Bab 12

7.1K 541 7
                                    

MATA kecil itu perlahan-lahan dibuka. Sinaran terik mentari memancar ke arahnya. Susuk tubuh Adellea Arelyne yang berada di sebelah kanannya dilihat.

"Awak jaga saya?"

Jujur hatinya terharu walaupun dia tahu gadis itu tidak suka akan sikapnya. Namun dia seseorang yang bertanggungjawab.

Tangan kanannya cuba menyentuh tangan kiri milik gadis itu. Setelah disentuh, Adel terkejut kecil sehingga terjaga daripada tidur. Jantungnya berdegup laju lalu dia menepis tangan lelaki tersebut daripada menyentuhnya.

"Awak dah sedar rupanya. Kejap saya panggil doktor." Adel lantas pergi.

'Allahuakbar, ya Allah maafkan Adel kerana membiarkan lelaki bukan mahram menyentuh tangan ini.'

Setelah memanggil doktor, Adel berjalan mencari udara segar di taman hospital swasta itu. Untung jadi orang kaya, sakit pun duduk tempat mewah. Satu deringan notifikasi daripada telefon pintar masuk.

Keluhan berat dilepaskan sebaik sahaja Adel melihat mesej duit yang harus dibayar dia untuk mengangkat keretanya yang hancur di bahagian depan itu ke bengkel. Belum lagi kos untuk pembaikan kereta tersebut, malangnya hidup. Duit menjual novel hanya sikit sahaja. Sudahlah dia menganggur, bagaimana dia ingin membayar kos tersebut.

Satu suara menyapa. Seorang lelaki yang mengenakan pakaian formal berdiri di hadapannya. Lelaki itu kemudian melabuhkan punggung di kerusi hadapan Adel.

Satu dokumen diletakkan di atas meja tersebut berserta dengan pen hitam.

"Perkenalkan, saya Hashim. Saya menguruskan semua masalah tuan muda, Tengku Syed Hanif. Di sini saya menyertakan sebuah dokumen untuk kerjasama antara kita untuk menyenangkan Cik Adel membayar ganti rugi akibat kemalangan tersebut."

Habis berkerut dahi Adel.

"Tapi dia yang tiba-tiba tekan brek! Itu salah dia."

"Kami mendapati Cik Adel memandu dengan had laju yang melebihi daripada ketetapan jalan raya jadi ia adalah kesalahan Cik Adel sendiri lalu pihak utama yang dilanggar menekan brek kerana lampu merah yang berubah tak akan cik tak tengok lampu merah dan memecut laju je kalau tak ada kereta di hadapan?" Jawapan yang keluar dari mulut itu membuatkan Adel bengang.

Adel menyilangkan tangannya lalu bertanya,

"Jadi apa kerjasama yang menyenangkan saya itu?"

Beberapa helaian kertas dikeluarkan dan dipaparkan kepada Adel. Adel meneliti satu per satu helaian.

"Jadi saya kena kerja dengan Syed untuk langsaikan duit ganti rugi itu?"

Tuan Hashim mengangguk laju. Adel memandangnya dengan pandangan penuh musykil. Melihat banyak keuntungan yang dia dapat seperti pekerja disediakan tempat tinggal dan kereta pinjaman membuat dirinya lebih hairan. Tak akan nak bagi banyak macam ini?

"Macam pelik je." Adel mengangkat kedua keningnya.

"Kami menyertakan gaji minima yang tinggi daripada ketetapan biasa gaji minima di Malaysia. Selain itu, syarikat kami juga mengambil berat segala hal pekerja asalkan mereka sedia berkhidmat." Setelah mendengar ujaran Tuan Hashim. Adel tanpa was-was telah menandatangani persetujuan untuk bekerja dengan Syed.

Dari jauh Nadeem memerhatikan Adel bersama lelaki tua tersebut. Tangannya dikepal kuat. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang akan terjadi di antara Adel dan Syed. Bukan dia tidak kenal bagaimana perangai Syed itu. Dari dulu lagi ada sahaja lelaki itu merencanakan hal-hal yang tidak wajar.

Bahu kiri Nadeem ditepuk perlahan. Puan Khadijah cuba melihat apa yang dilihat anaknya namun Nadeem menghalang pandangannya. Wanita tua itu membuat reaksi bingung.

"Nadeem kamu ini tengok siapa? Sudahlah, kita nak melawat orang ini," bebel Puan Khadijah sambil menarik lengan anaknya.

Gulp! Nadeem mengangguk lalu mengikuti langkahnya namun sempat kepalanya ditoleh lagi untuk curi-curi lihat.

"Sudah! Ada perempuan cantik sangat ke?"

"Hm, bolehlah cantik juga tapi umi lagi cantik!"

Tuan Hashim bangun daripada kerusi tersebut lalu berpamitan. Adel pula menoleh ke belakang. Sepertinya tadi dia terdengar satu suara yang dikenali namun tiada siapa-siapa pula. Aneh.

Adel terus berjalan pergi ke wad semula. Doktor pun sudah memeriksa keadaan Syed.

"Pastikan tak ada sesiapa yang tahu tentang itu. Kalau tak, siap kau! Faham?" Syed beri sebuah amaran melalui panggilan telefon.

Sebaik sahaja mata tajam itu melihat bayang-bayang mendekati pintu wad. Dia dengan pantas menutup panggilan tersebut.

Adel melangkah masuk sambil membawa buah epal merah. Wajah Syed dipandang sekilas lalu tangannya mencapai kerusi yang berada di sebelah katil pesakit.

"Saya curiga."

Syed mengelakkan matanya daripada bertembung dengan mata si gadis. Gulp! Air liur ditelan.

"Keluarga awak kaya tapi kenapa awak nak duduk sebelah rumah saya eh? Rumah dekat situ semua buruk-buruk dah." Adel kemudian mengupas kulit epal itu.

Syed menghela nafas lega. Ingatkan ada soalan maut tadi.

"Saya nak rasa hidup sebagai orang biasa-biasa je."

Adel menghambarkan tawa.

"Orang miskin nak hidup sebagai orang kaya, orang kaya nak hidup sebagai orang miskin pula." Kepalanya digeleng.

Bahu Syed dihinjut.

"Mungkin sebab itu tuhan ciptakan pasangan yang saling melengkapi? Jika isteri kuat marah, suami pula harus penyabar."

"Betul juga." Adel mengangguk setuju.

Setelah epal itu sudah habis dikupas, Adel memotong kecil-kecil kemudian berikan pada Syed untuk dijamah. Mata lelaki itu merenung sepasang mata coklat milik gadis itu.

"Saya boleh lengkapi kekurangan awak."

Adel membuat reaksi jijik dengan ayat yang tak seberapa manis itu.

"Awak ini kuat tengok drama eh? Naik geli saya dengar."

Syed menghela nafas berat. Susah betul mahu mengorat gadis cantik ini.

"Habis itu kalau Nadeem buat ayat macam ini awak tak geli ke?"

Dengan pantas Adel menggeleng.

"He's the only exception."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now