2022 part 6

146 11 0
                                    

"Kau ni Amin, sejak takde Pesta Buku Wijayapura ni, makin malas nak menulis buku," kata Adli Margera sambil menggoreng char kuey teow.

"Nak buat macam mana, kita jadi penulis novel, buku pun dah sendu," kata Amin Kob Noblurs.

"Kau nak job tak? Aku tanya kawan aku jap. Tapi tu lah, aku risau je dia ni, sejak dua menjak makin busy dia."
"Kerja apa, Li?"
"Kerja tulis-tulis la. Macam cybertrooper."
"Perlu lagi ke cybertrooper di zaman takde pembangkang kat Gelanggayu ni?"
"Jap la, aku call dia. Hello, Fazrul, kau busy tak? Kau datang kedai malam? Ok, cantik."

Amin Kob Noblurs dengar nama Fazrul, tapi dia rasa tak mungkin Adli Margera bercakap dengan Bendahara Gelanggayu.

"Lepas Isyak kau datang kedai aku. Jangan lambat. Aku nak perkenalkan kau dengan kawan aku ni."
"Fazrul? Fazrul mana ni?"
"Datuk Bendahara la."
"Hotak kau! Kerja apa kau nak offer aku ni?"
"Kau datang je la Isyak nanti!"

--

Teruntukmu hatiku, ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya, imaji yang terlintas
Berjalan pada satu Tanya slalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta inginku mengeluh
Semua resah di diri mencari jawab pasti
Akankah seseorang yang diinginkan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta, hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua tanya kau yang jawab
Dan tentang seseorang itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta

Azam duduk seorang diri di Tomyam Ali selepas baru pulang dari mengambil ubat ibunya. Lagu Tentang Seseorang yang berkumandang dalam Sinar FM yang dipasang oleh Kak Zana.

"Kau ni termenung panjang bila dengar lagu ni, dah kenapa? Macam dah kena angau je," kata Kak Zana.
"Eh, mana ada angau."
"Aku cakap je. Mana la tau, ada awek bekas atlet gimnas negara tengah syok dengan kau."
"Hish, merepek la Kak Zana ni. Mana ada apa-apa pun."
"Ye lah tu. Kau ni sama je perangai macam Kecik. Segan-segan bila suka kat perempuan. Kalau terus terang kan senang."

Azam dah malas nak layan gosip.

"Kak Zana, nak order?" tanya Azam.
"Ha, nak order apa?"
"Nasi goreng kampung..."
"Kau ni asyik makan nasi goreng kampung je, tak jemu ke?"
"Dah itu je yang saya mampu, kak."
"Camni. Akak belanja kau nasi putih dengan lauk sedap sikit. Butter chicken salted egg. Ni akak baru nak try resipi ni."
"Haaa, okaylah. Boleh la kak."
"Aku bungkuskan untuk mak kau dengan Leha. Mak kau sihat?"
"Macam tu lah, Kak Zana."
"Kalau kau ada masalah duit, cakap dengan bro Lias. Kalau tak, cakap je dengan akak. Akak boleh tolong tanya Abang Kecik suruh tolong kau."
"Eh, tak apalah, Kak Zana. Susah-susah je. Selagi saya ada tulang empat kerat ni, saya usahalah."
"Aku cakap kalau. Kita ni mana nak tau bila kita ada kudrat ni. Takdir Allah susun, kita mana nak tahu kan?"
"Air saya nak air suam."
"Eh kau ni, dah makan sedap, order la air sedap sikit. Air tembikai, nak?"
"Eh, takpe Kak Zana. Saya bawak duit cukup-cukup je ni."
"Aku cakap aku belanja, aku belanja la."

Tanpa Azam sedar, sebenarnya Jugra dah pesan pada Kak Zana, berapa je yang Azam order makan untuk family dia, Jugra tolong bayarkan. Mungkin ini cara terbaik Jugra untuk membantu Azam.

--

Jugra datang melawat Adilah, tetapi kali ini dia datang seorang diri tanpa Mili.

"Mili mana?" tanya Adilah.
"Saya datang sorang."

Adilah rasa pelik, tapi disebabkan Jugra ni bakal menantunya, dia layan juga kunjungan Jugra.

Jugra salam, cium tangan Adilah.

"Boleh tak, saya tanya pada mama beberapa benda?"
"Apa dia?"
"Tapi Jugra tanya ni, bukanlah nak melukakan hati mama, tapi nak faham cerita."

Adilah mengangguk.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now