Bab 1

14.6K 910 14
                                    

ORANG-ORANG sedang berkerumun memasuki dewan besar itu untuk melihat pertunjukan daripada falkulti muzik dan teater. Kakinya berjengket lalu matanya melilau mencari susuk lelaki itu. Dia pun akhirnya keluar daripada tempat bising itu. Seluruh tempat di kampus terlihat sedikit sunyi. Adel menuruni sebuah tangga yang berdekatan dengan surau kampus.

Satu suara yang merdu terdengari oleh gegendang telinganya. Dengan perlahan-lahan dia melangkah mendekati irama suara tersebut. Semakin lama, semakin kuat suara itu.

Jarinya tak habis-habis menekan butang tasbih digital itu. Bibirnya pula sibuk beristighfar. Tanpa disedari, dia sudah diperhatikan oleh seseorang di sebalik tiang. Gadis itu tersenyum sambil memeluk tiang putih itu.

Azan zuhur mula berkumandang. Dia terus berhenti dan melangkah masuk ke dalam surau. Beberapa orang juga turut muncul untuk menunaikan solat zuhur.

Selesai menunaikan solat, Adel melipat kain telekung itu untuk dimasukkan ke dalam beg kecil miliknya. Dia kemudian menyelak sedikit langsir untuk melihat tempat solat bahagian lelaki.

"Masya-Allah, sungguh indah ciptaan-Mu. Andai aku dapat menjadi makmumnya yang sentiasa mendengar dia membaca al-Quran dengan suara yang semerdu itu." Mata itu tidak dapat lepas daripada memandang lelaki tersebut kerana sesungguhnya itulah lelaki idamannya.

Gadis itu pernah berkata bahawa tidak ada lelaki yang akan mampu menumpaskan hatinya yang keras itu kerana dia belajar daripada pengalaman cinta orang tuanya yang hancur dan mereka mengenal orang baru namun orang baru itu makin menghancurkan diri mereka menjadi orang lain. Adel berjanji bahawa dia tidak akan berubah pergi lebih menjauh daripada tuhannya sendiri.

Susuk lelaki itu adalah bukti lelaki yang akan mendekatkan dia dengan tuhan kerana baginya apabila kita dekati orang yang baik, kita pun akan terpengaruh ingin menjadi baik seperti mereka. Tentang keikhlasan beribadah? Tidak mengapa, ikhlas itu perlahan-lahan datang kepada kita. Dia memakai pakaian yang menutup aurat kerana terpaksa namun lama-lama dia jadi suka dan enggan memakai pakaian yang terdedah. Di situlah wujud keikhlasan.

Sebenarnya, banyak sekali yang dia belajar daripada orang-orang baik di sekitarnya. Untung sekali tuhan mempertemukan dia dengan orang yang mendekatkan dirinya dengan Allah Swt.

"Saya mencintai awak kerana Allah," ucapnya perlahan.

Dia bingkas bangun keluar daripada surau lalu terlihat junior perempuan yang sedang menghendap Nadeem juga.

"Ya Allah, kenapa menarik sangat senior Nadeem ni!" kata seorang gadis.

"Tapi itulah, dia jaga ikhtilat. Aku baru je luahkan cinta minggu lepas tapi dia kata dia minta maaf dekat aku lepas itu cakap yang dia nak jaga ikhtilat. Comel, kan?" sambungnya lagi.

Rakan-rakannya juga turut tersipu malu mendengar itu kerana lelaki yang menjaga ikhtilat itu susah untuk dicari.

Adel pula curi-curi dengar perbualan mereka lalu dia berjalan ke kafeteria. Di kafeteria, dia bertembung dengan rakan karibnya iaitu Rinne. Mulalah dia mahu bercerita tentang apa yang baru sahaja dia dengar itu.

Tangan Rinne ditarik pantas lalu mereka duduk di sebuah meja berdekatan dengan pintu masuk kafeteria. Rinne sudah tahu pasti rakannya itu ingin menceritakan tentang Si Nadeem Amsyar itu kerana tiada siapa lagi yang mampu membuat Adellea Arelyne teruja di kampus ini.

"Rinne!" rengek Adel.

"Tadi kemain teruja muka tapi sekarang masam pula macam air jeruk dah aku tengokkan," usik Rinne

Adel menghela nafas lalu air coklat milik Rinne disedut. Rinne geleng kepala.

"Aku gembira tapi macam sedih sebab tadi aku dengar ada orang luahkan cinta dia dekat Nadeem tapi tak diterima."

Berkerut dahi Rinne. Tak diterima pun sedih? Bukannya cinta dia pun yang ditolak oleh Si Nadeem Amsyar itu.

"Dia tolak cinta orang tu, kau pula yang sedih."

"Bukanlah!" bantah Adel.

"Budak perempuan itu lagi cantik daripada aku, itu pun kena tolak. Apatah lagi aku? Kalau aku luahkan cinta ini mesti Nadeem pandang aku sebelah mata je, kan?" keluh Adel sedih.

Rinne menepuk dahinya lalu air coklat di tangan Adel itu dirampas kembali.

"Kau ini, aku dah kata banyak kali dah. Muhammad Nadeem Amsyar itu tak pandang rupa. Tengok gaya je dah tahu."

Adel mengangguk lalu dia menongkat dagunya menggunakan tangan kiri.

"Tapi aku dengar budak itu kata Nadeem cuba jaga ikhtilat. Ikhtilat itu apa? Aku tak fahamlah." Mata Rinne membulat selepas mendengar ucapan Adel itu. Mulutnya turut ternganga luas. Tidak disangka Adel menemukan crush yang memang pantas dan tepat untuk dia minati.

"Wah! Kau memang tak salah cari crush! Kali ini, aku sokong kalau kau nak kejar dia." Rinne tabik hormat kepada rakannya.

"Lelaki macam ini susah nak jumpa zaman sekarang. Jaga ikhtilat itu dia tak akan berborak dengan yang bukan mahram kalau benda itu tak penting. Maksudnya, dia mengelakkan diri daripada bercakap dengan perempuan sebab benda tu berdosa. Susah nak jaga ikhtilat ini, aku tabik dengan dia kerana berani mencuba," sambung Rinne

Wajah Adel sudah menunjukkan ekspresi sedih saat mendengar penjelasan itu. Kepalanya ditunduk manakala lantai itu ditatap dengan mata yang berkaca. Bibirnya sudah muncung.

"Tak layak aku nak kejar orang macam itu," ucap Adel sambil teresak-esak bunyi nafasnya menahan tangisan namun akhirnya air mata di takungan kelopak mata tersebut jatuh membasahi pipi.

Rinne menepuk bahu kanan Adel perlahan kemudian mendakap erat gadis itu. Dia tersenyum tipis, dia faham bahawa Adel berasa sedih mungkin kerana suka membandingkan ilmu agamanya dengan ilmu agama orang lain.

"Adel, kita ini layak untuk semua orang. Memanglah orang baik untuk orang yang baik tapi kadang-kadang orang yang baik harus mendidik kita untuk jadi baik macam diri mereka." Rinne mengusap air mata Adel. Tubuh gadis itu dibelai perlahan bagi menenangkan perasaannya yang sudah larut dengan kesedihan itu.

"Kau janganlah cepat mengalah. Kalau ada jodoh, mesti Allah permudahkan. Tapi apa yang penting kita kena selalu doakan orang yang kita cintai kerana tiada apa yang boleh mengubah takdir kecuali doa."

"Terima kasih Rinne."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now