Bab 24

6.5K 483 6
                                    

HUJAN renyai-renyai itu dihiraukan olehnya. Dia duduk di bangku yang menghadap tasik indah itu. Helaan nafas lega dilepaskan. Namun untuk beberapa saat dia tidak merasakan air hujan menitis di tubuhnya. Akhirnya, dia pun mendongakkan wajah. Sebuah payung transparent dihalakan. Dia menoleh ke kanan lalu wajah Nadeem yang malu-malu itu diam-diam memayungi dia daripada terkena air hujan. Adel tertawa kecil.

"Awak payung saya tapi awak pula yang basah kena hujan," tawa dia.

"Eh mana ada basah, sikit je," nafi Nadeem dengan pipinya yang merona merah. Comel sungguh wajah malu-malu Nadeem itu padahal hujan itu semakin lebat.

Rambutnya pun seperti orang yang baru sahaja mandi. Adel tersengih sambil memandang Nadeem yang sudah kesejukan.

"Basah sikit je? Sikit je? Awak dah basah kuyup itu." Adel terus berdiri dan berdiri dekat dengan Nadeem lalu dia memberi arahan ingin ke mana.

Mereka berlindung di luar bangunan perpustakaan. Adel masih lagi tidak henti gelak. Nadeem terlihat seperti anak kecil yang baru sahaja bermain dengan air hujan.

"Comellah awak ini," ucap Adel perlahan.

Nadeem yang mendengar itu terus memandang ke arah lain menyembunyikan wajahnya yang hangat itu.

"Janganlah main hujan, kita dah nak exam. Nanti awak sakit, tak bagus," pesan Nadeem.

Senyuman melingkar di bibir Adel. Nadeem ini lihat sahaja seperti tidak peduli namun rupanya dia risau juga.

"Baiklah ayah." Adel akur dengan pesanan tersebut.

"Kenapa ayah pula." Nadeem hairan.

"Awak macam ayah yang tengah membebel tapi ayah saya tak pernah bebel dekat saya," terang Adel lalu Nadeem pun memandang gadis itu.

"Saya rindu ayah saya." Wajahnya kemudian menunduk ke lantai.

"Mana ayah awak pergi?" Nadeem pun turut tertanya-tanya.

Adel melepaskan nafas berat lalu bergumam.

"Dia dah ada keluarga baru, saya tak dapat hubungi dia. Khabar dia pun saya tak dapat. Saya tak tahu dia pindah mana. Tapi saya yakin dia bahagia tanpa saya."

Nadeem mengangguk. Dia turut sedih dengan nasib gadis itu. Dia memang gadis yang malang dalam hal keluarga.

"Nadeem, saya tertanya-tanya..."

"Awak tahu banyak fasal diri saya tapi saya sikit pun tak tahu fasal diri awak. Apa yang saya tahu, seseorang akan bercerita segalanya tentang hidup dia dekat seseorang yang dicintai. Mungkin saya bukan orang itu, betul tak?" Soalan yang diajukan secara tiba-tiba itu membuat Nadeem bisu dan terpaku.

"Bukan macam itu, cuma saya tak suka ceritakan tentang diri saya." Dengan pantas dia menjawab dengan nada perlahan.

"Tapi saya suka dan ingin tahu tentang awak lebih dalam. Saya nak jadi orang yang rapat dengan awak, Nadeem," tutur Adel sambil memandang wajah lelaki tersebut.

Nadeem mengelakkan pandangan tersebut.

"Mungkin jika suatu hari nanti waktu yang tepat tiba, awak akan tahu segalanya tentang saya bahkan apa yang saya takuti dan apa yang saya ingin cerita dekat orang-orang namun saya hanya mampu simpan sahaja," jelas Nadeem.

"Saya harap hari itu akan tiba dan saya masih ada di sisi awak." Adel tersenyum.

MASA berjalan dengan pantas hingga tiba di hari mereka menjalankan peperiksaan dan selepas itu mereka akan pergi mengucapkan selamat tinggal di majlis konvokesyen untuk mencapai masa depan masing-masing.

Selesai peperiksaan, Adel berjalan keluar dengan kepala yang berat. Berat badannya susut minggu itu mungkin faktor tertekan kerana belajar dengan gigih sehingga tidak cukup makan. Lagipun, dia tidak mempunyai selera makan.

"Rinne aku nak bagitahu yang aku tak dapat teman kau, aku nak pergi klinik," tegur Adel sebaik sahaja dia bertembung dengan Rinne.

"Eh kau tak sihat ke? Nak aku teman tak?" Semakin risau dia mendengar ucapan Adel.

"Tak apa, aku pergi sendiri je."

Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. Adel menunggu surat daripada doktor. Dia memberikan senyuman kepada doktor sebaik sahaja surat itu diserahkan.

"Terima kasih doktor."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now