Bab 23

6.7K 508 11
                                    

ADEL menitipkan Puan Merlyna ke Mika oleh kerana dia semakin sibuk dalam pembelajaran. Mika pula sudah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di Sarawak dan pindah ke Johor semula. Dia mula bekerja di rumah dengan bisnes baju yang pernah dia usahakan ketika dahulu.

"Kau tahu tak, tadi aku kena marah dengan lecturer. Sakit kepala aku." Rinne mengurut kedua pelipisnya. Kepalanya tak henti berdenyut sakit akibat keletihan.

"Sabar je Rinne, kita lagi sikit je nak habis belajar, kan?" Adel cuba menenangkan rakannya itu.

Gadis itu mengangguk lalu dia perasan sesuatu yang janggal dengan wajah rakannya itu. Adel terlihat sedikit pucat seperti orang yang sakit. Apabila dia lihat makanan Adel yang tidak habis itu, dia makin hairan. Tak pernah lagi Adel kurang selera, dialah perempuan paling kuat makan pernah Rinne jumpa.

"Adel kenapa wajah kau pucat semacam je. Kau tak sihat ke?" Rinne cuba memeriksa dahi milik gadis itu sama ada panas atau tidak.

Adel menggeleng.

"Biasalah, badan aku ini kan lemah sikit. Kau tahu kan, aku ini setiap bulan ada je sakit dia," jelasnya sambil meneliti bahan kajian di dalam komputer tersebut.

" Ye lah tapi aku perasan kau asyik batuk-batuk je. Bukan seminggu je tapi dah berbulan-bulan kau batuk teruk, kan? Adel janganlah biasakan pergi farmasi je...Kau kena periksa juga tau, risau aku."

Pen biru itu ditekan berkali-kali oleh Adel sambil dia fikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rinne. Ya, dia dari kecil jarang pergi ke klinik. Ibunya selalu beri ubat farmasi sahaja. Oleh disebabkan itu, Adel hanya berfikir semua masalah kesihatannya tidak serius dan boleh diubati tanpa pemeriksaan doktor.

"Kau jangan risaulah, Rinne. Aku dah pergi klinik, doktor kata tak ada apa pun. Cuma biasalah aku kalau batuk memang lama nak sembuh," bohong Adel.

Rinne mengangguk lalu bayangan Nadeem Amsyar yang berada di luar kafeteria itu membuat dia berdehem berkali-kali.

"Ehem, ehem."

"Aik kau sakit tekak pula ke?" tanya Adel tersengih melihat gelagat Rinne.

"Isy, kau ini lembablah! Tolehlah belakang itu, ada bidadara syurga kau," sakat Rinne.

Adel pun menoleh lalu Nadeem berjalan masuk ke kafeteria sambil membawa sebuah beg kertas dan mendekati mereka berdua. Adel pun hanya menunggu, mana tahu Nadeem menegur dia secara tiba-tiba.

"Asalammualaikum." Ternyata Nadeem benar-benar menegur dia.

Adel pun menjawab salam sambil tersenyum.

"Awak dah makan ke?" soal Nadeem.

Adel mengangguk. Tidak sangka Si Nadeem Amsyar ini rupanya prihatin terhadap dirinya. Berbunga-bunga hati dia ketika itu.

"Oh! Ingatkan nak bagi nasi lemak umi buat, kalau macam itu saya bagi dekat-" Belum sempat Nadeem menghabiskan kata-katanya Adel pun mencelah.

"Eh ye ke? Terima kasih! Sebenarnya saya tak kenyang pun, boleh je muat lagi ini perut saya," celah Adel walhal Rinne menjadi saksi gadis itu tidak berselera makan.

Rinne menahan dirinya daripada tertawa. Oh jadi benarlah Nadeem Amsyar ubat penyembuh segala masalah Adellea Arelyne. Kalau tak sihat, bolehlah dia tenung wajah Nadeem itu lama-lama.

"Oh ok." Nadeem terus memberikan beg kertas tersebut lalu beredar.

"Amboi! Tadi kemain tak ada selera, nasi goreng pun tak habis. Nadeem datang terus berselera ya?" usik Rinne.

Adel mencebik.

"Isy! Rezeki mana boleh ditolak lagi-lagi rezeki yang ingin dikongsi oleh ibu kepada crush saya." Kedua alisnya diangkat berkali-kali dengan bangga.

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now