BAB 8

26.7K 1.3K 54
                                    

PINTU kereta dibuka oleh pemandunya, kasut tumit tinggi menyentuh lantai lobi bangunan 30 tingkat itu, kereta diletakkan betul-betul berhadapan dengan pintu masuk utama A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kereta dibuka oleh pemandunya, kasut tumit tinggi menyentuh lantai lobi bangunan 30 tingkat itu, kereta diletakkan betul-betul berhadapan dengan pintu masuk utama A.S Lead, kaca mata hitam di atas kepala di turunkan, dress merah pendek separas paha dikemaskan lagi, langkah diatur ke kaunter pertanyaan.

"Selamat datang ke A.S Lead". Seorang perkerja wanita berdiri menyambutnya di kaunter pertanyaan.

"Office CEO dekat tingkat berapa?", tanya wanita itu dengan nada mendatar.

"Maaf ye, tapi boleh saya tahu Cik ada buat appointment ke hari ni?", perkerja ber tag nama Putri itu mengajukan soalan untuk meminta kepastian.

"Aku tak perlu temu janji", jawab wanita itu dengan selamba.

"Maaf Cik, tapi saya tak boleh benarkan Cik naik sesuka hati, Cik perlu buat temu janji terlebih dahulu untuk berjumpa dengan Tuan Aeden".

"Tch!!", tersenyum sinis wanita itu memandang ke arah perkerja di hadapannya.

"Kau mesti tak kenal aku siapa kan?, baik kau bagitau tingkat berapa office Aeden sebelum apa-apa jadi dengan kau".

Putri hanya diam membisu, dia tidak boleh membenarkan wanita di hadapannya naik sesuka hati ke tingkat atas, kerana itu merupakan syarat yang telah ditetapkan, orang luar tidak dibenarkan masuk tanpa temu janji ataupun arahan dari pihak atasan.

Melihat perkerja di hadapannya hanya mendiamkan diri membuatkan hatinya panas.

"I'm Tengku Farisha Ilmilda, bakal isteri boss kau", sengaja dia menekankan perkataan bakal isteri kepada perkerja didepannya.

Mendengar kata wanita dihadapannya, membuatkan Putri sedikit kehairanan, sejak bila Tuan Aeden ada girlfriend?, bukan mamat tu anti sangat dengan perempuan ke?, dia masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengari.

"Cepatlah, tingkat berapa!!, kau nak aku suruh Aeden pecat kau ke, baru nak bagitau?", Farisha mula hilang sabar, dia geram melihat perkerja di hadapannya seakan tidak percaya dengan apa yang dia katakan.

"Ting....,ting, tingkat 25", tergagap-gagap Putri menjawab apabila digertak dengan keras oleh Farisha.

"Huh!!", Farisha memandangnya dengan sinis, mata diputarkan ke atas lalu langkah diatur menuju ke lif yang terletak di sebelah kiri lobi bangunan itu, setelah pintu lif terbuka, dia masuk kedalam dan butang bernombor 25 ditekan.

Senyuman manis terukir di bibirnya, sungguh dia tidak sabar untuk berjumpa pujaan hatinya.

Sampai di tingkat 25, pintu lif terbuka, Farisha mengatur langkahnya mengelilingi ruangan itu sehingga dia terjumpa sebuah pintu dengan tulisan 'A.S LEAD CEO' , terbit senyuman dibibirnya.

Berkerut kening Fawwaz apabila melihat kelibat wanita yang dikenali disebalik dinding kaca pejabatnya, pejabat Fawwaz hanya bersebelahan dengan pejabat Aeden, oleh itu dia dengan mudah boleh melihat sesiapa sahaja yang keluar dan masuk ke dalam pejabat Aeden, lebih-lebih lagi dinding pejabatnya diperbuat daripada kaca di bahagian hadapan, pantas dia mengatur langkah menuju ke arah gadis itu.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now