STSA 26

35.6K 1.5K 119
                                    


"Betul ke apa yang Nadia buat ni?" Abah bertanya dengan penuh serius.

Nadia mengangguk berkali-kali.

"Nadia nak beri peluang kedua dekat Zafriel. Dan Zafriel pun dah menyesal" Jawab Nadia.

"Kalau Nadia rasa begitu, abah izinkan Nad beesama Zafriel semula"

"Semua orang berhak mendapat peluang kedua, tapi tak semua orang dapat hargai peluang kedua" Sambung abah. Dia tak nak anak perempuannya disakiti untuk kali kedua.

"Ummi pun setuju dengan abah kamu. Ummi izinkan kamu bersama dengan Zafriel semula" Kata ummi diakhiri senyuman penuh ikhlas.

"Esok abah akan bincangkan pasal ni dekat papa Zafriel"

"Okay lah...Nad masuk bilik dulu selamat malam ummi abah" Nadia bangkit lalu menuju kebiliknya.

🪐

"Good morning Nadia..." Tegur Adam sambil membuka pintu kereta untuk Nadia.

"Good morning Adam" Nadia masuk tanpa melihat wajah Adam.

"Are you okay?" Soal Adam pelik apabila Nadia hanya diam sepanjang jalan biasanya banyak bunyi.

"Okay aje" Mata Nadia termenung di tingkap dia masih memikirkan hal semalam. Harap-haraplah benda yang dia buat tu betul.

"Hmm...kalau Adam maafkan tak dengan orang yang pernah sakiti Adam?" Tiba-tiba saja Nadia bertanya.

"Tengok atas apa yang dia buat dekat Adam lah kenapa?" Adam memaling wajahnya kearah Nadia.

"Sebab Nadia ada masalah sikit dengan Zafriel" Jawab Nadia. Sikit ke?

"Your husband?"

Nadia mengganguk kembali.

Adam kembali memaling wajahnya kejalan raya. Dia diam. Dia hampir terlupa bahawa perempuan disebelahnya sudah berkahwin.

"Terima kasih saya pergi dulu"

Sebaik saja Nadia pergi Adam masih berada disitu dia memandang kosong kearah Nadia stereng digenggam kuat.

"Kau tak boleh terlepas Nadia" Entah setan apa yang telah rasuk Adam saat ini sampaikan dia berkata begini.

🪐

"Eh, hari ni tak nampak pula si Arissa tu" Nadia memandang sekelilingnya pelik kerana biasanya Arissa mengedik sana sini.

"Buat apa kau cari betina sundal tu?" Soal Isya dengan malas.

"Saja"

"Guys! Guys! Aku ada berita baik untuk korang ni!" Hanna berlari anak kearah Nadia dan Isya. Ada berita baik katanya?

"Berita baik apa?" Tanya Nadia dahinya Berkerut-kerut.

"Arissa betina sundal tu telah dibuang sekolah!" Hanna melompat-lompat gembira manakala Nadia pula hanya terkejut. Bagaimana si Arissa tu boleh dibuang sekolah?

"Macam mana pula Arissa tu boleh kena buang sekolah dia ada buat salah apa?" Tanya Nadia.

"Haih...kau patutnya gembira bila dengar betina sundal tu kena buang sekolah" Balas Hanna sambil duduk berhadapan Nadia.

"Tapi sekarang ni aku nak tahu kenapa dia dibuang sekolah?" Nadia mula kesal.

"Aku dengar dari kelas dia kata yang dia buat masalah besar dekat Zafriel and...aku rasa masalah besar tu kau" Jari telunjuk Hanna ditunjuk ke Nadia.

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now