STSA 3

48K 1.9K 310
                                    


"Balik dah cucu atok ni" Encik Mus memeluk erat Nadia seperti sudah 8 tahun tak jumpa.

Nadia membalas pelukkan atoknya.

"Nenek mana, tak ikut sekali ke?"

"Sakit pinggang katanya" Nadia hanya ber-oh.

"Duduk dulu atok ada benda nak bincang dengan kamu ni" Nadia melabuhkan punggunya diatas sofa.

Hening seketika.

"Apa dia yang atok nak bincangkan tadi?" Tanya Nadia.

"Pasal perkahwinan kamu dengan Zafriel" Berubah air muka Nadia mendengar jawapan dari Encik Mus.

"Nad nak sekolah lagi"

"Nad masih boleh bersekolah tapi dengan status menjadi isteri orang"

"Tapi Nad tak sedia lagi nak jadi isteri orang" Encik Mus terdiam diikuti ummi dan abah Nadia yang berada disisi Nadia dari tadi lagi.

Uhuk!! Uhuk!!

Encik Mus batuk sambil menggosok dadanya dengan segera ummi memberi segelas air kosong untuk melegakan batuk Encik Mus.

"Atok nak tengok kamu kawen dengan Zafriel sebelum dijemput ilahi" Kata Encik Mus sambil menggosok dadanya yang terasa sakit.

Nadia sebak mendengar ia tak mahu orang yang dia sayang pergi tinggalkan dia. Mahu tak mahu dia terpaksa menerima Zafriel dengan hati terbuka.

"Nadia masuk bilik dulu" Ummi dan abah balas dengan anggukan.

"Mantap lah, lakonan ayah"

"Senang je nak pujuk cucu aku tu"

Yup, tadi hanya lakonan yang dirancang mereka supaya Nadia menerima perjodohan ini.

🪐

"Nad atok dah nak balik Terengganu ni, nenek kamu tu rindu kat atok katanya" Nadia menyalam tangan atoknya.

"Hahaha yelah tok kirim salam kat nenek"

"Hm yelah, atok pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" Jawab serentak ummi dan Nadia.

Encik Mus pergi dari kawasan rumah Nadia yang ditemani abah yang akan hantar Encik Mus di halte bus.

"Tercegat apa lagi ni, pergi masuk bilik buat kerja sekolah kena denda cam pagi tadi kang baru tahu!" Nadia terkejut eh? Macam mana ummi boleh tahu yang dia kena denda tadi?

"Takyah nak buat muka terkejut Zafriel yang report kat ummi tadi"

Nadia ingat kembali waktu dia didenda oleh cikgu Mawar, Zafriel sempat melihatnya berdiri di luar kelas.

"Bangsat punya batu" Umpat Nadia cukup perlahan lalu pergi ke biliknya.

Ummi hanya menggeleng kepalanya.

"Bila lah nak matang"

🪐

Waktu pj Nadia duduk ditepi padang menunggu Isya mengambil badminton di stor bilik sukan.

"Kelas batu tu pj jugak rupanya hari ni" Nadia membuang muka setelah tak sengaja eye contact dengan Zafriel.

"Jom main" Isya datang membawa raket dan bulu tangkis.

"Kau main dengan dinding ke!?" Nadia dari tadi lagi main tak betul padahal sebelum ni Nadia pandai jer.

"Sorry lah"

'Batu tu asyik tengok aku je memang takleh fokus lah'

"Kau main lah dengan Eryn aku nak rehat" Nadia duduk rehat di tepi padang melihat orang lain main.

Perlahan bola sepak yang dimain oleh kawan-kawan Zafriel menuju kearah Nadia.
Nadia mengambil bola ingin bagi kepada Zafriel.

Zafriel mendekati Nadia.

"Duduk kat lain nanti kau kena bola aku pulak susah" Kata Zafriel dingin merenung mata Nadia.

"Asal kau pulak yang susah?" Tanya Nadia berkerut dahi licinya.

"Kau lupa ke kau ni bakal isteri aku, memang patut lah aku kena jaga kau" Tekan Zafriel lalu mengambil bola dipegang Nadia dan sambung bermain.

Nadia masih tercegat memikirkan balik kata-kata Zafriel.


Tbc



SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now