BAB 27

26.4K 1.2K 53
                                    

SEMUA barang sudah siap tersusun rapi didalam bonet kereta, saudara mara yang datang menginap di rumah Tok Wan untuk membantu persiapan majlis juga sudah pulang seorang demi seorang sejak semalam, kini hanya tinggal mereka sekeluarga bersama Tok Wan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMUA barang sudah siap tersusun rapi didalam bonet kereta, saudara mara yang datang menginap di rumah Tok Wan untuk membantu persiapan majlis juga sudah pulang seorang demi seorang sejak semalam, kini hanya tinggal mereka sekeluarga bersama Tok Wan.

"Hati-hati mandu tu demeh semua",

"Iye mok, mok pun hati-hati duk sorang-sorang kat sini, apa-apa jangan lupa royek kat ora",

Lama Puan Shafinah memeluk badan tua Tok Wan, kemudian dia mencium tangan wanita tua itu.

"Kami pergi dulu mok, hati-hati".

Giliran Tengku Amir mencium tangan ibu mertuanya.

"Tok Wan jangan lupa Adib tau", Adib mencium pipi wanita tua itu lalu dipeluknya sekuat hati.

"Celah mane Tok Wan nak lupa dengan kamu ni Adib", Tok Wan mengelengkan kepalanya beberapa kali.

"Tok Wan kalau ada orang masuk minang Tok Wan, Tok Wan jangan terima tau, Ayan tak nak Atok baru", Ayan menayang muka sedih sambil bibirnya dimuncungkan kedepan.

"Kalau Tok hempok kepala kamu, boleh layau kamu Ayan, tokseh nak endi ada atok baru".

Pecah ketawa Adib dan Ayan apabila muka Tok Wan menjadi merah selepas mendengarkan apa yang dikatakan Ayan, alah Tok Wan gurau sikit pun nak mengamuk, tapi blushing juga.

Aeden dan Haraa yang sedang menunggu giliran mereka untuk bersalaman dengan orang tua itu hanya ketawa kecil melihat gelagat kembar bersama Tok Wan.

"Aeden pergi dulu Tok Wan, Tok jaga diri tau".

"Tok tahu lah jaga diri Tok, kamu tu jaga baik-baik bini kamu ni, jaga hati dia, jangan sakitkan hati dia".

Tok Wan mengosok lembut bahu Aeden ketika lelaki itu menunduk mencium tangannya.

"Jangan risau Tok, Aeden tak kan pernah buat macam tu dekat isteri Aed".

Haraa memeluk badan wanita tua itu, sesekali tangannya naik mengelus lembut belakang badan Tok Wan.

"Haraa jaga baik-baik nak, nanti royek kat Tok kalau si Aed ni buat kamu sakit hati".

Haraa membalas dengan anggukkan sambil tersenyun manis, tangan wanita itu diciumnya sebelum turut melangkah untuk turun dari rumah kayu.

Sebelum memulakan perjalanan mereka menurunkan cermin kereta untuk melambai kearah Tok Wan, mereka belum meninggalkan halaman rumah namun dari jauh sudah kelihatan rumah itu sudah kembali sunyi kerana hanya dihuni oleh Tok Wan seorang, adik-beradik Puan Shafinah juga sudah beransur pulang sejak semalam.

Maya?, selepas kejadian itu berlaku Puan Shikin sudah membawanya pulang kerumah, dia tidak sangup membiarkan anak gadisnya lama-lama disitu kerana malu dengan saudara mara yang lain serta bersalah yang mengunung dalam hatinya terhadap Aeden dan Haraa.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now