Bab 7

7.7K 591 44
                                    

ENJIN kereta Mercedes Benz itu dipanaskan sebentar sebelum memulakan perjalanan sebentar lagi. Pintu rumah ditutup rapat lalu dikunci. Kaca mata hitam dikenakan sambil kakinya melangkah mendekati kereta lalu pintu kereta hadapan dibuka. Remote pagar ditekan dan pagar tersebut dibuka secara automatik. Matanya kemudian terhenti apabila melihat susuk Adellea Arelyne di bangku sebelah rumah.

"Biar betul?" lirih Syed. Senyuman sinis terpapar di mulutnya. Mungkin inilah kesempatan dia untuk menegur gadis sombong itu.

Nama gadis itu disahut berkali-kali namun Adel sengaja menghiraukan Syed. Sempat lagi dia menjeling tanda meluat. Aplikasi Grab itu dilihat berkali-kali.

'Isy, tak ada pemandu grab ke nak terima!' bisik hatinya.

Syed kemudian keluar daripada kereta lalu meletakkan kedua lengannya di atas tembok rumah Adel.

"Tak baik hiraukan orang," katanya.

Gadis itu mengeluh kesal.

"Nak apa?" jawab Adel acuh tak acuh.

Syed tersenyum lebar.

"Nak pergi kampus ke? Jom naik dengan aku," ajak Syed sambil mengangkat kedua keningnya.

Mimik wajah Adel sudah jelas menunjukkan bahawa dia memang tidak berkenan dengan pelawaan lelaki itu.

"Tak minat dan tak elok berdua-duaan dengan lelaki." Adel terus berpalingkan diri.

Syed tertawa mendengar jawapan yang keluar daripada mulut gadis itu. Padahal jika dia menempah grab pasti pemandunya lelaki juga.

"Janganlah nak alim sangat. Sekarang ini siang buta kot, tak adanya berdua-duaan. Orang nak ajak tumpang je bukan buat apa pun."

"Lebih bagus kita mengelakkan fitnah." Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Adel hingga Syed pun terdiam membisu.

"Jual mahal betul." Syed kemudian masuk ke dalam perut kereta dan terus memandu beredar dari perkarangan rumah tersebut. Malas sudah dia ingin merayu gadis itu.

Adel menghela nafas lega.

"Gila! Sejak bila pula dia jadi jiran aku eh? Orang kat kampus kata dia kaya tapi kenapa beli rumah biasa-biasa je dekat sini?" desis Adel sendirian.

Malang betul nasibnya hari ini. Keretanya rosak dan tiada layanan daripada grab. Kini dia buntu ingin meminta pertolongan daripada siapa.

Bunyi hon menyentak lamunannya lalu dia bangun melihat kereta milik Rinne sudah bertapak di hadapan rumahnya. Senyuman mesra dipaparkan.

"Kereta kau rosak ke?" tanya Rinne sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada kenderaannya itu. Satu bekas makanan dipegang.

Adel mengangguk dengan mulut yang bergumam tanda ingin meminta tolong. Rinne tersenyum lalu menghulurkan bekas makanan itu kepada Adel.

"Jom aku hantar."

Semasa perjalanan mereka ke kampus, Adel memakan kuih ketayap yang diberikan rakannya itu. Terharu hatinya mendengar Rinne teringat akan si dia ketika membuat kuih tersebut. Sejak kecil lagi, Adel suka makan kuih ketayap kerana itu merupakan kuih kegemaran ayahnya dan itu juga merupakan caranya untuk sentiasa mengingati ayahnya walaupun sudah lama tidak bertemu.

"Aku rindu ayah aku."

Rinne menoleh ke kiri lalu memegang tangan Adel.

"Aku harap kau dapat jumpa dengan ayah kau lagi." Habis menitis air mata Adel sebaik sahaja mendengar ucapan Rinne.

Sudah lama ayahnya tidak membalas mesej bahkan khabar pun tiada. Adel cuba mencari ayahnya namun jiran-jiran mengatakan bahawa ayahnya telah pindah ke Kuala Lumpur bersama isteri dan anak-anaknya.

Sejak dari itu Adel tahu mungkin ayahnya tidak menginginkan dia lagi. Pertelingkahan antara Tuan Zahid, ayah kepada Adel bersama Puan Merlyna merupakan satu hal yang besar hingga Tuan Zahid tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah mereka lagi. Encik Aryan yang merupakan kekasih kepada Puan Merlyna menjadi batu api yang memburukkan hubungan mereka lagi padahal selepas cerai mereka baik-baik sahaja namun dek kerana Encik Aryan, Puan Merlyna kini salah sangka dengan bekas suaminya itu hingga ke hari ini.

SELESAI kelas, Adel berjalan ke taman kampus melihat tasik yang tenang itu. Langkahnya terhenti apabila dia melihat Nadeem dan seorang wanita yang mengenakan purdah serta seorang rakan perempuan yang lain.

'Siapa pula perempuan itu.'

Akhirnya, Adel dapat mengenalpasti wajah gadis berpurdah itu. Dia rupanya wanita yang terkenal di kampus kerana dia merupakan penggelola kelab aktiviti kemanusiaan di kampus.

"Hm." Adel sedikit cemburu apabila gadis tersebut berborak panjang dengan Nadeem. Wajahnya ditundukkan.

Nadeem kemudian menoleh ke kanan dan melihat Adel yang sedang menunduk dengan wajah yang sedih menatap jalan. Dia kemudian menyelesaikan perbicaraan dengan Weena yang mengajaknya untuk menyertai kelab kemanusiaan mereka.

"Baiklah kalau awak berminat boleh beritahu kami." ucap Weena sambil membetulkan purdahnya yang bergerak akibat tiupan angin yang sempoi-sempoi.

Adel mengangkat wajahnya dan dia melihat Nadeem berjalan ke arahnya. Langkahnya semakin laju hingga dia berjalan melepasi Nadeem. Nadeem pula terhenti dan menoleh ke belakang hairan melihat gadis itu berjalan dengan marah.

Sedang kesal tiba-tiba kucingnya, Kosu muncul di sebalik pokok. Adel terus berlari mendapatkan Kosu. Kucing berbulu pendek itu diangkat lalu dia bawa ke sebuah bangku yang berhadapan dengan tasik itu. Kosu dibelai.

"Isy! Kosu tahu tak yang ayah Kosu itu bukan main lagi dia berborak dengan perempuan lain! Ibu cemburu tau." bebel Adel.

"Ibu tak boleh terima dia bercakap dengan perempuan lain!"

Bunyi tapak kasut terdengari semakin mendekat. Satu suara menyapa Adel.

"Comelnya, tak apa ibu. Ayah janji tak cakap dengan perempuan lain," tegur jejaka tersebut lalu Adel menoleh ke belakang dan melihat figura Tengku Syed Hanif yang berdiri sambil tersenyum ke arahnya.

Adel memberi jelingan maut kepada Syed lalu dia bingkas bangun dan berjalan pantas menghindari Syed. Syed pula tertawa kecil. Menarik sungguh gadis itu. Sombong tapi comel!

Syed terus mengikuti langkah Adel yang pantas itu sambil berteriak memanggil nama gadis itu. Nadeem pula melihat mereka berdua lalu Hans menepuk bahu kanannya.

"Gilalah perempuan itu! Tak dapat kau, Syed pula dia dapat. Habislah rosak dikerjakan Syed. Dia itu kaki perempuan, kaki clubbing!" Hans pun turut memerhatikan Syed yang mengejar gadis itu. Nadeem mengerut dahinya.

"Kalau Adel dengan Syed bersatu, muncullah perangai sebenar Adel. Mesti dia penat jadi munafik dekat kampus ini. Entah-entah dekat luar masih terbuka lagi." Nady tertawa.

Nadeem menghela nafas.

"Nadyrah Madyne, jaga mulut itu," pesan Nadeem kemudian dia beredar meninggalkan Hans dan teman wanitanya itu.

Nady menghentak kakinya tanda marah dengan ucapan Nadeem yang membuatnya seolah-olah perempuan jahat. Wajah Hans dipandang dengan mimik wajah yang tidak puas hati.

"Sayang, janganlah marah sangat," pujuk Hans.

"I dah cakap dekat you yang Nadeem itu suka dekat perempuan gila itu. Dia asyik backup perempuan itu je! Entah-entah dah kena minyak dagu agaknya!"

"Isy, tak mustahil! Nadeem tak pernah lagi caring dengan perempuan. Entah-entah Adel itu calit minyak dagu ke apa kita mana tahu kan?"

[C] Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now