Bab 28

674 68 2
                                    

Sekali lagi, lelaki di hadapan nya itu mendepakan tangan nya dengan pantas. Damia mengeluh kasar.

"Heii, awak ni dah kenapa? Saya nak lalu lah! Jangan kacau saya lagi boleh tak? Ingat ni main galah panjang ke apa?" Kata Damia dengan nada yang tinggi. Masih lagi tidak berpuas hati dengan mamat tu agak nya.

Tiba tiba lelaki itu mengukirkan senyuman nakal.

"Kalau nak main galah panjang, boleh juga," Taehyung menjawab. Damia hanya menjeling sekilas ke arah Taehyung.

"Isy! Tepi boleh tak? Saya nak lalu lah! Ingat awak ni siapa sukahati aje nak kacau saya! Tepi lah!" Jerit Damia kepada Taehyung namun Taehyung hanya tenang tetapi mata nya menatap wajah Damia dengan tatapan yang berbeza dari selalu.

Taehyung diam.

"Heii, saya tanya awak ni. Tepi boleh tak? Awak tahu tak betapa penyabar nya saya ni menghadap awak? Tahu tak saya ni tengah sakit hati sekarang bila tengok awak? Please lah! Dont let me loose control!" Damia berkata lagi.

"No! Tak boleh," Jawab Taehyung dengan selamba. Masih lagi tangan nya didepa kan.

Arghh, geram betul lah dengan mamat sewel ni! Mahu aje aku pukul dia dengan beg aku ni. Tapi tak boleh nanti rosak beg aku. Beg mahal ni. Damia menarik nafas nya dalam dalam. Sabar, Damia. Sabar. Darjah suhu yang tadi mendidih tahap gaban tetapi sekarang dia merendah kan suhu kemarahan nya.

"Okay, saya nak tanya awak. Apa yang awak mahu sangat dari saya sebenar nya?" Damia bertanya kepada Taehyung. Riak muka Taehyung berubah.

"Aku nak kau tampar aku sekali lagi macam kau tampar aku hari tu! Ingat lagi tak? Kau tampar aku masa dekat office dulu?" Taehyung menjawab dengan kasar. Tadi bukan main lembut aje suara. Sekarang dah bertukar jadi hulk dah. Apa kes?

Memang aku dah sah kan mamat ni memang ada penyakit mental abuse. Damia terpaksa mengundur kan sedikit ke belakang kerana takut dengan kata kata Taehyung sebentar tadi manakala Taehyung masih lagi menepak ke arah Damia.

"Hah? Apa awak cakap? Tampar awak? Awak ni dah makan panadol ke tak? Atau awak ni memang dah gila? Aaa, atau atau awak baru keluar dari Hospital Rumah Sakit Jiwa?" Kata Damia dengan sinis nya. Rasa nak ketawa aje sekarang ni. Kalau lah ini drama lepas tu aku yang menjadi penonton, memang aku dah tergolek golek ketawa di atas lantai tu. Tetapi memandang kan ini perkara yang serius jadi, aku terpaksa lah menahan tawa. Biar lah orang lain yang dengar aku tak kisah lagi dah. Namun lelaki di hadapan nya itu masih lagi melangkah ke arah nya.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now