STSA 6

44.4K 1.9K 401
                                    

"Ya Allah, lenguhnya kaki aku ni" Nadia terpaksa menahan lenguh kakinya sewaktu perhimpunan. Dia paling benci hari isnin sebab ada perhimpunan.

"Sabar Nadia" Bisik Hanna disampingnya.

Nadia mengganguk tak larat.

Pengetua pula berucap lama, kata 5 minit je masalahnya dekat 30 minit pengetua berucap. Entah apa yang dia duk berucap panjang sangat didepan tu.

Mata Nadia tidak sengaja betemu dengan Zafriel yang sedang memandangnya dari jauh. Berharap Zafriel kasihani dia namun Nadia salah Zafriel hanya membuat bodoh.

"Ada laki pun tak guna" Umpat Nadia.

"Ha? Laki? Sejak bila kau ada laki?" Tanya Hanna pelik.

"Bukan, aku kata ada kaki pun tak guna. Tulah lain kali korek sikit telinga tu" Nasib baik Nadia pandai cover, kalau tak habis lah.

"Kau duduk kat sana" Zafriel datang menyuruh Nadia duduk di bawah tempat taduh yang lebih selesa bersama cikgu-cikgu lain.

Isya dan Hanna hanya menganga mulutnya. Tak aci! Kitorang pun nak duduk.

Eryn yang melihat itu hanya diam.

"Kau duduk sini diam-diam" Zafriel membawa Nadia ke tempat cikgu-cikgu duduk.

"Kenapa dengan Nadia ni Zafriel?" Tanya cikgu Asma.

"Dia sakit, tak larat nk berdiri lama" Jawab Zafriel.

"Ha yelah, kamu pergi sambung jaga barisan" Zafriel mengangguk lalu pergi sambung kerjanya.

Nadia sempat senyum kepada Zafriel menandakan berterima kasih.

🪐

"Camne dho Zafriel boleh baik dengan kau siap bagi kau rest, cam ada sesuatu jer" Hanna menatap Nadia curiga.

Nadia mula cemas.

"Aish, kau ni tak tengok ke muka Nadia pucat tadi sebab tu lah si Zafriel tu bagi dia rest" Jawab Isya.

"Betul gak tu hehe" Hanna tersenyum seperti kambing.

Nadia menghembus nafas lega. Nasib baik Isya tolong dia walaupun Isya tidak tahu hubungannya dengan Zafriel.

"Eryn asal kau diam je dari tadi?" Tanya Isya pelik.

"Tak lah, aku rasa kurang sihat sikit" Jawab Eryn.

🪐

"Korang gi lah kantin, aku nak rehat dalam kelas tak larat nak berjalan" Hanna dan Isya mengangguk faham lalu keluar dari kelas menuju kekantin diikuti oleh Eryn.

Nadia meletakkan kepalanya di atas meja dilapik dengan kedua tangannya. Badannya rasa sangat lesu.

Selang beberapa saat Nadia merasakan ada seseorang duduk disampingnya, ia bangun terkejut melihat Zafriel membawa sebungkus roti dan air kotak milo.

Nadia bangun memandang sekeliling memastikan tiada sesiapa yang nampak mereka berdua didalam kelas. Mujur lah semua orang berada di kantin.

"Kau buat apa kat sini!?" Tanya Nadia.

"Kenapa kau tak rehat kat kantin?" Tanya Zafriel dingin.

"Aku tak larat lah nak jalan" Nadia kembali duduk.

"Dahtu? Nak balik?" Zafriel meletakkan tangannya ke dahi licin Nadia. Panas.

"Taknak lah" Jawab Nadia malas ia menepis tangan Zafriel.

"Makan ni isi perut kosong kau tu"

"Taknak takde selera"

"Makan!" Paksa Zafriel.

"Taknak"

"Kau nak aku suap kau ke baru nak makan!?"

"Nak!" Jawab Nadia.

Zafriel tersenyum sinis.

"Cepat buka mulut kereta api nak lalu ni" Nadia menahan ketawa, padahal dia gurau je tadi.

"Aku boleh makan sendiri lah, gurau je tadi"
Nadia cuba mengambil roti ditangan Zafriel namun Zafriel menarik tangannya untuk lebih dekat.

"Baik kau bagi aku suap, sebelum aku sumbat roti ni dalam mulut kau. Pilih nak yang mana" Nadia meneguk air liurnya apabila Zafriel merenung tajam kepadanya.

"Hm yelah, kau suap" Zafriel menahan senyum melihat muka pasrah Nadia.

Tanpa mereka sedari Eryn melihat semuanya dari balik pintu belakang kelas.

Tbc

Korang jumpa cite ni kat mana?



SENIOR TU, SUAMI AKU!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu