Bab 9

7.2K 589 4
                                    

SUDAH seharian Nadeem tidak melihat gerangan Adellea Arelyne itu namun dia cuba untuk tidak memikirkannya kerana dia memang tak patut fikirkan perempuan yang bukan mahram. Nady dan Hans berbisik sesama sendiri. Rinne pula lalu di hadapan mereka lalu Hans menghentikan langkah Rinne.

"Dengar cerita kawan baik kau itu masuk hospital? Hm, dah nak mampus itu harap-harap dosa diampunkan." Hans tertawa setelah habis menyindir.

"Hei! Jaga mulut kau itu baik-baik sikit eh! Sebelum cakap fasal dosa orang, baik kau tengok dosa kau menyindir orang dengan girlfriend kau yang suka sebar aib lama orang padahal diri sendiri pun sama je macam dosa lama orang itu. Tak tahu malu betul!" Setelah melampiaskan emosi, Rinne terus berjalan meninggalkan mereka dengan kesal.

Cis! Nady mendengus marah mendengar sindiran itu.

"Eleh, sibuk je jaga kain orang!" teriak Nady mengharapkan Rinne mendengar ucapannya itu.

Nadeem tertawa.

"Tapi Nady, kau pun menyibuk hal orang kan?" Nadeem terus bangun lalu dia mengejar Rinne yang sudah jauh menghilang.

Nama Rinne dipanggil berkali-kali. Akhirnya, wanita itu pun menoleh ke belakang.

"Adel masuk hospital kenapa?" soal Nadeem dengan tanda tanya.

Rinne mengeluh berat.

"Kepala dia luka," ringkas Rinne kerana tak mahu menceritakan masalah keluarga Adel kepada Nadeem.

Wajah Nadeem sudah mula menunjukkan emosi risau akan si gadis. Bibirnya digumam perlahan.

"Macam mana boleh luka?" tanya Nadeem lagi.

Rinne mengangkat kening kirinya melihat lelaki itu dari bawah hingga atas. Betul ke Si Nadeem ini nak bertanya tentang keadaan Adel? Tapi mengapa? Dia dah jatuh cinta ke? Risau? Rindu? Eh tak mungkinlah, hati Nadeem sekeras batu itu mampu luluh dengan insan yang bergelar perempuan yang bukan mahram.

"Nadeem, caring awak dekat Adel kan?"

Nadeem berpalingkan muka lalu berkata,

"Eh saja tanya, tak apalah saya pergi dulu. Asalammualaikum." Rinne tertawa melihat wajah Nadeem yang cuak setelah diuji dengan soalan tersebut.

BUBUR nasi itu ditatap lama. Wajahnya tidak bermaya dan dia tiada selera untuk makan. Badan pun lesu. Rasa seperti tiada sebab untuk dia hidup. Jujur, dia memang orang yang lemah semangat. Kali ini, dia benar-benar kecewa dengan tindakan ibunya. Sanggup lukai anak semata-mata hal kecil?

"Adel, kau jangan nangis lagi. Penatlah diri sendiri asyik perah tenaga untuk nangis je. Baik kau makan sekarang, aku suapkan, ya?" pujuk Rinne sambil memegang sudu.

Adel masih teringat kejadian yang terjadi semalam. Ketika dia bangun, tubuhnya masih lagi berada di lantai dapur. Tubuh yang lemah longlai itu ditendang lagi sebelum dia sempat bangun. Adel memeluk tubuhnya merintih sakit.

"Kau ini menyusahkan mak kau je. Menyemak!" herdik Encik Aryan sambil jari telunjuknya menolak-nolak kepala Adel berkali-kali ingin memberi amaran.

Adel kemudian berteriak.

"Kau jantan tak guna!"

"Argh!" Rambut lurusnya itu ditarik oleh lelaki tua tersebut lalu diheret hingga ke pintu rumah akhirnya tubuhnya dicampakkan di halaman rumah.

Pintu rumah itu kemudian ditutup rapat dan dikunci. Angin dingin malam menyapa tubuhnya yang lemah itu. Adel bangun dengan perlahan walaupun kepalanya masih pusing. Pintu kereta yang tidak berkunci itu dibuka lalu dia mengambil kain untuk menutup kepalanya.

Badannya yang lemah itu akhirnya terbaring di tepi pagar rumah. Pagi kemudian, Rinne sudah berjanji untuk mengambil Adel kerana Adel masih tidak cukup duit untuk membaiki keretanya itu. Tiba di hadapan rumah teres tersebut, Rinne berlari membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu sebaik sahaja melihat Adel yang terbaring dengan kepala yang berdarah.

Tubuhnya dipapah oleh Rinne lalu dihantar ke hospital. Luka kepala itu dibalut lalu doktor dapat mengesan beberapa kesan lebam di tubuh gadis itu dan juga beberapa kesan melukakan diri seperti torehan. Rambutnya juga sudah nipis dan gugur teruk.

"Doktor kata dia nak cakap dengan kau." Rinne mengusap lembut tangan gadis itu.

"Doktor dapat kesan tubuh kau lebam-lebam dan ada kesan torehan. Adel, aku tahu kau tak dapat tahan daripada mencederakan diri sendiri tapi fasal yang lebam itu sebenarnya kenapa? Kenapa tadi pagi kau baring dekat luar dengan kepala yang berdarah?" Rinne menahan air matanya manakala Adel mendiamkan diri.

Wajah pucat itu ditatap dengan mata yang berkaca.

"Ibu marah aku sebab minum air yang dia buat." Adel terus berpalingkan muka selepas mengucapkan itu.

Rinne semakin hairan.

"Adel, betul ke apa kau cakap ini? Tapi tak akan ibu kau pukul kau sampai lebam macam itu? Kuat sangat sampai ungu dibuatnya."

Adel kemudian diam tidak mahu menjawab soalan tersebut. Tak akan dia mahu cerita bahawa ibunya membawa kekasih tanpa ikatan duduk di rumah tersebut lalu kekasihnya itu memukul dia sekali selepas ibunya memukul dia.

"Tak apalah kalau kau tak mahu bercerita tapi aku harap kau jangan sembunyikan sesuatu yang bahaya untuk diri kau." Rinne kemudian memanggil doktor.

Doktor lelaki itu kemudian masuk ke dalam wad dan memeriksa keadaan Adel lalu dia mengajukan beberapa soalan.

"Lebam-lebam itu awak kena pukul ke? Kami boleh laporkan kepada pihak polis sekiranya awak betul-betul dipukul. Cuba cerita apa yang jadi?" soal Doktor tersebut.

Adel mengelakkan matanya daripada bertembung dengan mata doktor itu. Tangannya sudah mula menggeletar.

"Saya suka pukul diri sendiri." Pendek sahaja jawapan yang keluar.

Doktor itu mengeluh.

"Awak nak tipu saya pun agak-agaklah. Saya doktor, saya tahu kesan-kesan macam itu orang yang buat. Tak akan awak tumbuk perut awak sendiri berkali-kali kan susah itu," marahnya sambil menggeleng kepala.

Adel mengetap bibirnya kemudian berkata,

"Ikut doktor nak percaya ke tak. Tak ada siapa nak pukul saya, saya je terlalu tertekan. Saya tak perlukan pertolongan." Adel kemudian berpalingkan diri. Matanya berkaca lalu cecair hangat pun keluar daripada mata namun dia cuba untuk menekup mulutnya daripada mengeluarkan suara tangisan yang terkedu-kedu itu.

Satu helaan berat dilepaskan.

"Baiklah kalau macam itu."

Air matanya tak henti mengalir hingga kepalanya berdenyut kesakitan lagi. Di depan pintu wad ada yang memerhati gadis itu menangis tersedu-sedan.

"Ya Allah, apalah yang terjadi pada dirinya hingga dia menangis seperti itu? Mohon kau berikanlah dia kesembuhan dan isilah hatinya dengan ketenangan daripada-Mu." Doa itu dihadiahkan kepada gadis itu.

"Nadeem, tengok siapa? Ini doktor suruh umi pergi buat pemeriksaan kejap," panggil Puan Khadijah.

Nadeem terus beredar bersama Puan Khadijah ke bilik pemeriksaan.

"Ya Allah, Adel sakit sangat."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now