BAB 11

27.5K 1.3K 141
                                    

ANGIN malam dingin dirasai, Aeden menyandarkan badannya pada balkoni rumahnya, jauh dia termenung dari tadi, dia tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan dirinya, sekejap termenung sendiri, sekejap pipinya berona merah tiba-tiba, sekejap jantungny...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANGIN malam dingin dirasai, Aeden menyandarkan badannya pada balkoni rumahnya, jauh dia termenung dari tadi, dia tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan dirinya, sekejap termenung sendiri, sekejap pipinya berona merah tiba-tiba, sekejap jantungnya tiba-tiba berdebar, bibirnya pula tidak lekang dengan senyuman sejak dia pulang dari menghantar Haraa, kalau boleh bantal pun disenyumkan.

Wajah Haraa dengan senyuman manisnya dari tadi tidak lekang dalam kotak ingatan Aeden, sekarang dia rasa diri dia sedang 'ametiketu' (I'm addicted to), dengan senyuman gadis itu.

"Drive safe"

Ayat yang dilontarkan Haraa turut tergiang-giang di telinganya, entah ini yang keberapa ribu kali dia terdengar ayat itu dalam fikirannya.

"Arghh!!, Drive safe?, seriously?, Haraa are you worried about me?",

Aeden berkata sendirian, tangannya naik menutup mukanya yang ganteng, kalau tadi pipinya yang tidak berhenti bertukar warna, kini, telinga dia lagi yang merah.

"Aduh!!, penatlah macam ni, lama-lama aku boleh gila wey sebab kau, hilang kewarasan seketul Aeden Shauqeen sebab seorang perempuan", Aeden berkata sambil mengeluh dihujungnya, dia meraup mukanya dengan kasar.

"WOAHH!!"

"Ehh bapak kau purple!!!", Aeden melatah dengan kuat, nasib sempat tangannya memegang penghadang balkoni kalau tidak mungkin dia dah terjatuh ke bawa akibat terkejut.

"Bapak siapa yang purple bang?, Bapak kau ke? HAHAHAHAHAH", Adib menyoal Aeden, sakit perutnya ketawa terbahak-bahak apabila melihat Aeden melatah selepas dia menerjah abangnya daripada belakang.

"Woii!!, Bapak dia Bapak kau jugak", Ayan yang sedang berdiri di pintu turut ketawa sekuat hati. bergema rumah agam mereka dengan ketawa Ayan dan Adib.

Aeden mengurut dadanya sambil memerhati adik-adiknya yang sedang ketawa seperti kena serangan stroke.

"Kau, kalau rasa-rasa dah puas hidup cakap, dengan senang hati aku volunteer tamatkan riwayat kau", tajam renungan Aeden berikan pada Adib.

"Okok sorry sorry....", Adib membalas sambil tangannya mengelap air mata yang jatuh akibat ketawa. begitu juga Ayan.

"Kenapa korang berdua dekat sini, selalunya masa-masa macam ni dah di alam lain dah, terbongkang tidur", pelik Aeden apabila melihat adik-adiknya masih belum tidur, Ayan dan Adib merupakan manusia paling awal tidur di dalam rumah itu, jarang mereka berjaga hingga lewat malam kerana penat berkerja.

"Memang nak tidur dah, tapi tadi masa nak masuk bilik, kitorang nampak kau bercakap sorang-sorang, kau cakap dengan siapa?", Ayan menyoal.

"Takde siapa". jawab Aeden.

"Aed, kau okey tak ni?, sejak kau balik tadi mcam semacam je aku tgk kau ni", Ayan mula memanjangkan perbualan, dia sedar akan sikap abangnya yang lain dari sebelum ni.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now