Marah Taehyung sambil melihat ke hadapan.

Hek eleh, aku juga yang kena salah? Isy. Padahal dia dulu yang tegur aku. Eee, dasar mamat tak guna! Arghh, sabar sabar.

Semua kejadian ini tak akan berlaku kalau bukan sebab mamat gila ni. Sebenarnya, Mrs. Kim suruh Taehyung kahwin dengan aku sebab nak jauhkan anaknya dari perempuan murahan. Contohnya, macam nak suruh aku ubahkan mamat ni lah. Tetapi, kenapa lah aku juga?

Mama pun satu hal. Beberapa hari yang lalu, keluarga Kim masuk meminang ke rumah Damia. Belum apa apa lagi dah nak masuk meminang. Kenal betul betul pun belum. Mama yang baik hati lagi maha penyayang main setuju aje. Nak rosakan masa depan aku ke? Sampai hati, Mama.

Papa pun sama. Kepala sama dengan mama. Bukan nak derhaka ke apa tapi ada ke patut main setuju aje? Tahu tak, geram geram geram! Argh. Lagi satu, berita yang aku tak sangka, Mrs. Kim dan mama adalah rakan sekelas dari University of Washington. Memang tak sanga kan? Tetapi memang patut juga mama setuju sebab Mrs. Kim adalah kawan lamanya. Aku pun apa lagi, hampir nak terkeluar lah jantung apabila dengar khabar tu.

Beberapa minit kemudian, sampai juga lah destinasi mereka. Sesampai sahaja di situ, Taehyung memarkirkan kereta BMW nya di sebelah butik yang sedang bersinar sinar di hadapan mereka. Mulut Damia terlopong. Butik pengantin? Ko ni dah apahal, Taehyung? Alamak, asal dia tak bagitahu aku ni yang dia nak beli baju pengantin? Aku ingatkan nak temankan dia beli baju untuk dia. Rupa - rupa nak beli baju pengantin. Eee, mamat ni memang lah! Arghhh!

Apabila Taehyung memati kan enjin BMW nya, dia mengambil langkah untuk keluar. Tetapi gagal. Tangan nya ditarik oleh Damia.

"Taehyung! Awak ni kenapa tak bagitahu saya yang kita nak pergi beli baju pengantin? Isy, awak ni kan arghh selalu aje buat saya terkejut tau tak!" Bentak Damia sebaik sahaja Taehyung memandang tepat ke arah nya. Taehyung hanya membuat muka boring.

"Ada aku kisah? Dah ah. Cepat lah. Keluar dari kereta," Taehyung berkata lalu keluar dari kereta nya sebaik sahaja Damia melepas kan pegangan nya.

"Taehyung ooo Taehyung," panggil Damia.

"Apa dia, setan? Arghh!" Marah Taehyung kepada Damia. Damia mengeluh. Aku pulak yang dipanggil setan? Ya Tuhan, apa lah salah aku?

"Awak ni kan..." belum sempat Damia menghabis kan ayat nya, Taehyung terus pergi mengambil langkah menuju ke dalam butik itu. Tiada lagi bayangan lelaki itu. Huh. Memang lah! Isyy.

Damia menggengam penumbuk. Sabar, Damia. Sabar.

Damia pun mengambil langkah keluar dari kereta itu. Sebaik sahaja Damia keluar dari kereta itu, ada seorang lelaki menyergah nya dari belakang. Damia terkejut dan hampir terjatuh. Hampir terjatuh. Dia telah di selamat kan oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Lelaki itu tersenyum ke arah nya.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now