STSA 13

40K 1.9K 187
                                    


"Nad balik dulu ya" Nadia menyalam satu persatu mak saudaranya sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur bersama Zafriel.

"Yelah, Zafriel hati-hati memandu" Pesan nenek kepada Zafriel.

"Baik nek"

Giliran Zafriel bersalam dengan Ariq terus berubah muka. Ariq tersenyum ramah kepada Zafriel walaupun dia tahu Zafriel tidak menyukai dirinya.

"Jaga Nadia baik-baik" Zafriel mengganguk seraya menjabat tangan Ariq.

"Bye Nadia"

"Bye abang Ariq"

Bayangan Nadia dan Zafriel menjauh dari halaman rumah nenek. Ariq masih lagi tercegat tersenyum pahit bila dipikirkan balik menyesal rasanya tak nyatakan cinta yang bertahun-tahun ia pendam pada Nadia sebelum Nadia menjadi milik orang lain.

Benda dah jadi Ariq perlu ikhlaskan saja.

🪐

"Assalamualaikum Cikgu Mawar!" Semua pelajar 4 Fatonah bangun apabila ketibaan cikgu Mawar guru kelasnya.

"Waalaikumsalam murid-murid"

"Eh jangan duduk lagi" Arah cikgu Mawar. Nadia dan kawannya memandang satu sama lain pelik.

"Abang dan kakak pengawas kita akan membuat spotcheck pada pagi ni jadi sila menjauh dari beg anda" Kata cikgu Mawar diakhiri senyuman manis.

Nadia terkejut dalam diam seketika. Alamak! Harini aku bawa telefon! Jantung Nadia semakin berdegup kencang apabila salah seorang pengawas lelaki menghampiri mejanya.

"Biar aku yang check beg dia kau pergi check beg orang lain" Pengawas itu mengganguk patuh mendengar arahan dari Zafriel.

Nadia hanya diam apabila Zafriel membuka satu persatu zip begnya dan berdoa agar Zafriel tidak jumpa telefon yang ia selit di antara buku-buku.

Nadia menahan malu apabila Zafriel jumpa dua keping pad di dalam zip paling depan. Zafriel yang jumpa pad tu hanya tersenyum kearah Nadia.

Aishh!

Nadia kembali berdebar apabila Zafriel buka zip yang tempat ia simpan telefonnya.
Zafriel memandang dingin kearah Nadia lalu menutup balik beg milik Nadia.

"Berapa kali abang nak pesan jangan bawak phone kat sekolah nanti kena rampas" Kata Zafriel perlahan. Nadia tersenyum seperti kerang busuk memang Zafriel pernah pesan kat dia sebelum ni tapi dia degil taknak dengar.

"Nasib baik yang check beg kau ni suami kau sendiri" Kata lagi Zafriel lalu pergi ke meja pelajar lain tanpa merampas telefon milik Nadia.

🪐

"Tak aci! Kenapa fon kau tak kena rampas jugak!?" Isya cuba menenagkan Hanna yang tengah panas akibat telefon dia dirampas oleh Zafriel.

"Sebab aku pandai sorok bukan cam kau"

"Fon kau kena jugak le Eryn?" Tanya Isya.

"Aku tak bawa fon sebab aku datang sekolah nak belajar bukan nak menggatal" Kata-kata Eryn seakan-akan tuju kepada seseorang.

Nadia yang mendengar itu tak sentap langsung. Mungki Eryn tuju kepada orang lain?

"Aku nak fon aku balik" Hanna membuat muka ingin menangis. Dia memang tak boleh hidup tanpa telefon baginya telefon itu seperti nyawa.

"Camne aku nak menjawab depan mak bapak aku ni" Ujar lagi Hanna.

Nadia yang bersimpati mendengar itu pun memutuskan untuk mengambil telefon Hanna dari Zafriel.

🪐

Tok! Tok!

Nadia mengetuk pintu bilik Zafriel yang terkunci dari dalam. Beberapa saat kemudian Zafriel membuka perlahan pintu biliknya membiarkan Nadia masuk.

Nadia melangkah masuk ia melihat buku-buku dan kertas berselerak diatas katil Zafriel sepertinya Zafriel mengulang kaji.

"Nak apa datang sini" Zafriel memeluk Nadia dari samping kepalanya diletak atas bahu Nadia ia penat mengulang kaji.

"Hmm...telefon Hanna dengan cikgu Zahiran kan?" Soal Nadia.

"Hm"

"Hmm...boleh tak tolong ambik balik telefon Hanna" Soal lagi Nadia ia mendapat rasa deruan nafas Zafriel di tekaknya.

"Boleh"

Mengembang senyuman Nadia.

"Tapi dengan satu syarat" Luntur balik senyuman Nadia. Sikit-sikit syarat bosan lah.

"Syaratnya Nadia kena tidur dengan abang mulai sekarang. Tak baik suami isteri tidur berpisah sebenarnya" Kata Zafriel dengan nada manja.

"Jangan risau abang takkan buat pape kat sayang" Kata Zafriel menyakinkan Nadia.

"Kalau camtu ok lah tapi abang kena ambik balik fon Hanna" Zafriel mengganguk ia akan mengambil esok pagi di bilik disiplin.

"Nak kiss" Zafriel memacungkan bibirnya.

"Sikit-sikit dah ar lebih-lebih lak" Kata Nadia acah-acah menyampah dengan Zafriel.

"K" Zafriel bangun ia kembali mengulang kaji yang sempat ia tinggalkan.

Nadia ketawa dia baru tahu sifat sebenar Zafriel yang mula-mula jenis dingin macam batu tapi bila dengan orang tersayang yang buat dia rasa nyaman keluar lah sifat sebenar Zafriel.

Sorry hambar:)

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now