STSA 16

38.7K 1.7K 240
                                    

Zafriel berkumpul diluar rumah ditemani Reza dan yang lain. Berkepul-kepul asap pod dikeluar dari mulut mereka kecuali Zafriel sorang. Dia tak hisap pod .

Tapi kadang-kadang bila dia stress takde kerja dia hisap pod.

"Kau tahu tak aku jumpa siapa petang tadi" Semua memandang Danial.

"Siapa?" Tanya Reza yang ingin tahu.

"Arissa" Zafriel terkejut mendengar nama gadis yang pernah ia suka sebelum ia berjumpa dengan Nadia.

"Weh, serius lah?? Mesti dia semakin cantik lepas balik dari Singapore" Si Reza pulak yang excited.

"Kau jumpa dia kat mana" Giliran Hanif buka mulut.

"Airport masa aku hantar kakak aku" Jawab Danial.

Mata mereka tertuju kearah Zafriel yang dari tadi hanya diam tak bercakap sepatah habut perkataan. Entah apa yang bermain di fikiran Zafriel.

🪐

BUKK!!

Bahu Nadia dilanggar. Nadia menoleh melihat siapa gerangan yang buta tak nampak ke dia ada kat situ!?

"Eh, I'm so sorry" Terpegun Nadia melihat perempuan yang tak sengaja melanggar bahunya. Cantik gila!

"Eh, takpe..." Nadia tersenyum manis lalu perempuan tersebut melangkah pergi.

"Budak baru ke tu?" Sola Nadia.

"Tu bukan ke Arissa senior kita yang dulu. Kenapa pindah sini balik?" Kata Isya yang tiba-tiba disebelah kanan Nadia.

"Entah. Dulu kemain lagi dia kata nak pindah sekolah pastu takkan jejak kat sekolah ni" Kata Hanna yang berada disebelah kiri Nadia.

Nadia memandang bingung kedua-dua sahabatnya. Kenapa dengan Arissa? Dia budak baru pindah tahun lepas kat sekolah jadi tak tahu pape lah.

🪐

Zafriel termenung seorang diri di rooftop matanya tertutup lembut menghirup nafas yang segar. Menenagkan fikiran kusutnya.

"Hi?" Zafriel menoleh kearah suara lembut tu.

Arissa.

"Dah dekat setahun lebih kita tak jumpa and lost contact kan" Zafriel masih diam dia tidak mahu membalas apa-apa.

"So awak apa khabar? Sihat?" Soal Arissa.

"Kau tengok aku sekarang ada aku tengah sakit ke?" Perli Zafriel sini dia memandang Arissa yang masih tersenyum.

"Kau tak rindu aku ke?"

Jujur Zafriel rasa rindu dekat Arissa gadis yang pertama buat dia jatuh cinta. Tapi pada masa yang sama dia mencintai Nadia isterinya.

"Can we fix again?"

"No." Balas Zafriel lalu melangkah pergi dari Arissa. Ingat Zafriel kau tu laki orang.

Arissa tersenyum pahit melihat Zafriel pergi darinya. Dia akan berusaha sedaya upaya buat Zafriel jatuh cinta dengan dia lagi.

"Sayang" Terkejut Nadia bila ada orang memeluknya dari belakang. Nasib baik kat tempat rak buku ni takde orang. Kalau tak mati lah.

"Ni sekolah lah bukan rumah" Nadia menarik tangan Zafriel dari pinggangnya.

"Kalau kat rumah boleh lah buat cam tadi?" Tanya Zafriel dengan senyum nakal.

Nadia memutar malas matanya. Miang.

Dengar bisikan pelajar lain melihat kemesraan Zafriel dan Nadia. Ada yang tengok tak puas hati. Nadia dan Zafriel menghiraukan saja mereka.

"Bagai pinang dibelah dua"

"Betul-betul"

"Tapi Zafriel dengan Juliana lagi sepadan"

"Tak! Juliana pick me"

"Aku team Nadia dan Zafriel"

Itu lah bisikan pelajar lain yang tengah trending Zafriel x Nadia.

🪐

"Nadia?" Arissa melihat bingung apabila di ada orang tag dia di instagram seseorang. Gambar Nadia dan Zafriel terpapar jelas di skrin telefonnya.

Air matanya perlahan mengalir antara rasa marah, sedih dan menyesal sebab dulu pernah tinggalkan Zafriel demi lelaki lain.

"Kau okay tak ni?" Tanya Dhia terkejut tengok Arissa yang tiba-tiba menangis.

"Nadia dan Zafriel ada hubungan apa-apa ke?" Arissa menunjuk kepada Dhia apa yang membuat dia menangis.

"Tak tahu lah aku. Tapi aku tengok diorang rapat lain macam" Arissa menggegam kuat telefon rasa nak marah.

"Lain macam? Maksud kau?" Tanya lagi Arissa tak puas hati.

"Lain macam dia tu sampai bersentuh dan ada satu hari tu aku nampak diorang naik motor sama-sama macam tak tahu halal haram" Ujar Dhia memandai. Arissa diam sejenak setahu dia Zafriel ni jenis tak peduli pasal orang lain selain dia dulu.

"Entah-entah diorang dah kahwin sebab kena tangkap basah" Tuduh Fiyah tiba-tiba menyampuk.

Kahwin!?

Arissa menggeleng kepalanya buang fikiran negatif takkan lah Zafriel nak kahwin dengan Nadia. Dia rasa dia lagi cantik dan menarik kalau nak dibandingkan dengan Nadia.

🪐

Zafriel memandang Nadia dengan senyuman melihat Nadia yang tengah bina istana pasir di tepi pantai.

"Tak jadi lah istana pasir" Nadia memacungkan bibirnya rasa kesal istana yang dia bina asyik jatuh je.

"Tak jadi lah sebab sayang buat dekat tepi ombak. Meh buat kat sini biar abang tolong" Nadia melangkah ke Zafriel.

"Malas dah nak buat" Nadia melabuhkan punggunya ditepi Zafriel beralaskan selipar.

"Begitu syulit lupakan Raihan apalagi Raihan baik" Berkerut dahi Zafriel mendengar suara sumbang Nadia.

"Begitu susah mencari gantinya" Sambung Nadia menghiraukan Zafriel. Matanya melihat pemandangan didepan. Matahari terbenam indah.

"Jantan mana pulak nama Raihan tu?" Soal Zafriel nada cemburu.

"Skandal baru" Selamba jawab Nadia. Saja nak usik Zafriel.

Tbc

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now