Bab 52

629 62 4
                                    

FUYO!! Ini rumah ke istana Prince William dengan Princess Kate Middleton ni? Damia hanya memerhati rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah di hadapan mata. Belum lagi air pancut yang berada di tengah tengah laman rumah banglo ni. Ya Allah, aku bermimpi kah ni? Aku ni tak lah sekaya macam si Taehyung ni. Mamat ni dah terlebih kaya dah. Uish, malu nya aku yang tak seberapa ni kahwin dengan lelaki kaya.

Sekeliling air pancut yang besar itu pula ada beberapa buah kereta mewah milik Taehyung. Semua nya mahal - mahal kereta dia. Boleh dikata kan dah mececah 2 juta satu kereta. Fuyo! Kaya gila mamat ni. Gila betul mamat ni! Asal dia nak beli rumah besar besar pulak? Yang kena kemas tu, mesti aku. Yang letih mesti aku juga. Aish, memang nak kena lempang jugak lah mamat ni sekarang. Agak agak nya boleh sampai 1 minggu kerja rumah aku ni tak siap siap.

"Err... Awak! Betul ke ni rumah kita? Eh, maksud saya.. Rumah awak?" Soal Damia sambil merenung Taehyung di sebelah nya itu.

"Kau ni kan. Tak payah nak banyak blur sangat. Aku ni, kalau kau nak tahu, pantang tau tak tengok orang blur macam kau ni." Sinis Taehyung.

"Habis kalau saya ni blur, kenapa masih nak terima tawaran omma tu, ha?" Soal Damia. Tidak berpuas hati dengan Taehyung. Damia memanggil Mrs. Kim dengan panggilan omma kerana dia telah disuruh untuk memanggil nya dengan panggilan omma. Damia pun akur jelah dengan Mrs. Kim. Tak kan nak membantah pulak.

"Hek eleh, kau ni sepatut nya beruntung tahu tak. Dapat suami macam aku ni. Handsome, kaya, romantik. Tak hingin ke suami macam aku ni? Ha, dan satu lagi. Semua keperluan kau, aku yang tanggung." Cepat sahaja Taehyung menjawab Damia. Damia buat pekak.

"So ini rumah awak ke?"

"Correction! Bukan rumah aku, tapi rumah kita. Kau ni tak payah nak rendah diri sangat. Kau ni isteri CEO Star Entertainment tahu tak? Bangga lah diri sikit," Akhirnya, kata kata pedas Taehyung keluar juga. Geram nya Damia dengan Taehyung.

"Awak ni kan, memang jenis macam ni ke? Asal annoying sangat?" Damia masih lagi menjawab Taehyung walaupun hati nya kini sangat membara.

"Kalau aku ni annoying, asal kau nak terima tawaran omma tu, ha?" Soalan yang sama macam Damia tadi. Taehyung hanya menukar sedikit nada ayat itu.

"Dah lah awak ni. Buat sakit hati aje tahu tak? Isy," Damia ingin keluar dari kereta tetapi pantas tangan kanan nya disambar oleh Taehyung.

"Weyh, kau nak pergi mana? Jangan berani kau nak lari dari aku. Kalau tak, tahu aje lah aku nak buat apa dekat kau," ugut Taehyung. Damia panas hati.

"Stop it! Dah lah, Taehyung. Selama ni saya selalu bersabar tahu tak menghadap awak?" Jawab Damia.

"Okay. Dah dah, aku tak nak berperang kali yang ketiga dengan kau. So kalau macam tu, kau tolong aku bawa beg kat belakang." Arah Taehyung kepada Damia. Damia terlopong. Aku? Bawa semua beg kat belakang tu? Mamat ni dah terputus ke sel otak dalam kepala dia tu?

"What? Come again?"

"Haha. Aku gurau aje lah. Tu pun kau nak percaya. Aku tak sejahat yang kau fikir kan." Damia rasa nak taewondo aje si Taehyung ni sekarang. Geram yang teramat.

"Anyway, saya nak tanya awak lagi. Ni betul ke rumah kita?"

"Habis, kau ingat aku datang nak jual kau ke?" Sinis Taehyung lagi. Damia buat tak dengar. Rasa nya dia dah tahu macam mana perangai suami dia tu. Memang dah tak berbekas dalam hati. Sabar aje lah.

"Awak ada sewa kan bilik untuk staf ofis awak sekali, ya?" Damia pula yang menyindir Taehyung.

Taehyung tidak perduli kan kata kata Damia lalu melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Damia hanya mengekori Taehyung. Makin segan dan kagum Damia apabila melihat perhiasan dalaman rumah banglo itu. Sangat cantik! Terpegun dibuat nya.

Lampu chandelier di tengah tengah ruang tamu kini menjadi sasaran mata nya. Ya Allah, aku ni tengah berdiri di dalam istana kayangan ke ni? Semua mewah - mewah. Kalau aku, tak mampu beli semua ni. Perlu tambah setengah lagi kad kredit aku nak beli ni.

"Anyway, dalam rumah ni ada banyak bilik dan semua nya master bedroom. Tapi ada yang dekat atas paling hujung tu is mine. Faham ke tak?" Ketika itu mereka dah naik ke tingkat atas.

Damia mengendah kan soalan Taehyung. Dia memandang bilik bilik yang berada di tingkat atas. Enam buah bilik. Campur tingkat bawah semua nya lapan bilik. Boleh pilih bilik sendiri ya? Ini yang part aku suka. Horeyy.. Boleh berjauhan dengan mamat sengal ni.

"Ermm, before that. Awak punya master bedroom yang mana?" Soal Damia. Biasa, mesti lah nak tanya dulu sebelum membuat keputusan kan? Ada sebab nya nak bertanya. Sebab dia nak berjauhan dengan Taehyung. Hehe.. Dey, kalau nak berjauhan dengan suami tu pun, kau tetap dalam rumah yang sama dengan dia la, Damia.

"Ni bilik aku. Kalau yang tu, bilik kau," Selamba Taehyung menunjuk kan sebuah bilik yang bersebelahan dengan bilik nya.

"Excuse me, saya tak cakap pun yang saya nak bilik tu," Damia tak puas hati.

"Aku yang cakap. Tak payah nak banyak songeh. Senang sikit aku dekat dengan kau. Tak payah lah aku ni memekak setiap hari."

Damia menahan rasa geram nya. Baik tak payah suruh pilih bilik tadi! Memang dah wayar dalam kepala hotak dia tu dah putus satu.

"Sekarang ni, kemas bilik aku. Aku ada hal kejap. Kau kat rumah aje. Tak payah sibuk sangat nak keluar. Lagi pun, kau cuti kan hari ni?" Taehyung mengarah Damia. Segugus kunci di tangan nya diberi kan kepada Damia.

Damia angguk. Teringat lagi tentang semalam. Encik Haikal bagitahu yang dia diberi kan cuti selama seminggu.

Damia hanya mampu memandang Taehyung yang berlalu pergi. Dah macam bibik dah rasa nya. Dia ni anggap aku ni bibik ke isteri dia? Isy. Nak tak nak, Damia kena buat juga sebab itu arahan suami. Dan juga, itu sememang nya tugas seorang isteri. Damia mengeluh sebelum cuba membuka pintu bilik Taehyung. Kunci. Damia memandang pula kunci yang berada dalam genggaman nya. Segugus! Taehyung tu memang gila ke? Asal dia beri aku segugus? Hampir dua puluh bentuk kunci dah rasa nya. Aku rasa perlu cuba satu satu lah ni.

"Taehyung... kalau ya pun nak keluar, bagitahu lah mana satu kunci yang sesuai! Lenguh aku nak cuba satu satu ni. Isy," bebel Damia geram sambil mencuba satu per satu kunci dengan membuka tombol pintu. Nasib dapat buka. Huh.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now