STSA 37

36K 1.6K 150
                                    

"Berapa lama Zafriel koma?"

"6 bulan" Jawab mama.

Hening.

"Nadia mana?" Tanya Zafriel buat kali entah ke berapa.

"Zafriel nak jumpa isteri Zafriel" Mama yang sedang menyuap bubur untuk Zafriel terhenti seketika.

"Mama tahu Zafriel rindu dekat Nadia tapi Zafriel kena sabar dulu Zafriel tak boleh keluar dari hospital lagi"

"Papa mana?"

"Papa keluar kejap ada kerja katanya"

Bubur disuap masuk ke dalam mulut Zafriel sehingga licin.

"Zafriel ingat semua ke?" Soal mama sambil menatap wajah anaknya.

"Ingat. Semuanya" Zafriel menatap kosong fikirannya mengimbas kembali kejadian tempoh hari itu.

"Adam" Selimut hospital digenggam. Satu nama yang sangat ia benci.

"Adam dah masuk lokap" Zafriel berpaling muka ke arah mamanya.

"Masuk lokap je? Mama rasa setimpal ke selepas apa yang dia buat dengan anak dan menantu mama?"

"Maksud mama Adam maksud lokap dulu sementara pembicaraan mahkamah seterusnya"

"Orang upahan Adam yang langgar Zafriel tu?"

"Dia dah kena tangkap dan akan senasib dengan Adam nanti"

"Hm baguslah macam tu. Pastikan dia dapat balasan yang setimpal"

🪐

Ariq berjalan menuju ke Nadia yang sedang duduk termenung di buaian kayu buatan abah. Tangan Nadia tidak lepas dari memegang perut.

"Nadia"

Sikit pun Nadia tidak menoleh masih dalam fikiran sendiri.

"Nadia" Nadia tersentak dari lamunannya.

"Oh, abang Ariq" Nadia memberi ruang kepada Ariq untuk duduk disebelahnya.

"Termenung apa sampai dua kali panggil tak sedar" Nadia tersenyum kecil.

"Takda lah"

"Rindu Zafriel eh?"

"Kalau Nad kata tak rindu tu memang munafiklah. 6 bulan kot Nad tak jumpa Zafriel suami Nad sendiri memang rindulah. Hahaha" Wajah sepupunya dipandang. Ariq yang sedar mata mereka bertembung cepat-cepat dia mengalih pandangannya.

"Jomlah masuk rumah abang Ariq dah beli buat rambutan kuning yang Nad minta tu" Ariq sengaja mengubah topik.

"Terima kasih sebab sudi carikan buah rambutan kuning untuk baby Nad. Nad masuk rumah dululah" Nadia bangun mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Buaian yang masih terhayun perlahan dibiarkan setelah itu Ariq bangun menyusul Nadia dengan perasan bercampur baur.

"Bunga bukan sekuntum Ariq" Bisiknya pada diri sendiri lalu selipar ditanggalkan.

"Duduk elok-elok makan tak padan dengan anak dara" Ujar ummi.

"Hah anak dara?" Tanya Nadia dengan muka blur. Ummi terus terdiam lupa anak dia ni bukan anak dara, dah nak jadi mak orang.

"Takda apalah makan buah rambutan tu"

Sebiji buah rambutan dicabut dari tangkal lalu mengupas kulit. Dengan senang hati Nadia memasukan kulit buah rambutan kuning ke dalam mulutnya. Isi rambutan pula diletak dalam plastik semula.

Ummi dan Ariq yang berada disitu tercengang melihat tindakan yang tidak dapat dijangka.

"Ya Allah Nad kenapa makan kulit!" Nadia yang tengah mengunyah kulit rambutan terhenti buat seketika.

"Baby yang nak makan kulit buah rambutan kuning ni bukan Nad" Jawab Nadia dengan polos lalu sambung mengunyah tanpa rasa pahit.

"Tak pahit ke Nad?" Soal Ariq.

"Tak pahit pun rasa manis. Abang Ariq nak cuba?" Kulit buah rambutan dihulur, Ariq menggeleng kepalanya tanpa tidak mahu.

"Ummi pun pernah mengidam tapi taklah pelik macam ni"

"Yang bukan-bukan aje lah cucu ummi ni minta" Sambung ummi lalu mengelus perut Nadia.

🪐

"Mama bila Zafriel boleh balik Malaysia ni"

Mama mengeluh sudah kali keberapa puluh Zafriel menanyakan soalan yang sama.

"Tanya papa kamu"

Zafriel dengan bersusah payah bangun ingin mencapai tongkat yang disediakan untuk membantunya berjalan.

"Nak pergi mana?" Tanya mama.

"Cari papalah" Jawab Zafriel bersahaja.

"Tak payah biar mama yang panggil papa Zafriel duduk aje" Zafriel kembali duduk di atas katilnya.

Dengan penuh beehati-hati Zafriel baringkan dirinya semula. Siling putih hospital ditatap. Bayangan Nadia memenuhi mindanya. Rasa rindu tak terkata apabila teringat kembali kenangan mereka bersama.

"Aku tahu Nadia tunggu aku" Katanya dalam hati. Dia terus berfikir positif.

"Macam mana doktor anak saya dah boleh discharged ke?"

"Anak tuan sudah boleh discharged esok pagi"

"Oh, baiklah terima kasih" Ucap papa bersama mama.


"Zafriel dah boleh packing barang kamu esok pagi dah boleh keluar dari hospital" Ujar papa.

"Dah boleh balik ke?!"

"Dah. Tapi esok pagi bukan sekarang ni. Tak sabar betul kamu ni"

"Memanglah tak sabar, 6 bulan kot Zafriel berjauhan dengan Nadia" Jawab Zafriel bersahaja.

"Hm yelah"

"Kamu nak papa telefon Nadia kata yang kamu akan balik Malaysia"

"Tak payahlah Zafriel nak buat surprise dekat dia" Jawab Zafriel sambil tersenyum.

"Eloklah tu nanti kamu balik pun dapat surprise" Balas papa.

"Hah? Surprise apa?"

"Nama pun surprise takkan lah papa nak beritahu dekat kamu. Tunggulah balik Malaysia nanti" Zafriel berkerut dahi apabila mama dan papa saling berpandangan. Ada something ni.

Tbc






SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now