STSA 34

31K 1.4K 130
                                    

"Aku tanya ni...mana Zafriel kenapa Zafriel tak ada dalam bilik tu"

"Zafriel pergi Australia" Tubuh Nadia mengeras. Australia? Kenapa mama dan apap tak beritahu hal ini.

"Dia pergi Australia untuk dapatkan rawatan yang lebih baik"

"Kenapa mama dan papa tak beritahu dekat aku dulu?" Nadia terduduk menangis.

Isya mengambil tempat disebelah lalu memeluk Nadia.

"Aku tahu semua ni salah aku tapi kenapa mama dan papa tak beritahu dekat aku pasal ni?" Nadia menangis dalam dekapan Isya.

Isya hanya diam tiada jawapan.

"Aku rasa lebih baik telefon mertua kau tu" Kata Hanif. Dia tahu tetapi tidak mahu beritahu biarlah Nadia dengar sendiri dari mulut mentuanya itu.

"Aku nak balik rumah ummi"

"Jom aku hantar" Isya menolong Nadia bangun.

🪐

"Ummi rasa lebih baik kamu telefon mama tanya dia"

Nadia menunduk.

"Mama dan papa jauhkan Zafriel dari Nadia mesti sebab Nadia kang" Nadia tersenyum pahit seraya memandang wajah umminya.

"Tak...jangan fikir macamtu. Mesti ada yang sesuatu terjadi, telefon dulu tanyakan pasal ni" Nadia mengangguk lalu perlahan mencapai telefonnya.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi"

"Tak bolehlah ummi"

Nadia cuba menelefon lagi.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi"

"Tak dapat jugalah ummi" Kata Nadia suaranya mula serak ingin menangis.

Bunyi pintu rumah terbuka. Abah yang baru balik dari surau memandang anak dan isterinya. Rasa serba salah tidak memberitahu dari awal.

"Zafriel sebenarnya ada dekat luar negara"

Nadia yang tadi bersila di bawah bangun melabuhkan punggunya di atas sofa berhadapan abah.

"Nadia tahu. Dia pergi mesti sebab Nad kang? Sebab dia nak tinggalkan Nad kang?" Ujar Nadia dengan binir berketar-ketar.

"Bukan begitu..."

"Kalau bukan macamtu macam mana lagi? Nad tahu mesti mama dan papa marahkan Nad sekarang ni sebab tu dia jauhkan Zafriel dari Nad" Belum sempat abah menghabiskan ayatnya Nadia sedah memotong laju.

"Nadia dengar dulu apa abah nak cakap" Kata abah lembut tepi kedengaran tegas.

"Semua ni salah Nadia, Nadia punca Zafriel jadia macam ni" Balas Nadia. Air mata tidak dapat dibendung.

"Nad jangan salahkan diri sendiri, semua ni dah tertulis jadi kita sebagai manusia hanya mengikut rancangan yang telah Allah buat" Kata abah ingin sedarkan Nadia.

"Zafriel kritikal Nadia. Dia perlukan rawatan yang lebih baik jadi papa sudah bincangkan hal ini dengan abah sebelum dia pergi Australia. Semua ni untuk kebaikan Zafriel dan Nad. Tolong faham" Terang Abah.

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now