BAB 50

23.5K 1K 63
                                    

MEREKA berenam hanya diam menundukkan kepala memandang lantai, masing-masing mendiamkan diri takut untuk bersuara, kini mereka duduk berbaris secara mengiring diatas sofa, tidak berani untuk mengangkat wajah menatap tiga gadis yang sedang berdiri ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEREKA berenam hanya diam menundukkan kepala memandang lantai, masing-masing mendiamkan diri takut untuk bersuara, kini mereka duduk berbaris secara mengiring diatas sofa, tidak berani untuk mengangkat wajah menatap tiga gadis yang sedang berdiri dihadapan mereka.

Haraa, Humairah serta Farisha sedang berdiri sambil memeluk tubuh memandang tajam kearah keenam-enam jejaka itu.

"Jadi siapa nak bercakap dulu?".

Suara Haraa mula kedengaran, dia memandang satu persatu jejaka itu, tiada yang berani mengangkat wajah mereka.

"Saya ulang sekali lagi, siapa diantara korang yang nak explain dulu?".

Semua mata memandang kearah Aeden, meminta agar dia menjelaskan semuanya bagi pihak mereka.

Melihat pandangan satu persatu dari rakannya membuatkan Aeden mengeluh kecil, aduh aku juga, semua benda aku.

"Kami Ejen rahsia Polis Perancis".

Dia mengangkat wajahnya memandang Haraa.

"Adhelard tu bukan sekadar nama kumpulan kami, tapi juga nama Squad kami, Abang sebagai ketua dan Ace dalam Squad ni, Ayan dan Adib sebagai Sniper, Fawwaz Hacker, Zaid Bomb Expert, Nich pula Hired Spy kami".

"Sepanjang sambung belajar and duduk dekat France, kitorang berkerjasama dengan Polis Perancis, disebabkan kitorang pernah tolong diorang tangkap penjenayah dan kitorang sendiri banyak kelebihan macam, mahir dalam savate, menembak, mengodam, pakar dalam bomb dan mahir dalam mengumpul bukti dan menyiasat, Polis Perancis serap kitorang untuk masuk dan berkerjasama dengan diorang sebagai satu pasukan ejen rahsia diorang, kitorang akan dipanggil setiap kali ada kes-kes besar yang perlu diselesaikan".

Aeden menerangkan satu persatu kepada mereka.

"Ja-jadi korang ni pemberontak ke?, yang join serang negara lain?".

Terketar-ketar suara Humairah mengajukan soalan kepada mereka.

"Astagafirullah al-azim ya ukhti".

Adib mengelengkan kepalanya, sampai kesitu perempuan kalau berfikir, bukan main jauh dia fikir.

"Tak kitorang tak terlibat dalan kes yang macam tu, macam yang saya cakap, kitorang ni Ejen Rahsia, kerja kitorang hanya tertumpu pada penjenayah, lagipun kitorang tak boleh terlibat lebih-lebih sebab kami masih warganegara Malaysia, kerja kitorang tangkap penjenayah yang terlibat dalam penjualan dadah, perompak, penculik, dan pembunuh itu je".

Aeden menyambung lagi.

"Tapi macam tak logik tau tak, korang ni kan Tengku, keluarga diraja, patutnya korang berhikmat untuk Malaysia, kenapa kena berhikmat sampai ke France?".

Sekali lagi Haraa bersuara, matanya memandang kearah Aeden, Ayan dan Adib silih berganti.

"Sayang kan Abang dah cakap, kitorang membesar dekat France, kitorang balik sini pun masa sekolah menengah, lepastu balik ke sana semula untuk sambung belajar dekat university, mestilah kitorang lebih banyak masa dekat sana berbanding dekat sini, lagipun semua ni terjadi secara tiba-tiba, kitorang tak sengaja terbantu polis selesai kes jenayah dekat sana dulu, lepastu bila diorang nampak potensi kami masing-masing terus diorang offer kitorang jadi Squad, kitorang pun terima je lah sebab kitorang pun suka tangkap orang jahat".

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now