2021 part 3

132 6 0
                                    

Azlan hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Belia yang diadakan di pejabatnya di 2 Jalan Cendana.

Turut serta ialah Mili, Alif, Jessica dan Art Ardan, beberapa tokoh belia serta beberapa pegawai-pegawai dari Wisma Putra yang berhubung menggunakan video conference.

Azlan mahu pandangan orang belia tentang bagaimana untuk mencipta kuasa lunak (soft power) Gelanggayu sejajar dengan polisi yang diadakan oleh Goryeo Selatan menerusi Hallyunya.

"Kita tak boleh guna acuan G-pop sebagai acuan. Kita boleh jadikan G-pop sebagai inspirasi, tapi kita mesti kena ada identiti kita sendiri," kata Azlan kepada mereka yang ada dalam video conference tu.

"Apa pandangan Pengerusi terhadap Suvarnabhumi, misalnya, yang mengetengahkan masakan mereka ke merata dunia," kata Muaz, pegawai PTD Wisma Putra.

"Suvarnabhumi sangat bagus mengetengahkan kedudukannya sebagai pusat pelancongan dan makanan mereka. Kita kalau nak ketengahkan makanan kita, nanti ramai orang Majapahit marah, dibilangin kita ni maling."

Ketawa semua orang bila Azlan kata macam tu. Dah kenal sangat perangai orang mereka terutamanya di media sosial.

"Kalau nak cerita tentang kartun, Upin Ipin dan Boboboy dah sampai ke Peru, Tuan Pengerusi," kata Nazmi, seorang pemimpin belia.
"Bagus, keep on that. Animasi kita masih kedepan dalam rantau ini. Tapi kita kena ada sesuatu yang boleh jadi pop and trending. Sesuatu yang, bila orang sebut je, terus orang kata, ini Gelanggayu."
"Mili ada kawan dalam Tik Tok, dia pandai bahasa Arab. Kalau kita cipta lagu dalam bahasa Arab campur Melayu, boleh tarik orang Arab untuk minat dengan budaya Gelanggayu," kata Mili.
"Kuasa lunak, atau soft power ni, saya serahkan kepada kamu semua, orang muda untuk buat. Kalau orang tua buat, tak jadi. Jessie, ada benda nak tambah?"
"Jessie ada dua perkara nak cakap. Yang pertama, kawan Mili yang pandai cakap Arab tu, nama dia Nuha kan? Nanti suruh dia datang ke office aunty, or kita Zoom ke, tengok la lockdown macam mana. Yang kedua, abang Art ada cakap pada saya yang kita dah lama tak ada cerita pendekar. Kali terakhir masa zaman 90an dulu," kata Jessie.
"Jadi, nak buat cerita pendekar? Tu macam mana nak soft power?" tanya Azlan.
"Boleh tarik orang Kundur-Sumatra, Temasik yang Melayu, Majapahit pun ada orang Melayu, lepas tu selatan Pattani, Arroyo selatan di Pulau Mindanao pun ada Melayu," kata Art Ardan.
"Lagipun Goryeo pun boleh buat cerita sejarah. Macam Empress Ki..." kata Jessie.

Azlan ketawa.

"Empress Ki dah lama la, Jessie. Bagi la contoh yang update sikit. Kingdom ke, Mr Queen ke..." kata Azlan.

"Saya ingat macam nak remake balik Keris Putih Bersepuh Emas tu," kata Art Ardan.
"Jujurnya, aku tak berapa gemar remake ni. Contohnya, berapa banyak cerita remake yang dulu popular sekarang flop. Jangan bersandarkan kepada nostalgia sangat, Art. Tapi ni pandai koranglah, aku tak nak la campur tangan sebab idea ni idea orang muda juga."
"Apa kata kita buat cerita tentang Sang Juragan? Yang mengetuai askar Gelanggayu lawan tentera Mongol dulu," kata Mili.

"Fuuuhh, cerita perang Mongol ni kos tinggi ni."
"La, kata nak soft power. Kena la belanja lebih sikit. Kita pakai je studio yang canggih kat Teknojaya tu," kata Azlan.
"Kena siap vaksin dulu la, baru boleh shoot," kata Art.
"Ataupun buat je pejuang kemerdekaan zaman dulu macam Tok Kilau atau Datuk Padukalela tu. Boleh je shoot dekat kawasan kampung," kata Jessica.
"Korang buatlah apa yang korang buat, yang aku nak, aku nak result. Okay, kalau tak ada apa lagi, kita bersurai," kata Azlan.
"Baik, Tuan Pengerusi."

--

Ketika kereta Jessica keluar dari pintu pagar di 1 Jalan Cendana, Jessica nampak Tun Natasha dengan Cindy Wong, sedang dalam security clearance oleh pihak keselamatan.

"Huish, apahal pulak Cindy Wong datang Jalan Cendana pulak ni?" tanya Art Ardan.
"Eh, entahlah. I rasa macam urusan penting je. Kak Nat pun ada."
"Selamba je panggil dia kak. Dia dah Tun kot?"
"Dari I kecik sampai la sekarang I memang panggil dia Kak Nat. Dari zaman dia bercinta dengan Abang Alan, sampai dia dah sekarang, I panggil dia Kak Nat."
"Eh, you rasa kalau I direct cerita Alan dengan Nat masa muda-muda, macam gaya Habibie dan Ainon tu, okay tak?" Art Ardan tanya Jessica.
"Boleh tapi jangan ketara sangat la, nanti Kak Mer terasa karang," kata Jessica.
"Kak Mer tu bukan jenis orang cepat terasa la," kata Art Ardan.
"Mana you tau?"
"I kerja dengan dia sejak 1998."
"Kalau Kak Mer takpe lagi, jangan Abang Alan."
"Bro Alan? Dia chill je I tengok."
"Oi, you'll never know apa Abang Alan capable of, Art. You kalau double-cross dia, lari tak cukup tanah you nanti. You tengok apa dia buat pada Adilah. I dengar sampai dia terpaksa makan tikus untuk survive."
"Serius?"

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now