2020 part 1

2.7K 19 0
                                    

Azlan

New Year's Eve, 2020

Aku dan Merlina dijemput sebagai tetamu khas untuk merayakan tahun baru 2020 di Dataran Pahlawan, bersama dengan Jeneral Firdaus sebagai Presiden Republik dan Perdana Menteri, Rahman Tun Azmi.

Bunga api menyala meriah mewarnai langit Wijayapura, tanda menyambut bukan sahaja tahun baru, tetapi dekad yang baru.

Ironinya, persembahan dari kumpulan KRU, kumpulan yang popular sekitar 90an dulu berjudul 2020, adalah lagu pertama yang berkumandang pada tahun 2020.

Kumpulan KRU, yang popular sekitar tahun 90an mengingatkan orang ramai tentang zaman ayah kepada Perdana Menteri sekarang, Rahman Tun Azmi.

Tapi mengingatkan juga team Marina dan konco-konconya di Jabatan Peguam Negara yang sedang melancarkan Operasi Korek, yang bukan sahaja mengorek salahlaku wang One Gelanggayu Development Berhad, tetapi juga mengorek salahlaku dari zaman ayah mereka lagi.

Antaranya, ada penemuan baru bahawa Rahman ada membeli kereta Ferrari pada tahun 1992, yang datang dari Tengku Razak selaku Menteri Kewangan ketika krisis Forex Bank Negara berlangsung.

Ada juga kegiatan penyelewengan dana Tabung AIDS Gelanggayu yang dilancarkan pada tahun 1990 untuk menangani gejala AIDS dari penyalahgunaan dadah pada era itu, yang melibatkan Rahman juga.

Tabung itu diwujudkan untuk membantu penghidap AIDS dalam perubatan mereka, serta untuk meneruskan kehidupan mereka yang ada sehingga pengurusan jenazah mereka apabila mereka meninggal dunia.

Tapi Rahman selamba rembat RG22 juta duit dalam tabung itu sebab 'tak ada siapa yang peduli pasal pesakit AIDS'. Dan ada banyak lagi kes-kes yang melibatkan Rahman, dan Azizan juga.

Semua fail di tangan aku sekarang. Ada dalam 37 kes. Penyelewengan wang, pecah amanah dan ada melibatkan sindiket perjudian. Fuh, setiap satu kes penjara antara tiga hingga lima tahun dengan sebatan sepuluh kali. Kalau ada 37 kes kena sebat sepuluh kali, dah 370 kali kena sebat kalau ikut undang-undang Wijayapura. Kalau dia kat Melaut, memang terus kena potong tangan, macam si Amar kena dulu.

Takkan kena sebat banyak tu. Sepuluh kali sudahlah. Untuk orang yang umur dah capai 70 tahun macam Rahman ni, mungkin takdelah dapat sebatan.

Hakim yang aku lantik pun tak ada lah kejam cuma kalau dia nak lawan aku juga, aku boleh pergi ke arah lebih kejam. Aku peduli apa umur dia dah 70 tahun.

FBI dah tahan John Lesnar, yang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan sebuah kes penyelewengan yang melibatkan Joe Lau.

FBI juga dah tahan Sir Robert James yang terlibat dengan tax evasion, dan ditahan ketika sedang berada di Miami. Pihak FBI juga meminta tentang bukti pembelian kapal Equinox, yang dikatakan milik Cindy.

Tapi aku tak nak FBI cekup Joe Lau. Kalau FBI cekup Joe Lau, tak cukup kejam. Tapi kalau Sayap Hitam yang cekup, alamatnya terkencing la si gemuk ni.

Orang-orang Sayap Hitam yang dipasang Kolonel Mahadi dah lama perhatikan Joe Lau ni yang tinggal di sebuah apartment yang bernilai $33.5 juta di tengah Manhattan.

Tapi sejak John Lesnar kena cekup dengan FBI, Joe Lau mula mengurungkan diri di apartmentnya, dan mula merancang untuk melarikan diri. Aku dengar ke Kwantong, sebab dia ada hubungan baik dengan Menteri Keselamatan Awam, Zhao Keshi.

Tapi buat masa sekarang, kepala otak aku ni lebih fokuskan kepada supervirus yang kini dikenali sebagai virus Wuhan ni. Aku dengar virus tu dah mula merebak di Guangzhou, Fujian dan beberapa bandaraya Kwantong yang lain.

Aku dengar effect dia agak teruk jugak, sampai pihak berkuasa Kwantong terpaksa menutup bandarayanya.

Kuasa menutup sempadan negara terletak di tangan aku sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, sebenarnya. Tapi persepsi orang ramai ialah semua kuasa di tangan Perdana Menteri.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now