2021 part 8

137 8 1
                                    

Hari penamaan calon Parti Demokrat, Perdana Menteri, Rahman Azmi turun padang untuk meneruskan kempen di Sepetang.

Selain itu, inilah masanya Rahman untuk berkempen pilihanraya selepas adiknya, Azizan yang merupakan Gabenor Bank Negara meluluskan perbelanjaan untuk memberi rakyat RG1,500 dalam pakej rangsangan.

Tetapi apa yang Rahman dan Azizan tidak tahu, ada beberapa 'tangan-tangan ghaib' menghalang daripada wang-wang baru itu untuk dicetak.

Orang dalam Bank Negara terutamanya orang-orang yang dilantik oleh sejak zaman Gabenor Faridah telah diberi arahan oleh Fazrul supaya tidak melaksanakan arahan Azizan.

Ini untuk memastikan Rahman tidak menggunakan wang ini untuk memancing undi dalam pilihanraya nanti.

Walaupun Rahman sudah umumkan di televisyen dan di media-media lain, namun dengan unsur sabotaj ini, janji RG 1,500 itu akan dihalang.

Selain itu, Azlan juga melihat pengeluaran wang EPF akan merugikan tabung hari tua ramai orang pada masa hadapan.

Sebaliknya dengan dana Baitulmal yang banyak dari zakat harta keluarga al-Daulah selama ini, Azlan menggunakan wang tersebut untuk mengagihkan wang tersebut kepada orang-orang yang memerlukan.

Baitulmal Gelanggayu ni ikutkan dia beroperasi berasingan dari kerajaan. Baitulmal Gelanggayu beroperasi sebagai syarikat swasta, tapi tidak mengamalkan riba.

Bagaimana yang bukan Islam? Yang ini barulah gunakan wang dari GST yang tidak pernah dimansuhkan sejak 2015 dahulu. Maka langkah Azizan untuk mencetak wang Ringgit Gelanggayu dengan hutang dihalang sama sekali orang Fazrul dan orang-orangnya.

Calon Parti Demokrat, Azizi Maliki membelanjakan banyak wang untuk memastikan dia menang dalam pilihan raya ini, kerana Parti Demokrat yang dipimpin Rahman sudah tiada wang.

Sudahlah tiada wang, berhutang pula dengan Azlan sejak 2012 dulu. Bertambah pula dengan hutang masa mereka banyak kalah tempat masa pilihan raya 2014 dulu.

Ketua Wanita Parti Demokrat, Dalilah Harun, yang ada banyak duit hasil perniagaan francais ayam goreng ayahnya yang kini popular di Nigeria, menggunakan wang tersebut kepada ketua-ketua bahagian dan cawangan di Sepetang untuk memboikot pilihan raya.

Selain itu, melalui pengiklanan melalui Facebook Ads, Alif membantu kempen pakciknya dari parti negeri Semangat Sepetang, dengan menyebarkan iklan-iklan bersasar di sekitar negeri Sepetang tentang isu-isu negeri yang diperjuangkan Wan Faris, dan memberitahu orang ramai tentang COVID-19 varian Delta sudah mula tersebar teruk di Sepetang.

Setiap hari angka di televisyen menunjukkan kes COVID-19 di Sepetang meningkat dengan mendadak, dan kini sudah menjadi yang tertinggi di seluruh negara dengan lebih 400,000 kes.

Sebagai perbandingan, Wijayapura yang mempunyai penduduk seramai 10 juta masih lagi dalam 80,000 kes.

Dengan menggunakan ketakutan terhadap COVID-19, sabotaj dalaman Bank Negara, sabotaj dalaman parti oleh Dalilah serta laporan media terhadap kegagalan One Gelanggayu, maka kempen Parti Demokrat dalam pilihanraya ini mula dilihat sebagai gagal.

Jentera kempen Rahman seperti tidak berjalan. Parti Demokrat seperti berbelah dua. Ini diburukkan lagi dengan arahan POS dari Ketua Pengarah KKG, Datuk Hashim Abdullah supaya tidak diadakan pondok panas semasa pilihanraya.

--

Di pejabatnya di 4 Jalan Cendana, Alif posing dengan gaya baju macam Kingsmen walaupun ada penutup mata sebelah macam ahli Kongres Amerika, Dan Crenshaw. Atau Tom Cruise dalam filem Valkryie.

Jugra senyum bangga bila nampak Alif begitu yakin dengan dirinya apabila mengambil gambar untuk majalah Forbes Asia. Baru-baru ini Alif diisytiharkan sebagai jutawan unicorn oleh beberapa majalah perniagaan antarabangsa kerana kejayaan syarikat Tapau serta app Gelanggayu Sejahteranya.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now