2023 part 6

147 8 0
                                    

Selaku Ketua Syahbandar, Natasha memimpin Syahbandar Antarabangsa, Dalilah Harun dan Syahbandar Serantau, Shahril Shahrizal untuk ke Expo Teknologi Dubai, bersama-sama dengan Puan Permaisuri Pengerusi, Merlina.

Dalam expo ini, delegasi ini bertemu dengan ramai CEO dan penggiat aktif dalam bidang teknologi memperagakan teknologi terkini.

Merlina membawa delegasi untuk bertemu dengan Alex Tal, yang menjual syarikat yang dibina bersama Eli Frucster iaitu syarikat EZChip, dari Israel. Pada tahun 2016, EZChip dijual ke sebuah lagi syarikat semikonduktor Israel, Mellanox Technology, yang kemudiannya dibeli oleh Nvidia, syarikat Amerika Syarikat yang berpusat di Silicon Valley.

Merlina ada memiliki 7.25% saham dalam Nvidia, maka sebab tu dia kenal dengan Alex Tal dan Eli Frucster.

Natasha jadi terkejut, sebab dulu dia masih ingat lagi yang Adilah ni bawa kepadanya syarikat dari Israel ini. Tapi dia begitu takut nak terima pelaburan itu sebab dia takut political backlash, dan terutamanya Azlan akan menyerangnya dengan bermain isu dia bersekongkol dengan syarikat Israel.

Tapi Merlina ni bukan sahaja bersekongkol, tapi beli syarikat Israel. Lagi gila perangai Merlina ni.

Natasha tarik Merlina ke tepi.

"Mer, did you know that the company that he led is from Israel?"
"I know. Azlan pun pernah jumpa dia. Eh, kau tak tau ke yang Azlan rapat dengan Bibi?"
"What? Tak takut rakyat kecam ke, kerjasama dengan syarikat Israel?"

Merlina gelak orang kaya.

"Nat, Nat. Betul la cakap Alan, kau ni memang jenis square! Skema!"
"What do you mean?"
"Aku faham, masa kau jadi PM dulu, Eli ada cakap yang dia cuba jugak deal dengan kau. Adilah yang bawak kau kan?"
"Yes, Adilah yang bawak I jumpa Eli, partner dia lagi sorang tu."
"Tau tak kenapa kau tak berjaya bawak, tapi Azlan secara kau tak sedar, dia dah bawak ke Gelanggayu dan semua orang tak sedar pun."

Terbeliak mata Natasha bila dia dengar Azlan 'dah bawak syarikat Israel ke Gelanggayu'.

"What?" Natasha macam tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Macam ni. Beza zaman kau dengan zaman dia, zaman kau demokrasi luas sangat. Zaman Azlan, demokrasi dah semakin nak hilang."

Natasha pandang pelik.

"Masalah dengan sistem demokrasi ni ialah ia adalah sistem dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat. Tapi kalau rakyat ni jenis semua benda nak melenting, kau rasa Azlan boleh buat ke?" tanya Merlina.
"So, what you're saying, democracy is bad?"
"Kau tak tau ke yang Alan tu pemegang falsafah Socrates?"
"Yang dia rasa demokrasi ni tak sesuai dengan masyarakat kita, or demokrasi ni terlalu banyak karenah, demokrasi punca banyak rasuah. I memang tak setuju dengan apa yang dia cakap tu. Dia ingat dia tu The Philosopher King macam dimaksudkan Socrates tu ke?"
"And yet, kami semua memang ikut falsafah dia, asalkan tak bercanggah dengan Islam."

Natasha terdiam. Dan dia teringat perbualannya dengan Azlan di depan rumahnya ketika dia mula-mula bercinta dengan Azlan pada tahun 1986.

"Well, yeah. He's kind a philosopher, I guess. Dulu masa jadi girlfriend dia, suka cakap benda deep je."

"Jadi, dia bawak mikrocip dari Israel, lepas tu repackage jadi produk syarikat Gelanggayu. Lepas tu dia eksport kat negara-negara Islam termasuklah Palestin. Orang Palestin pun cakap, 'kita kena beli mikrocip dari Gelanggayu, sapot Islam'. Padahal Gelanggayu sendiri import mikrocip dari Israel, tukar jenama, lepas tu jual."
"Tak rasa bersalah ke?"
"Nat, it's business. Nothing personal." Merlina tepuk bahu Natasha.

--

Azlan bawa Julia dan kawan-kawannya makan di Cleo and Pierre di Paragon Mall.

"Daddy! Julia! Korang nak makan apa?" Rachel mengambil pesanan.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now