2021 part 9

126 9 0
                                    

Jugra menyepak bontot Alif berkali-kali tanda bengang.

"Kau tau tak kau ni sial? Kalau kau kena COVID sebab kau tolong orang miskin, angkat beras dengan askar, takpe la! Ni kena COVID masa kau tengah menyundal! Pantat!"

Alif walaupun demam, dia gelak-gelak sahaja.

"Dengan adik aku sekali kena COVID ni, kau ni memang lahanat, kau tau tak!"
"Mana la aku tau Iman pun kena COVID! Wei Jugra, jangan la panggil aku lahanat. Kau tu ada darah keturunan al-Daulah, ada keturunan Raja Gautama."
"Dia dah kuarantin ke belum?"
"Dia ada kat rumah aku."
"Kau ni memang pantaaaaaatttt!"

Hashtag #KlusterJalanCendana mula viral. Walaupun orang paling utama dalam kawasan tersebut, namun Azlan negatif, namun dalam keadaan berjaga-jaga dan tak boleh bergerak banyak.

--

"Alif, macam mana awak boleh kena COVID ni! Sampai kami semua pun kena ni!" Mili mencekak pinggang.
"Dia pergi lepak kat Godiva Matahari Petrogayu," jawab Jugra.
"Sekarang kat situ dah ada kes ke?"
"Haah. Semua sebab si bodoh ni!" Jugra baling topinya ke arah Alif.
"Rilek la, kau kira power la kena COVID dua kali," kata Alif.

Julia cekak pinggang depan Alif.

"Abang Alif nak kena COVID, kena la sowang-sowang! Dah tak pasal-pasal kena COVID berjemaah pulak!"

--

Kes COVID-19 di seluruh Gelanggayu kini sudah mencapai 798,459.

Sepetang: 481,054
Wijayapura: 120,574
Melaut: 63,776
Air Putih: 60,118
Teknojaya: 23,087
Kenidiri: 18,755
Kota Warisan: 9,811
Ketil: 6,683
Lingga: 4,114
Geri: 3,882
Wilayah Lamas: 3,343
Seri Kencanapura: 3,253
Bandar Tun Zairi Abu Bakar: 9

Azlan tahu ini semua salah dia. Dia yang setuju dengan move yang dicadangkan Mili ni. Tapi nak tak nak dia kena buat move ni, untuk total superiority.

Cuma dia berharap keluarganya dalam keadaan yang selamat. Dengan dia seorang yang negatif dalam keluarga ini, ini membuatkan dia lebih tertekan.

Azlan mengambil keputusan untuk solat taubat dua rakaat memohon keampunan serta solat hajat agar keadaan ini tidak menjadi lebih buruk.

Ramai yang mendesak agar pilihanraya gabenor Sepetang ditangguhkan kerana sudah melibatkan kluster Jalan Cendana. Tetapi Rahman dan Azizan tidak peduli. Bahkan Azizan langsung tak peduli yang anaknya pun terkena COVID. Janji menang pilihanraya di Sepetang untuk meneruskan survival politik keluarga.

Selepas solat taubat dan solat hajat, dia siarkan video live dia dengan Merlina dan Julia, bersama Jugra untuk meraih simpati rakyat, sambil menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin yang serius menangani isu COVID-19 ini.

Imej Azlan dengan baju kemeja lengan sudah terlipat-lipat, mata rabak seperti tidak cukup tidur, serta lambaian tangan keluarga Azlan yang sedang menjalani kuarantin berasingan, meruntun hati orang ramai.

Merlina bagi ayat sedih yang buat orang ramai jadi sebak dan mengharukan, sampai viral di seluruh media sosial.

"Alan, apa-apa jadi pada kitorang, just nak tahu, I love you 3000!"
"We love you thwee thousand, daddy!" kata Julia.

Mata Azlan berair bila dengar Julia kata begitu.

Lalu di media sosial, sesi bashing Rahman bermula. Azlan memang pakar bermain sentimen dalam media ni.

Hashtag #RahmanGilaKuasa mula trending. Kecaman demi kecaman dilontarkan di media sosial. Dengan menggunakan page-page FB, TikTok, Instagram, dan group Whatsapp, semua secara halus dan terancang dirancang oleh Alif dan Sayap Hitam.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now