STSA 14

44.9K 2K 420
                                    


"Isya balik sekolah nanti kau teman aku pergi mall eh"

"Buat apa?"

"Beli hadiah untuk someone" Kata Nadia penuh misteri. Tak sabar dia nak beli hadiah untuk hari jadi Zafriel esok.

"Berahsia pulak kau" Eryn menjeling sekilas padahal dia sudah tahu yang esok birthday Zafriel.

Nadia perhati je sejak kebelakangan ni Eryn lain sikit macam selalu marah dekat dia jeling dia padahal dia tak buat apa-apa pun.

🪐

"Kau nak beli apa?" Tanya Isya

"Kasut nike air force" Jawab Nadia matanya mencari tempat jual kasut berada.

"Untuk siapa?" Tanya lagi Isya.

"Untuk..." Nadia memandang Isya yang menunggu jawapan dari mulut Nadia.

"Kalau aku kata aku dah ada suami kau percaya tak?" Isya menjungkit kening tanpa memberi reaksi.

"Maksud kau?"

Mungkin ini masa yang tepat untuk Nadia beritahu kepada Isya yang dia sudah berkahwin dan suaminya ialah Zafriel.

Apa reaksi Isya selepas ni?

"Jom aku cerita kat cafe sana"

🪐

"Aku... sebenarnya dah kahwin" Isya ketawa mendengar penyataan Nadia. Tak percaya.

"Kau tipu je kan?"

"Tak! Ni betul Isya aku dah kahwin masa bulan Mei" Isya diam sejenak. Betul ke apa yang kawan dia kata ni?

"Aku kahwin dengan Zafriel"
Isya membulatkan mata.

"Jap...camne kau boleh kahwin dengan si Zafriel tu bukan ke kau benci sangat dekat dia?" Isya betul-betul tak percaya yang sahabatnya sudah kahwin.

"Aku kena paksa kahwin dengan dia. Kalau aku cerita pasal apa aku kena kahwin dengan dia mesti kau rasa macam dalam drama tv3" Jelas Nadia.

"Janji dengan aku yang kau takkan beritahu kepada siapa-siapa pun pasal ni. Aku percaya kat kau sorang je"

Isya mengganguk laju. "Aku janji"

"Dah yang kau suruh teman ni buat beli hadiah untuk Zafriel lah ni?"

"Iye, esok birthday dia"

"Kalau camtu jom lah kita pergi beli. Aku akan tolong kau pilih" Ucap Isya penuh semangat.

🪐

Nadia pulang dari mall melihat Zafriel yang belum pulang dari syarikat bapa mertuanya. Walaupun Zafriel masih muda ia tetap harus menolong papanya sebab senang nanti dia ambil alih syarikat bapaknya.

Nadia melangkah ke biliknya dengan barang-barang yang dibeli.

Tangan Nadia sibuk membungkus hadiah sambil melayan lagu 'Enchanted' di playlist telefonnya.

"Nadia jom makan" Suara Zafriel kedengaran dari luar bilik Nadia. Zafriel dah balik!

"Alamak" Cepat-cepat Nadia kemas barang-barang yang ia gunakan dan sorokkan hadiah yang tak siap dibungkus lagi.

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now