STSA 30

34.3K 1.3K 51
                                    


"Abang...nak keluar kejap boleh?" Zafriel yang sedang fokus menonton televisyen berpaling ke Nadia.

"Sayang nak pergi mana?"

"Hm... pergi rumah Isya kejap ada kerja nak kena settle" Dusta Nadia. Jika dia jawab pergi jumpa Adam memang taklah Zafriel izinkan.

"Jom abang hantarkan"

"Eh, tak payahlah biar Nadia pergi sorang-sorang aje lagipun kejap je Nadia keluar ni" Kata Nadia lagi yang kini sudah berada di depan pintu rumah.

Dahi Zafriel Berkerut-kerut.

"Hm.. pergilah kalau ada apa-apa call tau" Nadia tersenyum lalu mengganguk tombol pintu dipegang.

"Jangan balik lewat nanti abang rindu" Laung Zafriel sambil tersenyum. Gerakan Nadia terhenti terus dijeling Zafriel sebelum pergi. Mengada!

🪐

Sampai di depan rumah Adam atau tepat lagi rumah pak Zahidi dia berdiri memandang pelik ke arah pintu rumah yang terbuka. Sudah memberi salam banyak kali tapi tiada langsung sahutan.

Tak fikir banyak kaki melangkah masuk dengan berani. Sudah biasa sebenarnya masuk rumah pak Zahidi masa kecil-kecil dahulu ajak Adam main tapi sekarang tidak lagi, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

"Pak Zahidi? Mak Raini? Adam?" Panggil Nadia sambil melihat sekitar namun tiada satu orang pun di dalam.

Pintu bilik dipandang lama dengan semangat keberanian perlahan-lahan Nadia pulas tombol pintu masuk kedalam bilik.

Suasana dalam gelap gelita tingakp tidak dibuka. Tangan Nadia naik menekan suis lampu. Seketika jantungnya terhenti.

Banyak gambarnya ditempel pada dinding. Otak cuba berfikir apa motif gambarnya berada didalam bilik Adam.

Gambar sewaktu dia kecil juga ditempel. Gambar waktu dia makan, waktu dia bermain, waktu dia bersama kawan-kawannya. Selama ini dia diperhatikan?

Mata berhenti meliar terkejut mulut ditekup apabila melihat gambar perkahwinan dia dan Zafriel. Bahagian kepala Zafriel diconteng dengan marker pen merah dan tulisan mengerikan.

Memang gila! Dia harus keluar dari sini dan cerita kepada Zafriel semuanya.

Nadia dengan segera keluar dari bilik. Kakinya terhenti terkejut melihat Adam yang sedang menaiki tangga.

Dia berpatah balik mencari tempat untuk menyorok.

Adam membuka pintu matanya tajam mencari susuk tubuh orang yang telah mencerobohi biliknya.

Nadia menyorok di dalam almari menekup mulutnya supaya tiada bunyi. Alamak, dia terlupa tutup lampu!

Adam berjalan-jalan dengan santai mencari dirinya.

Bunyi siulan dari mulut Adam, tubuh Nadia mengeras apabila dia melihat dari celah pintu almari Adam sudah berada di depan.

Tak lama itu, Adam terus pergi dia menunggu lama namun Adam tidak muncul mengintai di celah pintu almari tiada kelibat Adam. Rasa lega sekejap. Dengan kesempatan itu Nadia mengambil telefon yang berada di dalam kocek seluarnya cuba menghubungi Zafriel.

Peluh mengalir dikesar terasa ingin menagis kerana takut.

"ARGHH!"

Badan Nadia ditarik kasar oleh Adam telefon ditangan terjatuh. Dia cuba memberontak namun apalah daya tenaga lelaki itu lagi kuat berbanding dari dia.

SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now