STSA 33

30.9K 1.3K 112
                                    


"Ummi!" Pelukan ummi disambut.

"Zafriel macam mana?"

"Tak tahu lagi doktor belum keluar" Dari tadi lagi air mata Nadia mengalir dia terlalu takut. Takut jika Zafriel pergi meninggalkan dia.

"Ummi Nad takut hiks..." Bahu Nafia dielus-elus.

"Sabarlah sayang semua ni terjadi ada hikmah banyakkan berdoa untuk Zafriel" Habis basah lecun baju ummi air mata Nadia menitis.

"Semua ni salah Nadia kalau Nadia tak pergi rumah Adam mesti Zafriel takkan jadi macam ni"

"Tak bukan salah Nadia..." Pujuk ummi. Abah hanya diam sedih rasanya dengan apa yang ditimpa oleh anaknya dan menantunya.

"Keluarga Zafriel akasyah?" Seorang doktor lelaki keluar dari bilik rawatan kecemasan.

"Iya doktor saya isteri Zafriel akasyah"

Doktor menarik nafas dan hembus sebelum berkata.

"Tuan Zafriel dalam kritikal saat ini cedera parah dibahagian kepalanya kerana hentakan kuat mengakibatkan pendarahan di dalam kepala dan tuan Zafriel disahkan koma" Nadia menekup mulutnya mendengar penjelasa dari doktor.

"Saya harap anda semua bersabar kerana kemungkinan besar tuan Zafriel akan mengalami amnesia. Kami dan yang lain sedang berusaha merawat tuan Zafriel" Sambung doktor itu.

"Allahuakbar"

"Abang anak kita..." Mama sudah menangis teresak-esak di bahu suaminya.

Kawan-kawan Zafriel menunduk rasa bersimpati dengan keadaan Zafriel saat ini.

"Boleh kami masuk tengok Zafriel?" Tanya abah.

"Boleh tapi hanya seorang saja" Jawab doktor.

"Baiklah terima kasih doktor"

"Sama-sama. Saya minta diri dulu" Doktor meminta diri sebelum pergi bersama jururawat.

"Nadia kamu masuk dulu. Papa dan yang lain tunggu dekat luar"

Nadia mengganguk perlahan dia mengucap terima kasih sebelum mengatur langkah masuk kedalam bilik ICU.

Berkaca mata Nadia apabila melihat keadaan Zafriel yang kini terlantar dengan banyak wayar menyalur pada badannya dan menggunakan alat  bantu bernafas. Kaki kiri pula dibalut dengan simen.

"Zafriel..." Setiap titisan air mata mula jatuh. Tangan sejuk Zafriel disentuh lembut.

"Maafkan Nadia..." Nadia menunduk mencium kekura tangan Zafriel.

🪐

Setiap hari berlalu dengan kosong tanpa Zafriel disampingnya. Walaupun setiap hari dia ditemani oleh kawan-kawan dan ummi abah Nadia tetap merasa sunyi. Nadia hampir mati menanggung rindu. Bak kata Dilan rindu itu berat.

Dan setiap hari juga Nadia melawat Zafriel untuk bacakan yassin dia tidak pernah berputus asa berdoa.

Suspek yang telah langgar Zafriel belum dijumpai. Papa berjanji yang dia akan humban manusia itu kedalam longkap.

Adam pula menghilangkan diri setelah kejadian tempoh hari. Nadia sudah ceritakan semuanya pada ummi abah dan ibu bapa Adam. Keluarga Adam kini dalam siasatan polis.


"Nadia asyik termenung aje okay tak ni?" Tegur mama kepada Nadia sudah seminggu sejak Zafriel dimasukkan hospital Nadia asyik termenung.

"Nadia okay aje" Nadia memandang wajah seri ibu mertuanya. Dia tersenyum hambar.

"Nadia minta maaf...kalau bukan sebab Nadia mesti Zafriel takkan jadi macam ni" Ujar Nadia dengan sebak rasa bersalah masih menghantui dirinya.

"Jangan cakap macamtu Nadia...dan stop minta maaf semua ni bukan salah Nadia" Balas mama lalu memeluk Nadia.

"Mama Nadia laparlah" Kata Nadia padahal baru saja makan tadi.

"Ha, jomlah mama panaskan lauk sekejap"

🪐

Nadia membaringkan dirinya di atas katil empuk. Matanya masih segar  susah untuk tidur kerana rindu akan  Zafriel. Biasanya Zafriel akan mendodoinya sampai dia tertidur.

"Tidurlah Nadia esok kau kena pergi sekolah" Kata Nadia pada dirinya sendiri sambil memejam mata.

Entahlah sejak bila air matanya mula mengalir. Tiba-tiba rasa sedih saja rasa sedih. Pelik dengan kelakuannya sejak kebelakang ini.

Seperti biasa sebelum ke sekolah Nadia akan singgah ke hospital melihat keadaan Zafriel dan setiap hari itu juga dia berharap Zafriel tersedar dari koma.

"Hanif?" Tersentak Hanif apabila Nadia memanggilnya.

"Eh, Nadia kenapa tak pergi sekolah lagi?" Tanya Hanif sambil melihat ke arah jam tangan.

"Nak tengok Zafriel sekejap" Jawab Nadia.

"Ohh... pergilah masuk dulu nanti saya pun nak masuk sebelum pergi sekolah"

Nadia mengganguk lalu dia melangkah masuk.

"Nadia nak pergi sekolah dah. Abang cepatlah bangun boleh kita pergi sekolah sama-sama macam dulu" Ujar Nadia dia mencium kekura tangan Zafriel.

Nadia tersentak apabila jari telunjuk Zafriel bergerak-gerak menyentuh kulit Nadia.

"Zafriel..." Nadia tersenyum lebar.

Nadia bangun dari duduknya ingin melaporkan khabar baik pada yang lain.

"Hanif!" Panggil Nadia.

"Tadi jari Zafriel bergerak-gerak" Ujar Nadia dengan ceria.

Hanif membulatkan matanya.

"Alhamdulillah biar saya yang panggil doktor Nadia pergilah sekolah dulu nanti pintu pagar tutup"

"Balik sekolah nanti saya datang sini balik. Bye!" Nadia pergi dengan persaan gembira.

"Macam mana keadaan Zafriel dekat hospital?" Soal Isya.

"Hm... Zafriel still koma tapi pagi tadi sebelum aku datang sekolah aku singgah dekat hospital dulu nak tengok keadaan Zafriel. Kau tahu tak jari telunjuk Zafriel bergerak-gerak" Jawab Nadia dengan nada

"Alhamdulillah...balik nanti aku dengan Eryn nak melawat Zafriel juga"

"Aku pun!" Celah Hanna.

"Eh, kau kata kau sibuk balik sekolah nanti" 

"Tak apalah benda tu esok-esok ajelah" Jawab Hanna dengan senyum penuh misteri.

Waktu yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Waktu pulang sekolah! Tanpa menukar seragam sekolah Nadia terus pergi ke hospital bersama yang lain. Berharap Zafriel tersedar dari koma.

"Ramainya orang" Kata Eryn melihat sekeliling. Ada yang baru saja dimasukkan wad ada yang berbalut seluruh tubuh. Kesian.

"Hanif mana Zafriel?" Tanya Nadia pelik apabila bilik rawatan Zafriel kosong hanya tinggal alatan hospital.

"Zafriel..." Hanif menatap Nadia dengan penuh risau.

"Mana Zafriel!?" Desak Nadia. Hanna memegang bahu Nadia.

"Aku tanya ni...mana Zafriel kenapa Zafriel tak ada dalam bilik tu"

Tbc

SENIOR TU, SUAMI AKU!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ