2022 part 14

139 6 0
                                    

"Mana Azam ni...zam zam ala kazaaaaammmm...." kata Julia sambil tongkat dagu, bosan nak tunggu buah hati pengarang jantung Rachel untuk tiba di lapangan terbang.

"Entah, boyfriend kau ni lembab la," kata Jugra, cekak pinggang.

Merlina tengah kira duit.

"Eh, apasal bagi duit euro? Apasal bukan duit krone Denmark?" tanya Jugra.
"Malas la aku nak pergi Denmark. Bosan doh. Aku nak pergi Jerman," kata Merlina.
"Habis tu, kan daddy dengan Aunty Nat pergi Denmark?"
"Biar je lah dorang berdating dengan cinta lama," kata Merlina.
"Mommy, daddy tu kan suami mommy?" tanya Julia.
"Masa aku baya Rachel lagi aku dah tau dorang ni lovey-dovey. Aku kasi chance la. Lagipun, boring la Denmark. Ada apa kat situ?" tanya Merlina.
"Mama Mer nak pergi Jerman, nak pergi mana?"
"Frankfurt. Aku nak shopping saham syarikat-syarikat kat Eropah yang mana jatuh, aku nak beli, lepas tu ambik teknologi dia, bawak balik Gelanggayu," kata Merlina.
"Fuuhhh! Macam tu, Jugra nak ikut la! Tapi nanti boleh tak pergi litar F1 Nurburgring? Nak tengok racing la," kata Jugra.
"Julia pun nak ikut mommy pegi Jeghman!"

Azlan sedang briefing Natasha sedang bincang tentang scopejob dia selaku Penghulu Syahbandar. Walaupun dia Syahbandar Dalam Negeri yang mengawal perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, tapi dia juga kena tolong Syahbandar Antarabangsa dan Serantau untuk misi perdagangan antarabangsa dan rantau Pentas Sunda.

Kelihatan Azam berlari-lari dan termengah-mengah untuk mendapatkan mereka semua.

Dari resah, kepada gembira kerana akhirnya Azam sampai.

"Satu, dua, tiga! Dia datang! Jeng jeng jeng! Dengan termengah-mengahnyaaaaa!" nyanyi Julia sambil troll Rachel yang dah muka merah sebab Julia membahannya.

"Boleh I cakap something tak before you go?" tanya Azam kepada Rachel.
"Sure, ada apa?"

"Nak cakap I love you la tuuuu! Muah muah muaaahhh!" Julia terus membahan.

"Julia, lek la. Takyahlah troll kuat sangat. Aku skandalkan kau dengan Joshua tu nanti baru tau!" kata Jugra.
"Tak nak lah! Joshua tu kaki kowek hidong! Eiiuu!"

--

"Ada apa, babe?" tanya Rachel.
"Last few days ni, I've been thinking. Ada dua perkara," kata Azam.
"What is it?"
"I ingat lepas kira keuntungan profit company I tu, I nak beli rumah untuk mak I dan Saleha. Kalau boleh rumah landed, senang sikit mak I nak gerak."
"Kalau you nak beli rumah untuk mak you, you nak kat Teknojaya ke, Wijayapura? Kalau Teknojaya, I boleh dapatkan mur-mur."
"Sini lah, Teknojaya jauh. Takde orang kenal kat situ. Kat sini, dah tau jalan semua. Lagipun, kubur arwah ayah dekat."
"Nanti I tanya mommy I."

Rachel bercadang nak belikan rumah lama mommynya untuk Azam, cuma tak naklah beriya sangat.

"Yang nombor dua..."
"Hmmm..."
"Sebenarnya, masa kat Khidmat Negara lagi, I had crush on you. Tapi I sedar diri I ni siapa. I ni macam gagak dengan merak kayangan...."
"Shut up!" Rachel dah excited, kemudian dia letak jarinya ke bibir Azam, sebelum dia memeluk erat Azam.

"I pun crush dengan you!"
"What? Really?"
"Of course, you dumb silly! Tak nampak ke effort I selama ni?"
"I nampak, tapi I tak berani nak buat move."
"Sekarang baru berani?"
"Will you be my lover?"

Rachel menangis gembira, dan mengangguk kepalanya.

"Rachel, time to go!" kata Natasha.
"I have to go. Nyco, thank you! I love you!" Rachel mencium pipi kanan Azam.
"I love you 3000!"

Rachel terasa seperti berjalan-jalan di atas awangan.

"Cringe siot," kata Jugra.
"Diamlah! Tau la dulu you crush dengan I tak dapat!"
"Sebab kau kakak aku la, lahanat!"

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now