Bab 18

6.6K 584 40
                                    

PUAN Merlyna memejamkan kedua matanya sebaik sahaja dia keluar daripada bilik doktor. Analisis kanser paru-paru itu ditenung.

"Ya Allah," ucapnya sayu.

Dia kemudian terimbas kembali di momen ketika anak perempuannya itu mengamuk kerana asap rokok yang bertebaran dalam satu rumah.

"Ibu tahu tak betapa sakitnya dada Adel ni? Adel rasa nak mati ibu, nak mati!" raungnya lalu segala barang-barang yang berada dekat dengannya dicampakkan kepada Encik Aryan.

Dia kemudian menjerit sehingga bingit telinga mereka berdua akibat jeritan yang begitu lantang itu.

"Hisaplah rokok itu lagi! Aku doakan kau terseksa macam mana aku terseksa nak bernafas dalam rumah sendiri. Nak duduk tenang pun tak boleh!"

"Semoga kau terseksa secara perlahan-lahan. Semua perit dunia kau akan rasa sampailah hembusan nafas terakhir kau! Sampai hari kau masuk kubur, akulah orang paling gembira dalam dunia!" Sumpahnya. Puan Merlyna pun terkejut dengan apa yang dikatakan Adel.

Pipi kiri gadis itu ditampar kuat.

"Biadab kau ya!" marah Puan Merlyna.

Sekarang dia tersedar mungkin doa oleh Adel itu benar-benar termakbul. Mungkin, ini kifarah kerana menyakitkan hati seseorang. Kini kekasihnya itu mempunyai kanser paru-paru akibat ketagihan merokok.

"Maafkan ibu, Adel."

HARI berlalu dengan pantas, Adel kini menyewa bilik di rumah yang sama dengan Rinne. Dia juga menjadi pekerja di restoran milik Puan Khadijah.

Bekas nasi minyak itu diletakkan di atas meja makan. Ayam masak merah yang hangat dihidang sekali kemudian air anggur sejuk itu dituang ke dalam beberapa gelas.

"Wah sedapnya! Umi masak ke?" soal Nadrin dengan teruja.

"Umi tolong ajar je, yang masaknya Adel. Dia kata teringin sangat nak makan nasi minyak," jawab Puan Khadijah.

Nadrin mengangguk.

"MUHAMMAD NADEEM AMSYAR! Kau turun makan sekarang, bidadari kau masakkan nasi minyak untuk majlis kahwin korang berdua nanti," laung Nadrin. Adel memandang Nadrin dengan pandangan sebelah mata.

Habis merah padam wajahnya. Batang hidung Nadeem pun sudah terlihatkan. Adel dengan segera berlari ke dapur.

"Tengok nasi minyak yang harum dan wangi air tangan Cik Adellea Arelyne. Cubalah rasa, mana tahu berkenan nak jadikan isteri," usik Nadrin saja ingin mengacau adiknya itu. Nadeem menjeling kasar.

"Eleh jeling-jeling padahal dalam hati berbunga-bunga."

"Adel, kalau teringin nak makan nasi minyak boleh minta tolong Nadeem." Nadrin mengangkat kedua keningnya sambil memandang Nadeem.

Adel berjalan menghampiri meja makan itu kembali.

"Kenapa? Nadeem pandai masak nasi minyak ke?"

Nadrin menghamburkan tawa. Ingin pecah perutnya mendengar ucapan itu.

"Taklah, kalau mengidam bolehlah adakan majlis kahwin bersama Nadeem. Nasi minyak ada, suami pun ada," gurau Nadrin sambil tergelak terkekek-kekek.

Nadeem mencuit perut abangnya itu dengan kuat.

"Kau pun tak kahwin, ada hati nak jodohkan orang."

Mereka akhirnya berkumpul di meja makan dan menjamah makanan tersebut. Puan Khadijah melihat reaksi Nadeem yang biasa itu.

"Tak sedap ke?" soal Adel yang tertanya-tanya sambil dia tatap wajah Nadeem yang tertunduk ke arah pinggannya itu.

Wajah itu kemudian diangkat lalu matanya melilau. Semua orang sedang memandangnya dengan pandangan yang tertanya-tanya.

"Sedap je," jawabnya pendek. Adel menghela nafas lega selepas mendengar itu.

"Air tangan dia macam umi, kau kata sedap JE? Isy, tak patut! Umi tengok ini anak kesayangan umi nak cakap masakan umi tak sedaplah itu!" adu Nadrin.

Nadeem memandang wajah Nadrin lalu paha abangnya itu dicuit sekali lagi. Nadrin merintih sakit.

"Macam budak-budaklah kamu berdua ini." Puan Khadijah menggeleng kepalanya.

Adel pula tersengih.

"Tadi abah ada telefon umi, dia kata minggu depan dia balik," cerita Puan Khadijah sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Adel mengangkat kening kirinya. Betul juga, dia tidak pernah melihat ayah Nadeem selama ini. Wajahnya terlihat clueless.

"Abah kami kerja oil and gas dekat kapal, jadi dia jarang balik," jelas Nadrin.

Adel mengangguk faham. Belum sempat Adel mengajukan soalan tiba-tiba terdengar seseorang memberikan salam di depan rumah.

"Ya Allah, Ayu! Rindunya umi dekat Ayu." Puan Khadijah bergegas membuka pintu pagar.

"Umi, Ayu pun rindu dekat umi." Tubuh wanita tua itu dipeluk olehnya.

Adel memandang Nadeem yang tak henti-henti menoleh ke arah pintu rumah. Wajahnya kemudian bercemberut kerana cemburu. Entah-entah gadis yang datang itu perempuan yang diminat Nadeem.

Ayu dijemput masuk dan menyertai mereka untuk makan tengah hari.

"Wah sedapnya, umi masak ke?" soal Ayu lalu wajah Adel yang tak dikenali itu dipandang.

"Eh taklah, ini Adel yang masak. Dia kawan Nadeem," ringkas Puan Khadijah.

Ayu kemudian melabuhkan punggung di kerusi meja makan itu.

"Wah, Nadeem ada kawan perempuan ya?" Ayu tergelak.

"Entah betul ke tidak title kawan itu, entah-entah lebih kan?" sambung Nadrin.

Adel hanya diam begitu juga Nadeem.

"Adel, ini Ayu. Anak buah umi maksudnya sepupu kepada anak-anak umilah." Puan Khadijah memperkenalkan Ayu kepada Adel.

Adel mengangguk lalu memberikan senyuman kepada Ayu begitu juga Ayu.

"Cepatnya Nadeem makan, tak nak tambah ke?" Puan Khadijah melihat Nadeem yang sudah bangun ingin pergi ke dapur itu.

Nadeem menggeleng. Adel pun bingkas bangun dan membawa pinggannya ke dapur juga.

"Awak suka dia ke?" Tiba-tiba soalan pelik itu dilontarkan kepadanya.

Nadeem sedikit terkejut mendengar soalan sebegitu.

"Kenapa saya suka dia pula," bantah Nadeem. Adel tersenyum sebaik sahaja mendengar itu.

"Tak adalah nanti saya cemburu." Selepas mendengar itu, Nadeem tersenyum lalu dia menutup mulutnya menggunakan tangan dan bergegas ke bilik.

"Aik dia senyum ke tadi?" soal Adel hairan.

Tiba di bilik tidur itu, Nadeem lantas menutup pintu dengan jantung yang berdebar-debar. Tangannya mengusap dada yang kencang itu.

"Allahuakbar."

"Maafkan aku ya Allah, perasaan senang itu tiba-tiba sahaja muncul selepas mendengar ucapan dia. Sesungguhnya wanita yang hadir di saat ini hanyalah ujian daripada-Mu namun Adellea Arelyne saya tak nafikan yang awak sebenarnya comel."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now