2023 part 5

139 8 0
                                    

"Mili! Mana kau, Mili!" jerit Alif sambil berjalan hentak kaki, mengamuk dalam 2 Jalan Cendana. Siap hempas barang, mengamuk terpekik terlolong. Julia yang sedang fokus untuk ulangkaji untuk exam kelayakan ke GATE KMW, jadi tak senang duduk.

"Abang Alif, cuba jangan bising. Julia tengah nak study la."
"Eh budak, kau diam! Aku tengah cari Mili ni!"
"Apa? Suwuh Julia diam kat wumah Julia sendiwi?"
"Mili! Mana kau, bangsat!"

Julia terus berjalan menuju ke arah Merlina, dan mengadu kepada ibunya apa yang berlaku.

"Mommy, abang Alif maki Julia. Owang suwuh dia jangan jewit-jewit, dia cakap kat Julia, 'eh budak, kau diam'. Ha macam tu dia kata kat Julia. Ni wumah Julia, mana boleh owang luar suka-suka suwuh Julia diam. Dia bising takpe pulak."

Merlina dengar kata-kata Julia, dan telinga dia berdesing.

"Kurang ajar punya jembalang tanah mata satu. Budak ni memang tak makan saman. Berani kau sound anak aku kat dalam rumah dia sendiri," kata Merlina sambil belai-belai rambut anaknya.

"Mili! Mana kau! Mana kau, bangsat!" jerit Alif.
"Woi jin tanah, yang kau jerit satu rumah macam takde pedoman ni dah kenapa? Kau dah buang tebiat?" Merlina cekak pinggang.

"Saya tak puas hati dengan apa yang Mili buat pada saya!"
"Ini rumah Tuan Pengerusi Agung, bukan zoo. Kau jaga sikit adab kau tu."

Alif terus terdiam. Merlina ni sifu besar dia dalam saham, dan isteri kepada Tuan Pengerusi Agung. Tapi disebabkan dia sedang naik marah, nafasnya turun naik.

"Kenapa kau sound anak aku?" tanya Merlina. Julia berdiri di sebelah ibunya, cekak pinggang.

Alif baru sedar yang dia dalam big trouble. Dia marah dengan Mili, tapi dia pergi cari gaduh dengan anak kepada Puan Permaisuri Pengerusi. Hari tu dia hampir dah kena panah petir.

"Aku tanya kau, kenapa kau maki Julia? Kau nak mampos?"
"S...so..sorry, Aunty Mer."
"Kau jangan nak kurang ajar kat sini. Kau jangan nak maki anak aku, jangan nak menjerit macam orang gila kat sini. Kau faham tak?"
"Faham, Aunty Mer."
"Berapa hari kau tak jenguk pejabat kau? Berapa hari kau tak datang meeting?"
"Saya sibuk projek kat Sepetang tu."
"Kepala hotak kau. Kau tau tak, projek aku berlambak macam mana? Merata dunia. Tapi time patut aku ada kat meeting, time patut aku ada dalam tugas, aku ada je. Kau buat apa kat Sepetang tu sampai busy sangat?" tanya Merlina.

Merlina terus teks kepada wakilnya yang sedang berdagang di bursa saham, suruh jual semua sahamnya dalam saham-saham syarikat Alif, termasuk Tapau.

"Kurang ajar lagi dengan anak aku. Dah Julia, pergi sambung study."

Telefon Alif berbunyi dan dapat mesej dari ramai orang yang menunjukkan saham-saham syarikatnya mula menjunam harganya.

Alif tengok syer stok-stoknya semua jatuh menjunam. Bursa saham Wijayapura mengalami kejatuhan saham yang serius hanya dengan satu arahan dari Merlina.

"Aunty, Alif minta maaf. Janganlah jual semua syer tu. Semua jatuh ni."
"Go away."
"Aunty, Alif minta maaf. Julia, Julia, cakap la dengan Aunty, Abang Alif minta maaf."

Julia hanya angkat laptopnya dan masuk ke dalam bilik.

"Aunty, jangan buat macam ni pada Alif. Alif janji Alif tak ulang lagi. Aunty, dengar la Alif cakap ni. Aunty, dengar lah!"

Alif menjerit ke arah Merlina, dan Merlina aktifkan serangan peringkat kedua terhadap semua saham-saham milik Alif.

"Kau jangan nak tinggikan suara kau kat aku ya? Tolong sikit. Tuan Pengerusi Agung pun tak tinggikan suara kat aku. Kau siapa nak tinggikan suara pada aku?"

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now