Bab 10

7.4K 561 10
                                    

Cuti pertengahan semester telah bermula. Bekas luka di kepala yang meninggalkan parut itu semakin memudar. Adel masih lagi tinggal bersama ibunya walaupun dilayan kejam. Dalam waktu ini, Adel memanfaatkan cutinya dengan mengembangkan idea untuk novel yang ditulis.

Nadeem pula menolong uminya berniaga sarapan pagi di restoran milik mereka. Rendang ayam itu diletakkan di sebuah bekas makanan. Puan Khadijah menghulurkan rendang ayam itu kepada Nadeem.

"Sikitnya, tak akan umi nak jual rendang dua ketul ayam je esok pagi?" Nadeem menggaru kepalanya hairan dengan uminya itu.

Puan Khadijah geleng kepala.

"Nadeem pergilah bagi KAWAN perempuan Nadeem itu." Sengaja perkataan 'kawan' itu ditekankan biar anaknya sedar sedikit bahawa lelaki dan perempuan berkawan itu mampu menimbulkan perasaan cinta.

Nadeem berfikir dan bercekak pinggang di tepi meja makan itu.

"Kawan perempuan? Siapa? Nadeem mana ada kawan perempuan." Dagunya kemudian ditongkat sambil dia pandang siling putih itu.

"Yang Nadeem hadiahkan lukisan kanvas itu..."

Satu senyuman kecil terukir di bibir sebaik sahaja dia teringat. Puan Khadijah juga turut tersenyum seribu makna.

"Tak nak. Umi ini tak akan Nadeem nak hantar ke rumah dia malam-malam ini," dalih Nadeem sambil memasang songkok di kepala.

"Nadeem kan nak pergi solat berjemaah dekat masjid waktu isyak ini, alang-alang hantar je lah sekali. Bukannya malam sangat pun," arah Puan Khadijah. Maka, Nadeem pun terpaksa akur. Kalau mengelak makin panjang pula pujukan uminya itu. Jika tidak hantar makanan tersebut dikira tidak amanah pula. Tak akan nak tipu ibu sendiri.

Alamat rumah gadis itu diminta melalui mesej lalu Nadeem segera berangkat ke lokasi. Kenderaannya bertapak di hadapan rumah putih itu setelah lima minit.

Adel berjalan ke pagar dengan tudung sarung berwarna hitam itu. Sebaik sahaja melihat kelibat gadis itu sudah tercegat di depan pagar, Nadeem melangkah turun daripada kereta dan menghulurkan beg kertas yang berisi bekas makanan rendang ayam itu.

"Umi saya suruh bagi awak rendang ayam."

Adel memaparkan senyuman manis.

"Terima kasih."

Nadeem mengangguk kemudian meminta izin untuk bergerak ke masjid.

"Nadeem...Nadeem. Saya teringat pula rendang ayam yang awak bawa masa jamuan raya di sekolah menengah dulu. Sedap sangat! Tak sangka saya dapat rasa lagi makanan buatan mak awak." Adel terharu kemudian dia meletakkan beg kertas itu di meja makan terlebih dahulu kerana ingin menunaikan solat isyak.

Perut yang kosong itu diusap. Tangannya lantas membuka bekas makanan yang berisi rendang ayam itu. Nasi diambil, habis dilahapnya rendang ayam yang sedikit pedas itu. Bekas itu kemudian licin habis tanpa tersisa.

"Sedap sangat rendang ini." Encik Aryan kemudian beredar dan membiarkan pinggan makan itu di atas meja.

Puan Merlyna berjalan memasuki ruangan dapur. Pinggan mangkuk yang berada di singki itu sudah penuh. Dia mengangkat pinggan makan milik Encik Aryan sebentar tadi.

Adel berdiri di depan meja makan itu lalu melihat beg kertas yang diberi Nadeem itu sudah kosong. Dia hairan sebentar, ke mana pula perginya bekas rendang ayam itu? Belum sempat lagi dia makan kerana ingin tunaikan solat terlebih dahulu. Adel kemudian bertanya kepada ibunya.

"Ibu nampak rendang ayam tak?" soal Adel sambil menggaru kepala. Kepalanya sudah pusing ke kiri dan ke kanan mencari makanan tersebut.

Akhirnya, dia lihat tulang ayam yang berada di dalam tong sampah itu. Dahinya berkerut manakala seluruh tubuh sudah panas kerana tingkat amarahnya menaik. Matanya kemudian tertumpu ke arah pinggan yang mempunyai sisa kuah rendang itu. Dia kemudian berdengus marah.

"Siapa yang makan rendang ayam itu?" tanya Adel sambil menatap ibunya yang sibuk membasuh pinggan.

"Bapak kau la," balas Puan Merlyna.

Adel mengetap bibirnya lalu tangannya mengenggam penumbuk.

"Masa hari itu, ibu marah Adel sentuh air dia kenapa sekarang dia sentuh makanan orang pula!" Adel kini tidak dapat menahan amarahnya. Dia berasa ingin berteriak kuat sahaja.

Puan Merlyna kemudian menghentikan pekerjaannya lalu menatap Adel dengan sinis.

"Balasan kau sebab ambil minuman orang."

Adel yang sudah naik geram kemudian berlari ke pintu rumah dan melihat Encik Aryan yang sedang menghisap rokok di meja luar. Rokok yang dihisap itu diambil oleh Adel kemudian dia pijak-pijak rokok tersebut. Adel dengan pantas mengambil sekotak rokok milik Encik Aryan itu kemudian memotongnya dengan menggunakan gunting hingga hancur jatuh ke atas lantai.

Encik Aryan terkejut dengan tindakan gadis itu lalu Adel berteriak kuat dan menampar pipi kanan Encik Aryan dengan sekuat hati lalu berkata,

"Lelaki gila! Mati kau!" jeritnya lalu batang penyapu yang berada di tepi meja itu dicapai lalu dihalakan ke arah Encik Aryan dengan rasa amarah yang tak dapat dihentikan.

Mulut Syed terbuka luas kerana terkejut melihat gadis yang ayu itu bertindak seperti orang tidak waras. Syed pun memerhatikan Adel berbalah dengan lelaki itu di sebelah rumah.

"Gilalah, ganas betul perempuan ini," lirih Syed perlahan.

Puan Merlyna kemudian menjerit dan menghentikan Adel daripada menyimbah baldi air pada Encik Aryan.

"Kau dah kenapa!" teriak Puan Merlyna.

"Aku dah gila! Kenapa? Sebab kau dengan jantan tak guna ini!" Adel berteriak histeris di situ hingga anak tekaknya sakit.

Syed senyum seribu makna. Akhirnya dia tahu cara untuk mendekati gadis itu dengan memberi jalan penyelesaian kepada masalah-masalah di dalam hidup gadis itu.

"Now I know how to ruin your life even more for ignoring me."

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now