Bab 30

11.1K 698 104
                                    

SEBAIK sahaja waktu melawat, Nadeem terus bergegas ke wad Adel. Gadis itu melihat bayangan Nadeem yang tiba di hadapan pintu wad. Cuaca pada hari itu berangin. Wajah gadis itu ditatap olehnya. Berbaki satu jam lagi sebelum pembedahan dijalankan.

Adel menulis sesuatu di papan putih kecil yang diberikan Mika. Walaupun susah untuk dia menulis namun dia cuba sedaya upaya kerana dia ingin bercakap dengan Nadeem.

Terima kasih kerana teman saya. Saya gembira sangat awak ada di sini. Tak pernah dapat saya bayangkan betapa indahnya hari saya walaupun saya sakit tapi awak buatkan saya lupa tentang keperitan yang saya hadapi.

Nadeem membaca tulisan tersebut lalu satu senyuman melingkar di bibirnya.

"Tolong kembali sihat, saya akan tunggu awak seperti awak tunggu saya selama ini," tutur Nadeem.

Azan zuhur berkumandang, Nadeem lantas beredar sebentar untuk menunaikan solat.

Selesai menunaikan solat, dia pun dengan bersungguh-sungguh memohon doa yang mustajab di hari jumaat yang baik itu. Tangannya ditadah luas lalu matanya menatap kedua tangan tersebut. Bibirnya tak henti-henti memohon yang baik-baik untuk Adel.

Selesai berdoa, Nadeem pun berjalan keluar. Beberapa orang kakitangan hospital berjalan masuk ke surau untuk menunaikan solat. Ketika mereka berjalan mereka juga berborak sebuah topik yang menarik perhatian Nadeem.

"Kesian dekat pesakit paru-paru kronik itu padahal hari ini dia dah nak dibedah tapi sayangnya dia meninggal tadi."

Nadeem panik kerana hanya Adellea Arelyne yang berada di benak fikirannya. Dia pun memasang kasutnya semula dan bergegas ke wad tersebut.

Semasa dalam perjalanan ke bilik wad itu, Nadeem bertembung dengan jururawat yang mendorong pesakit yang sudah meninggal dunia.

"Eh itu kan yang pesakit paru-paru kronik itu? Kesiannya dia, nama dia Qeena, kan? Padahal petang ini dia ada pembedahan pemindahan paru-paru," ucap jururawat di kaunter.

Nadeem terus berhenti dan menghembus nafas lega. Dengan perlahan-lahan dia melangkah pergi ke wad Adel kerana sebentar lagi gadis itu akan menjalani pembedahan.

Sebaik sahaja dia tiba, dia melihat Mika yang berdiri di luar pintu wad lalu Nadeem cuba melihat ke dalam dan doktor pun memanggil mereka masuk ke dalam.

"Pesakit disahkan meninggal dunia. Maafkan saya."

Ucapan yang keluar daripada mulut doktor itu membuat Nadeem terpana. Dia terdiam membisu manakala Mika sudah menjatuhkan tubuh ke lantai.

Nadeem melihat Adel. Wajah gadis itu sudah pucat, tiada lagi pipi yang merah merona setiap kali dia tatap wajah gadis itu. Baru dia tersedar bahawa dia telah kehilangan susuk gadis itu selama-lamanya.

"B-bangunlah," pinta Nadeem dan akhirnya lututnya lemah dan mencium lantai hospital tersebut.

Sesak berasa di dadanya. Air matanya berjujuran jatuh dengan laju. Segala perih yang dia rasakan itu benar-benar menghiris hatinya. Gadis itu diam selamanya, tiada lagi ungkapan cinta setulus hati buat Nadeem.

Tiada lagi susuk wanita yang akan sentiasa cuba mengacau lelaki itu. Dia yang banyak menitiskan air mata itu sudah berhenti mengalirkan air mata di dunia ini. Segala kedukaan yang dialaminya sudah pun terhenti.

Baru saat itu, Nadeem berasa menyesal kerana tak pernah mengucapkan apa yang ingin didengari oleh Adel iaitu ungkapan cinta daripada dia. Namun semuanya telah terlambat saat gadis itu sudah pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Bagi Adel, akhirnya dia tak perlu mengejar Nadeem. Tiada lagi jawapan dan kepastian yang dia tunggu daripada seseorang. Akhirnya, dia pergi buat selama-lamanya daripada hidup lelaki tersebut setelah banyak kali cuba untuk memasuki hidup lelaki itu. Namun, cintanya masih mekar untuk Nadeem. Baginya, Nadeem ialah cinta terakhirnya. Cuma takdir tuhan menuliskan bahawa mereka tak akan bersama di dunia ini. Siapakah dia untuk menghalang takdir itu?

Mungkin susuk 'crush' itu hanyalah seseorang yang patut dia kagumi dari jauh. Cukup sekedar menjadi bulan yang terang yang dikagumi jutaan manusia. Jauh di atas sana bahkan tak tergapai olehnya.

Diari Nur Adellea Arelyne,

Pada akhirnya, aku hanya sempat memilikimu sebagai seorang tunang itu pun sebentar sahaja. Mungkin kau hanya pantas ku kagumi bukan untuk ku miliki.

Pada akhirnya juga, hanya aku sahaja yang mencintai tanpa dicintai. Sesungguhnya aku ingin menjadi seseorang yang engkau cintai. Cintaku mungkin tidak berakhir namun aku akan berhenti menunggumu di nafas terakhirku.

Aku juga selalu titipkan doa-doa untukmu namun kini tiada lagi doa itu bertarung di jalur langit dengan doa-doa orang lain yang mencintaimu juga. Akan ku doakan semoga wanita yang berjodoh denganmu di dunia ini merupakan wanita yang sangat beruntung dapat membuka hati seorang Nadeem Amsyar ini. Sesungguhnya aku cemburu terhadap dirinya.

Sudah banyak ujian yang Allah turunkan kepadaku di dunia ini. Mungkin Allah ingin aku bahagia di syurga yang kekal selamanya.

Muhammad Nadeem Amsyar, cintaku ini ikhlas dan akan ku ikhlaskan diri bahawa aku dan kamu tidak berjodoh di dunia ini.

Selamat tinggal, Amsyar.

Diari 17 ogos 2023.

Dia menghembuskan nafasnya sehari sebelum hari ulang tahunnya.

"Ingin diberitahu bahawa pesakit ada sign untuk mendermakan kornea mata untuk ibunya sebelum meninggal dunia. Saya perlu dapatkan persetujuan daripada Encik Mika," ucap doktor tersebut.

Semakin sebak mereka mendengarnya.

Selesai menguruskan semua, Nadeem diminta untuk menghubungi Rinne untuk membawa Puan Merlyna ke hospital. Nadeem juga menelefon ahli keluarganya untuk memberitahu tentang kematian Adel.

Mereka semua berkumpul dan pihak hospital dengan segera mengebumikan jenazah. Banyak raungan dapat didengari sebaik sahaja jenazah itu diangkat dan dimasukkan ke dalam liang kubur.

"Tak! Adel hidup lagi, along tipu ibu!" raung Puan Merlyna.

Dia menangis di dakapan Mika.

Mengapa aku tidak pernah bahagia di dunia ini? Mengapa aku terseksa? Apa salahku? Pada akhirnya, aku menemukan sebuah jawapan... Mungkin kematian adalah kebahagiaan di atas segala derita yang pernah ku lalui di dalam dunia ini...

Luahan Nur Adellea Arelyne, 17 ogos 2023.

Nadeem memejam matanya rapat.

"Nur Adellea Arelyne, saya cintakan awak."

TAMAT

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now