2024 part 1

165 8 0
                                    

Azlan

Papan tanda "Allah Peliharakan Tuan Pengerusi Agung" dengan muka aku sebesar-besar alam terpacak di hadapan simpang nak masuk ke Tun Iskandar Exchange, berhampiran dengan projek Perpustakaan Negara yang bakal dibina di sini.

Segan betul aku tengok billboard besar muka aku jadi tempat bertenggek burung gagak. Aku tak berapa minat imej aku dipamerkan macam diktator Goryeo Utara ni, tapi menurut Merlina, benda ni penting untuk propaganda.

Depan ni juga bakal ada stesen transit aliran massa (TAM) untuk laluan Kota Warisan yang akan bersambung dengan Kompleks Pengangkutan Awam Tun Ali di Wijayapura. Maknanya akan datang, orang ramai kalau nak ke sini, boleh naik TAM.

Nampaknya monumen peringatan Perang Saudara Gelanggayu pun dah nak siap. Aku tak buat patung dan tugu sebab aku tak nak khurafat. Sebaliknya monumen ni terdiri daripada arca berbentuk tangan yang menggenggam tangan yang lagi satu, seperti salam dari seorang sahabat dan brotherhood, dan tiga bendera iaitu bendera keluarga al-Daulah, bendera keluarga Cendana di kiri dan kanan, dan mengapit bendera Kedatuan Gelanggayu Darul Mukminin di tengah.

Hari ini adalah hari perasmian bangunan Institut Pemikiran Pengerusi Azlan, yang terletak berhadapan dengan bangunan International Zakat Baitulmal (IZB) di Pusat Kewangan Islam Mandala Wijaya yang bakal siap nanti.

Aku menanam pokok cendana, atau nama saintifiknya Santalum album, di hadapan bangunan ini sebagai tanda perasmian.

Sebenarnya aku lagi suka main peranan 'ceremonial role' ni. Kerja tanam pokok, potong riben, jumpa anak yatim. Kerja-kerja yang tak kontroversi. Yang tak perlu memeningkan kepala aku.

"Ampun tuanku, patik mohon Tuan Pengerusi Agung untuk sudi mencemar duli untuk potong riben untuk rasmikan bangunan ini," kata Encik Yaakob selaku Ketua Pengarah Institut Pemikiran Pengerusi Azlan ni.

Kalau di Amerika, setiap bekas presiden ada presidential library, kecuali Donald Trump, aku tak tahu lah dia nak buat atau tak.

Ni kira aku punya la. Dekat sini semua bahan-bahan kempen pilihanraya aku sejak tahun 2000, teks ucapan aku, fail-fail (yang dah declare declassified), baju yang aku pakai masa aku kena tembak masa demonstrasi harga minyak naik tahun 2007, semua dipamerkan di sini.

Dan siapa lagi yang aku lantik sebagai curator, kalau bukan Rachel?

Masa aku beritahu dia yang dia akan jadi curator Institut Pemikiran Pengerusi Azlan, dia bukan main seronok lagi. Tapi kerja curator ni bukanlah busy sangat pun, sebab kerjanya arahkan orang agar menjaga artifak dengan elok je.

Semua barangan peribadi aku akan disimpan dalam bangunan ini. Kira macam muzium peribadi aku lah.

Di sebelah bangunan ini, ada pejabat Yayasan Tengku Aminah, untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan wanita terutamanya ibu tunggal, dan Yayasan Tengku Ariffin, untuk mereka yang bergiat dalam aktiviti seni.

Gambar-gambar serta beberapa barangan peribadi Mina aku ada letakkan di situ sebagai kenangan.

Yayasan Azlan dan Merlina (macam Bill and Melinda Gates Foundation) pula adalah yayasan yang dibuat untuk memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Macam kalau ada orang nak buat pembedahan tapi tak ada duit, boleh je minta bantuan di sini.

Yang ni pet project Merlina. Sebab walaupun dia dah kaya sejak umur 9 tahun, dia sangat prihatin nak bantu orang miskin untuk keluar dari kefakiran.

Rachel bukan main seronok sekali bila nampak aku senyum nampak hasil kerjanya menjadi curator bangunan ni. Pada asalnya dia minat sukan gimnastik, kemudian dia suka memasak, tapi aku rasa minatnya yang sebenar ialah menjadi curator.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now