Bab 13

875 86 4
                                    

Sesampai sahaja mereka di hadapan restoran itu, Taehyung ialah orang pertama yang keluar dari kereta tersebut. Kalau kau nak sangat makan tu, tak perlu lah kau excited sangat! Kang aku bagi penalti nanti baru tau!

"Hyung, jebal! Ppalli-ya!" Jerit Taehyung dari keluar sambil melompat lompat kegembiraan. Hyperactive betul budak ni. Bukan lagi nak tunggu aku, dah berlari terlintang pukang dah masuk dalam restoran tu. Kalah Usian Bolt. Perangai macam budak kecil betul lah! Macam mana lah si isteri dia ni ek? Mesti sengsara jaga suami dia nih.

Suga hanya mampu tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala nya buat beberapa kali. Setelah itu, Suga segera keluar dari kereta nya. Baru sahaja Suga ingin memasuki ke dalam restoran itu, dia merasa seseorang telah menyapa nya dari belakang. Suga menoleh.

"Yoongi Hyung!" Tegur seseorang. Suga berpaling ke belakang setelah seseorang memangil namanya.

Suga agak terkejut melihat kehadiran seseorang itu. Suga menahan perasaan nya yang sedang marah. Suga menggengam penumbuk.

"Heii, perempuan! Kau pergi belah sekarang!" Jerit Suga dengan nada yang tinggi.

Perempuan itu hanya tersenyum sinis. "Ini bukan urusan kau. Aku nak jumpa Taehyung. Mana dia?" Soal gadis itu. Suga hanya memandang gadis itu dengan selamba. Berani kau cakap macam tu dekat aku?

"Wahh, sekarang dah berani nak tunjuk muka eh? Dulu, bukan main peramah lagi. Sekarang, kau nak apa hah? Tak cukup lagi kau nak sakit kan hati adik aku?" Marah Suga. Dia sudah tidak tahan menghadap gadis itu. Jadi dia terpaksa meninggikan nada nya.

Perempuan itu ketawa. "Hahahaha!" Eyy, kau ketawa dah macam pontianak tau tak? Kalau Ahmad Idham buat cerita hantu ni, comfirm si minah ni kena pilih jadi pontianak. Sesuai sangat dengan rupa kau sekarang. Pakaian entah dari dunia mana lah dia order. Tak cukup kain betul!

"Asal kau ketawa? Aku ada buat lawak ke?" Suga mengangkat kedua dua belah kening miliknya, menatap wajah gadis yang berada di hadapan nya itu.

"Tak. Kau tu lucu sangat. Sampai aku dah tak tahan nak tahan ketawa ni," Jawab perempuan itu lagi. Masih lagi dengan sisa ketawa nya itu. Ek, aku ada buat lawak eh? Bagitahu aku mana punchline yang aku buat?

"Kau dah kena rasuk setan ke apa? Ketawa macam baru lepas keluar dari Hospital Gila. Pakaian pun macam longkang. Kau mabuk ke? Kalau ya pun kau mabuk, asal kau nak jumpa Taehyung? Kau belum puas lagi nak enjoy lepas tu kau nak enjoy lagi dengan Taehyung?" Suga hanya menahan rasa geram dan marah nya di dalam hati. Rasa nak sepak je minah ni sampai ke India pun ada. Hishh, sabar aje lah.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now