Prolog

28.4K 1K 54
                                    

SEJADAH yang terbentang itu dipandang oleh matanya yang sudah bergenang. Jelas raut wajah itu sayu dan perasaan sedih sedang menyelubungi dirinya. Cecair jernih hangat pun jatuh membasahi pipi lalu terkena pada telekung putih yang dipakai olehnya. Dia berfikir mengapa dia diuji dengan ujian yang sebesar ini. Perasaannya sudah terlarut rasa hampa terhadap diri sendiri. Kedua tangan kecil itu kemudian ditadah luas bertujuan untuk memohon doa.

"Ya Allah, jika kau buat keluargaku begini maka kau hadirkanlah aku jodoh yang taat kepada-Mu. Namun, sesungguhnya aku sudah menaruh hati pada seorang ciptaan-Mu. Jujur, kehadirannya membuatku ingin menjadi seorang wanita yang taat kepada-Mu juga. Namun hijrahku ini bukan untuk mendapatkan hatinya tetapi untuk mendapatkan cinta-Mu terlebih dahulu. Mereka berkata, jika dekati seseorang mampu mengubah diriku ke arah yang baik maka dekatilah dia. Aku mahu memantaskan diri kerana mereka juga berkata bahawa, orang yang baik hanyalah untuk orang yang baik. Jadi jika dia jodohku maka engkau dekatkanlah kami, jika bukan kau buanglah perasaanku kepadanya."

Bunyi nafasnya tersedu-sedan akibat tangisan yang tak henti-henti mengalir laju keluar daripada mata tersebut. Dia kemudian berdengkus bagi menenangkan diri sebelum menyambung doa yang ingin dipinta lagi.

"Sesungguhnya, aku penat dengan apa yang terjadi padaku dan juga keluargaku. Aku sangat-sangat penat, ya Allah. Tolong bantu aku hadirkan seseorang untuk menjadi bahu yang boleh ku sandar. Tolong hadirkan imam yang terbaik untukku dan juga mampu memberi aku peluang untuk berada dalam keluarga yang hangat dengan kasih sayang. Dalam seumur hidup ini, biarlah aku merasa sekali sahaja untuk berada dalam sebuah keluarga yang taat pada agamanya. Jika di dunia ini jodohku hanyalah ajal, maka kau teguhkanlah imanku. Kau berikanlah aku masa untuk menembus semua dosaku, ya Allah. Tolong bantu aku untuk menjadi hamba-Mu yang baik dan taat kepada-Mu," sambungnya lagi dengan bersungguh-sungguh. Lama-lama matanya semakin merah.

Wajah yang tak bermaya itu diangkat semula. Doa itu diamini olehnya. Air mata itu kemudian diseka. Rasa sakit di mata kanannya terasa, mungkin bengkak akibat dia tak henti-henti menangis di setiap hari.

Di sudut yang lain,

"Ya Allah selain doaku, kau makbulkanlah doa seluruh umat islam yang bangun untuk menunaikan solat subuh pada hari ini. Aamiin ya rabbal alamin," ucap Nadeem di dalam doanya.

Setelah itu, dia bergerak mencapai al-Quran yang berada di atas meja kerja itu lalu dibaca kerana itu merupakan rutin hariannya. Bacaan yang penuh tertib itu didengari oleh ibunya. Satu senyuman melingkar di bibir wanita tua itu. Sejuk hatinya setiap kali mendengar anak ketiganya itu membaca kitab al-Quran.

Adel mula mengikat tirai langsir bilik yang menghadap meja kerja. Tingkap itu kemudian dibuka luas. Angin pagi yang segar mula memasuki rongga hidung. Dia menghembus nafas lega. Satu regangan badan dilakukan.

Kerusi kayu itu ditarik perlahan lalu dia melabuhkan punggung seraya matanya merenung matahari yang sudah mahu terbit. Secangkir kopi yang telah diletakkan di atas meja itu dihirup olehnya. Rasa lega dilepaskan sekali lagi. Betapa segarnya diri dia pada pagi itu.

Tangan kanannya itu membuka sebuah laci kecil di meja tersebut lalu dia ambil sebuah buku diari harian miliknya. Satu pen berwarna hitam diambil lalu dengan pantas halaman kertas diselak. Kemudian, jari-jemarinya sudah pun mengenggam erat pen tersebut dan mula menulis di atas kertas putih itu.

Buat seorang jejaka yang sentiasa berada di hatiku buat beberapa tahun ini iaitu Muhammad Nadeem Amsyar.

Apa kau tahu, disaat lidahmu fasih membaca al-Quran, aku di sini masih merangkak ingin membaca iqra'. Kita memang berbeza dan jauh sekali daripada kata serupa mahupun sepadan. Keadaan keluarga juga membezakan kita berdua. Keluargamu padat dengan ilmu agama manakala keluargaku hanya meletakkan agama di atas kertas sahaja. Andai suatu hari nanti kau adalah jodoh yang ditakdirkan tuhan untukku, aku hanya berharap ingin melihat suasana keluargamu nanti kemudian sama-sama kita menunaikan solat berjemaah kerana itu akan menjadi solat berjemaah bersama keluarga buat kali pertama bagiku seumur hidup. Aku menantikan hari itu tiba...

Tidak salah untukku berharap bahawa engkau cinta terakhirku bukan?

Al-Quran itu ditutup perlahan lalu dia berkata,

"Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah kerana memberi aku kesempatan untuk menunaikan ibadahku pada hari ini." Nadeem mengusap perlahan al-Quran tersebut usai selesai membaca sepuluh halaman pada pagi itu.

Helaan berat dilepaskan oleh Adel. Buku itu ditutup lalu kepalanya diletakkan di atas meja tersebut.

"Akankah saya terlihat jahil di mata awak Nadeem? Jika suatu hari nanti perasaan cinta itu hadir di dalam hati awak, awak akan sudi ke terima segala kekurangan saya?"

"Saya akan selalu titipkan doa untuk awak kerana sesungguhnya saya mencintai awak dengan seikhlas hati," sambungnya lagi.

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now