2021 part 11

147 9 0
                                    

Pilihanraya Gabenor Sepetang tetap berjalan lancar seperti dijadualkan, walaupun peratusan yang turun mengundi sangat rendah.

Sehingga tengah hari hanya 38% sahaja yang turun mengundi, kerana bimbang wabak COVID-19 yang sedang mengganas di negeri ini.

Menjelang petang, barulah pengundi turun dan hanya mencapai 55%, peratusan terendah dalam sejarah pilihanraya Gelanggayu.

Selepas proses pengiraan undi berjalan di malam itu, ternyata Wan Faris, yang dibantu oleh Unit Siber Sayap Hitam yang dipimpin Alif dalam kempen, telah berjaya menewaskan Azizi Maliki dalam pilihanraya itu.

Parti Demokrat telah kalah. Hutang parti semakin meningkat. Semakin ramai yang bertindak mahu keluar parti jika pemilihan tidak diadakan.

Disebabkan kekalahan ini, Rahman bertindak dengan mengumumkan PKP seluruh negara sekali lagi, dengan alasan kes COVID-19 di Gelanggayu sudahpun mencapai satu juta kes.

Dan Rahman bercakap dengan Presiden Republik, Jeneral Firdaus, di video conference tentang permintaannya untuk isytiharkan darurat.

Di depan Jeneral Firdaus, Azlan berdiri di tepi laptop. Jeneral Firdaus pandang Azlan, dan Azlan mengangguk bersetuju. Azlan sudah jangka, ini move yang bakal dilakukan oleh Rahman.

Dengan pengisytiharan darurat ini, sebenarnya mengurangkan kuasa Perdana Menteri dan menteri kabinet, kerana semua perkara haruslah dirujuk kepada Presiden. Dan sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Azlan yang akan menentukan keputusan Presiden.

Dalam masa sama, vaksin yang dibuat di Teknojaya, sudah tiba di Bandar Tun Zairi Abu Bakar. Dan Azlan, sebagai Tuan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, adalah orang pertama yang menerima vaksin dari Pfizer, diikuti oleh Presiden Jeneral Firdaus.

--

"Fidot, kau lapar tak?"
"Lapar, Tuan Pengerusi."
"Celaka betul vaksin ni. Dia buat aku teringin lain macam nak makan nasi goreng kambing."
"Saya pulak macam nak makan steak Menate."
"Mi goreng mamak pun padu gak ni, Fidot."
"Nasi kandar Pulau Kelapa."
"Aku rasa bukan Illuminati yang buat vaksin ni. Aku rasa syarikat pemilik restoran yang sebenarnya buat vaksin ni."

Nampak Jeneral Firdaus dah bukak app Tapau.

"Aik, order makanan tak cakap?"
"Hehe, Tuan Pengerusi nak makan apa?"
"Kau order apa?"
"Nasi Kandar Mamu Deen."
"Mamu Deen ni aku nak ayam bawang dia, lepas tu kasi kuah daging hitam dia tu lebih sikit. Sambal kelapa dia jangan lupa."
"Sayur kobis nak ke?"
"Kobis tak nak. Taugeh aku nak."
"Air?"
"Kasi teh ais kasi buih lebih. Ehh, kau jangan lupa papadom pulak."
"Mantap, Tuan Pengerusi!"

--

Dua-dua kekenyangan dan baring menyandar. Nasib baik ada dua sofa. Azlan tidur di sofa pejabatnya, Jeneral Firdaus tidur di sofa tetamu.

"Weiiii Fidot..."
"Yaaaaa...."
"Kau perlahankan air cond tuuuu...sejuk bodoooohhh!"
"Sejuk Tuan Pengerusiiii..."
"Lain macam sejuk badan aku ni. Second vaccine aku harap aku dah boleh balik rumah dah."

Jeneral Firdaus berdengkur.

"Kambing punya Fidot. Aku borak dengan dia, dia belasah tidur pulak."

Doktor peribadi aku, Dr Shazana, datang ke bilik aku.

"Tuan Pengerusi, macam mana?"
"Sejukkkk...ambikkan selimut."
"Baik, Tuan Pengerusi."
"Tu, bagi selimut kat Jeneral Firdaus sekali."
"Baik, Tuan Pengerusi."

--

"Daddy kau dah ambik vaksin dah," kata Merlina kepada Jugra.
"Mana aci!"
"Dah dia Tuan Pengerusi, memang la dia dapat dulu. Besok dah settle COVID kat sini, kita pulak yang akan dapat vaksin. Lepas tu barulah orang ramai."

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now