2020 part 12

129 6 0
                                    

Merlina ketuk pintu bilik bacaan Azlan, dan dia nampak Azlan sedang menadah tangan dan berdoa di atas sejadah.

Selepas Azlan selesai berdoa, Merlina menegur suaminya itu.

"Lan, kau marah lagi dengan kakak aku ke?" tanya Merlina.
"Aku tak tahu. Sebab tu aku solat istikharah ni."
"Boleh aku cakap kejap dengan kau pasal ni?"

Azlan mengangguk.

"Lan, keadaan masa tu memang kelam kabut. Walaupun masa tu kau berkuasa stabil di atas, keadaan di bawah tak sama. Fazrul cakap pada Marina dan Jeneral Firdaus, yang Amir dah hasut ramai orang dalam Ayam Hitam untuk lawan kau."

"Tapi kenapa dia kenalkan agen Mossad tu pada Adilah?"
"Lan, kau pun tahu kan macam mana Mossad ni beroperasi. Mana la kakak aku tahu yang dia nak berkomplot dengan Adilah untuk bunuh Ali? Kakak aku cuma perkenalkan je, bukannya ada apa-apa rancangan."
"Macam mana kakak kau ada connection dengan Mossad?"
"Lan, kau fikir Melayu pakai tudung macam aku ni boleh ke jadi billionaire dan ada hedge fund company kalau keluarga aku takde link dengan rejim Tel Aviv?"

Azlan terus pandang isterinya.

"Lan, kau fikir Mer Phone tu dapat mikrocip gempak tu, datang dari mana? Sebagai seorang penguasa, kau kena berfikiran strategik, bukan mengikut emosi. Tanpa move kakak aku ni, aku rasa Ayam Hitam dah berpecah dua, lepas tu berpecah berapa lagi entah, dan bergaduh sesama sendiri. Kau nak jadi macam tu?" tanya Merlina.

"Aku rasa ralat sebab Ali mati dalam dakapan aku."
"Betul, Ali dah banyak bantu kita dalam hal ni. Tapi begitu jugak Marina. Berapa ramai musuh kau yang dia dah pancung demi kau naik ke atas?"
"Tapi Ali tu abang aku."
"Dan Marina tu kakak ipar kau, Lan. Kakak aku. Lagipun betul la cakap ibu, kalau kau boleh maafkan Adilah yang memang terang-terang terlibat bunuh Ali, kenapa kau nak marah kakak aku?"

Azlan mengurut-urut kepalanya.

"Kakak aku offer nak letak jawatan, tapi aku tak nak. Dia penting dalam organisasi ni. Lepas tu, dia tawarkan diri untuk lancarkan satu benda untuk buat hati kau puas."
"Apa dia?"

Merlina bangun, kemudian berjalan ke arah mejanya, dan hulurkan fail kepada Azlan. Di fail tersebut tertulis 'Operasi Koyak'.

"Operasi Koyak? Operasi apa ni?"
"Kau baca dulu. Nanti kau arahkan Marina dan Mili coordinate dalam hal ni."

Azlan belek-belek, dan kemudian mengangguk.

"Proceed."

--

Merlina panggil Marina, Mili dan Alif untuk berbincang tentang Operasi Koyak.

"Kejap lagi Tuan Pengerusi nak jumpa dan nak bercakap dengan korang semua. Ni adalah rahsia dan Tuan Pengerusi tak nak maklumat dalam ni bocor."

"Faham."

"Tuan Pengerusi tengah ada taklimat dengan Dr Hashim di Wisma Hulubalang, nanti dia sampai, kita adakan meeting."

Marina duduk sebelah Mili, menjeling.

"Ada apa, Aunty Mar?"
"Aku tau yang kau petik nama aku pasal semua ni."
"Mili cuma nak selamatkan mama."
"Selamatkan mak kau sampai nak perkena orang lain? Kau sedar tak, kalau aku nak kenakan mak kau, dah lama aku kenakan mak kau. Tak pasal-pasal, aku bertekak dengan Tuan Pengerusi pasal ni."
"Buang masa je la kau nak selamatkan perempuan jahat tu, Mili. Ni semua memang salah dia, biar dia yang tanggung semua ni," Alif menyampuk.
"Alif! Hormat sikit pada mama! Dia yang lahirkan Alif!"
"Aku peduli apa kalau aku lahir dari perut dia pun. Dia memang jahat! Sebab dialah, mata aku ni buta sebelah!"
"Alif!" Mili terus bagi pelempang kepada Alif.
"Kau apa masalah kau, sial!" jerit Alif.
"Masalahnya awak tu suka sangat hina mama!"
"Habis tu dulu dia hina aku sampai aku tak boleh bergambar dalam gambar keluarga kat istana Presiden dulu takpe pulak!"
"Walau apa sekalipun, dia mama kita, Alif!"
"Korang semua diam, boleh tak?" kata Marina.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now