STSA 11

42.1K 1.8K 142
                                    

"Waalaikumsalam ummi, ada apa call Nadia ni?"

"Ummi nak bagitahu yang lusa ni Kak Mira kamu tu kahwin"

Nadia baru teringat yang Kak Mira sepupunya dah nak berkahwin.

"Ouhh...nasib baik ummi tolong ingatkan"

"Ish, kamu ni kalau ummi tak bagitahu memang takkan ingatlah"

Ha kan dah kena marah tu.

"Lusa nanti kamu dan Zafriel balik lah kat Terengganu ni , ummi dan abah balik esok nak tolong apa yang patut" Ujar lagi ummi.

"Ha yelah ummi, kirim salam kat abah tau"

"Okk assalamualaikum ummi letak dulu"

"Waalaikumsalam"

Selesai berbicara dengan ummi melalui talian Nadia melihat Zafriel baru pulang dari futsal.

"Ummi suruh balik Terengganu lusa ni sebab sepupu aku kahwin" Zafriel hanya berlalu pergi menghampiri sofa lalu merebahkan dirinya dan tertidur kerana kepenatan.

"Amboi, tu pergi main futsal ke pergi berperang?" Soal Nadia. Nanti je lah dia cakapkan.

🪐

"Cepatlah Nadia kau buat apa lama sangat tu?" Tanya Zafriel yang bosan menunggu Nadia bersiap dari luar bilik.

"Sabarlah!" Jerit Nadia.

Zafriel mendengus kesal ia turun menunggu di bawah.

"Ha jom" Kata Nadia melihat Zafriel sedang memainkan telefonnya.

"Lah, baru siap ke? Asal tak siap minggu depan je?" Perli Zafriel. Nadia hanya menjeling kearahnya.

"Kau ingat senang ke jadi perempuan semua benda kena nampak sempurna cam awning aku ni kat sejam aku buat" Ucap Nadia panjang lebar.

"Jangan risau awning kau jadi ke tak jadi kau tetap sempurna dimata aku" Nadia shock mendengarnya. Dia salah dengar ke?

"Ha?" Nadia pura-pura tak dengar sebab nak Zafriel ulang sekali lagi.

"Takde apa, jom lah"

🪐

Alhamdulillah selamat juga akhirnya perjalanan Zafriel dan Nadia dari Kuala Lumpur ke Terengganu yang mengambil masa selama 6 jam.

Zafriel meregangkan otot-ototnya. Gila tak penat duduk lama-lama dalam kereta walaupun bukan dia yang pandu tapi driver yang di upah. Gila ke budak sekolah bawa kereta?

Nadia dengan ceria keluar dari perut kereta menapak ke rumahnya, Nadia melihat banyak kereta saudara-maranya yang sedang siapkan hidangan untuk tetamu.

"Nenek! Kak Nad dah sampai!" Nenek turun dari rumahnya apabila dengar jeritan cucunya Ecah.

"Assalamualaikum nek" Nadia mendekati neneknya lalu bersalam dan mencium tangan berkedut neneknya.

Zafriel yang mengikuti Nadia dari belakang hanya diam melihat sekelilingnya.

"Ya Allah, cucu aku" Nenek memeluk erat Nadia ia mencium pipi Nadia.

Setelah selesai drama Nadia dan neneknya giliran Zafriel untuk bersalam.

"Mana atok?" Tanya Zafriel.

"Ada dekat atas korang naik lah kat atas" Zafriel tersenyum kepada nenek lalu masuk kedalam rumah dengan bagasinya dan Nadia.

Nadia terkejut apabila melihat saudara dan sepupunya sedang berborak didepan tv manakala sepupu yang kecil sibuk berebut mainan.

"Assalamualaikum" Nadia dan Zafriel memberi salam.

"Waalaikumsalam, eh Nad!" Nadia dipeluk erat oleh Dhia sepupu yang sebaya dengannya.

"Aboh aku mana?" Nadia mencari keberadaan abahnya.

"Aboh mu gi kedai beli gula" Jawab Dhia.

"Ha, Nad Zafriel kamu pergi lah rehat dulu lepastu bersiap pukul 12 nanti majlis dah mula" Kata Ummi.

"Baik ma" Zafriel pergi masuk kedalam bilik yang ditunjuk oleh ummi.

"So camne?" Tanya Dhia.

"Camne apa?" Tanya balik Nadia.

"Dah ada isi ke dalam perut tu?" Nadia terkejut mendkeluar jawapan dari Dhia.

"Eh,mung ni pelik-pelik lah aku koloh agi kan" Terkeluar loghat Terengganu Nadia ia menggeleng kepalanya.

"Oloh, orang gurau je pun"

"Tok mung"

Dhia ketawa melihat Nadia memarahinya. Nadia pun pergi masuk kebiliknya meninggalkan Dhia.

Nadia merebahkan dirinya keatas katil lelah rasanya.Akibat terlalu penat Nadia tertidur dengan tudungnya masih dipakai.

"Nadia bangun" Nadia masih menutup matanya.

"Bangun lah Nadia ummi suruh bersiap tu" Zafriel menepuk perlahan pipi Nadia.

"Hm yelah" Nadia terpaksa bangun ia pergi keluar dari biliknya ingin mandi.

🪐

Selesai siap apa semua Nadia dan Zafriel turun untuk menyambut tetamu dengan pakai sedondong warna putih. Cam diorang pulak nak kahwin.

"Ni lah, menantu Mazuki kan?" Tanya makcik disebelah Zafriel.

"Iye, makcik" Zafriel tersenyum ramah.

"Kacak betul orangnya" Zafriel hanya tersenyum dengan pujian makcik disebelahnya.

"Anak makcik yang nama Milah tu cantik jugak kalau berkenan boleh lah pm makcik" Tersedak bubur kacang yang Nadia makan.

Amboi makcik! Tak padan dengan tua nak mati sempat lagi kau nak jodohkan laki aku dengan anak kau tu!

Milah hanya tersenyum malu.

"Makcik ni buta ke apa?! Zafriel ni dah ada isteri dan isteri Zafriel ialah saya makcik ni memang tak reti jaga perasaan saya ke?"
Nadia dah start nak mengamuk.

"Alah, dalam Islam kan boleh kawin empat jadi takpe lah kan?" Tanya makcik tu ke anaknya Milah. Milah mengganguk laju setuju dengan mak dia.

"Patut lah, laki makcik tinggalkan makcik rupanya mulut puaka!" Terbeliak mata makcik tu.

"Kurang ajar mak bapak kau tak ajar adab!?" Tanya makcik marah.

"Saya yang patut tanya makcik!"

Zafriel yang sedari semakin ramai tetamu yang melihat pergaduhan Nadia dan makcik bawang tu pun menghentikan, ia menenagkan Nadia terlebih dahulu Zafriel taknak lah suasana semakin riuh.

Nadia bangun pergi meninggalkan Zafriel bersama yang lain.

Sorry kalau buat korang menunggu:)

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now