Bab 15

7K 553 1
                                    

SISA air yang terakhir disedut lalu mereka bingkas bangun. Sebelum masuk ke dalam kereta, mata Nady sempat tertumpu ke arah kelab malam itu. Matanya mengecil ingin fokus melihat bayangan seseorang yang seolah-olah dikenalinya. Matanya kian membulat setelah dapat mengenalpasti akan si gerangan gadis itu. Telefon pintarnya dicapai segera lalu dia mengambil beberapa keping gambar. Tangannya pula sibuk menyenggol lengan milik Hans.

"Sayang! Itu Adellea Arelyne dengan Tengku Syed Hanif kan?" Hans terkejut lalu tangannya menekup mulutnya yang terbuka luas.

Nady mengangguk laju.

"I dah cakap dah yang dia itu munafik! Nadeem tak percaya, kan? Tengoklah sendiri, dia papah Syed keluar dari kelab malam kot! Perempuan murah betul." Nady menggeleng kepala sebelum melihat gambar-gambar yang sempat diambil.

Hans mengangguk setuju.

"Nadeem memang kena jauh daripada perempuan munafik macam dia itu! Memang gilalah dia itu, aku doalah dia bukan jodoh Nadeem." Habis meremang seluruh tubuh Hans.

Tubuh milik Tengku Syed Hanif dicampak masuk ke dalam perut kereta. Adel sangat kecewa dengan Syed pada hari ini. Kalau boleh, mahu sahaja dia tumbuk wajah lelaki itu hingga lebam.

"Hei! Kenapa tak panggil Tuan Hashim! Kau tahu tak kau itu lelaki bukan mahram untuk aku? Tak fasal-fasal aku kena papah kau!" herdik Adel yang tidak boleh menahan amarahnya.

Dia ingin meminta pertolongan orang lain untuk memapah Syed namun tiada yang sudi.

Syed tersengih. Seluruh tubuhnya bau arak yang kuat. Dia benar-benar mabuk sehingga tak mampu berjalan sendiri.

"Hei, kau tahu tak berdosa minum arak lepas itu pergi kelab malam?" kritik Adel. Sudahlah pukul 3 pagi Syed menghubungi dia untuk menjemput di depan kelab malam tersebut. Mana tidak angin dia, habis keluar seluruh ceramahnya.

PAGI esok, telefon pintarnya tak habis-habis berdering kerana terlalu banyak notifikasi yang masuk. Adel pun bangun dan membuka telefonnya itu. Hampir terbeliak biji matanya apabila melihat gambar dia memapah Syed di depan kelab malam itu disebarkan.

"Siapa yang sebarkan ini!"

Komen-komen yang berada di postingan tersebut dibaca. Ramai yang menyatakan bahawa dia munafik kerana berlakon seperti wanita baik di kampus. Ada juga yang mengatakan bahawa itu budaya normal pelajar kampus ke kelab malam akibat terpengaruh rakan-rakan. Ya, memang benar namun dia tidak jejak masuk pun ke dalam kelab tersebut. Apa yang menyakitkan lagi, dia terpaksa memapah Syed.

"Aku pakai tudung elok-elok dalam gambar itu,
tak akan nak masuk dalam kelab malam pula. Isy, fikirlah betul-betul!" teriak Adel. Telefon itu kemudian dilemparkan dengan kesal.

Ketika hendak membuka pintu biliknya, Adel terkejut melihat susuk tubuh Syed berdiri di hadapan pintu bilik dengan wajah serba salah.

"Aku minta maaf disebabkan aku, kau kena fitnah."

Adel membisukan diri.

"Lepas ini, jangan nak pergi tempat-tempat haram macam itu. Itu je saya minta Syed! Tolonglah berubah." pinta Adel.

Syed mengangguk.

Nadeem menerima gambar Adel memapah Syed di depan kelab malam itu daripada Hans. Bibirnya diketap lalu kepalanya berdenyut kuat. Naik darahnya akibat menahan marah walaupun dia tidak mempunyai sebab untuk marah terhadap seseorang yang bukan miliknya.

"Astaghfirullahalazim."

"Syed aku harap kau berubah. Jangan Adel jadi yang seterusnya," katanya lagi.

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now